Entertainment

Neelofa, PU Riz mengaku tdk bersalah kes beli karpet. Ini keputusan mahkhamah

PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan iaitu g4gal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan j4minan RM20,000, namun peguamnya Haresh Mahadevan memohon jumlah yang lebih rendah.

Manakala Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertu.duhan iaitu g4gal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.

Tindakan Neelofa dan suami rentas negeri membeli karpet undang rasa kurang senang netizen.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Neelofa dan Haris tiba di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi Khamis.

Pasangan ini dilihat meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi selepas membayar wang jaminan.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen daripada Timbalan Pendakwa Raya adalah pada 4 Jun depan.

Kes tersebut dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Iznina Hanim Hashim manakala M Haresh menegetuai pasukan pembelaan mewakili Neelofa dan Muhammad Haris.

Ger4m lihat orang l4nggar SOP, ‘Perutusan Khas’ Diva AA buat netizen puas hati

Sejak semalam, nama pengacara tersohor, Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA menjadi sebutan selepas mengecam seorang selebriti terkenal berikutan tindakannya berkali-kali melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Diva AA menggesa agar pihak berkuasa untuk menyumbat selebriti berkenaan ke penjara diatas kesalahan yang dilakukan ketika orang lain patuh dengan segala arahan kerajaan supaya tidak berlaku sebarang penularan pand3mik.

Perutusan khas Diva AA

Hari ini, Azwan Ali sekali lagi mengeluarkan ‘perutusan khasnya’ di media sosial dengan mengecam mereka-mereka yang melanggar SOP sehingga kes meningkat begitu mendadak dengan jumlah kes positif tertinggi direkodkan hari ini.

Deretan ‘pesanan’ buat mereka yang l4nggar SOP

Dalam video berkenaan, Diva AA dengan lantang memaki hamun mereka yang berkali-kali melanggar SOP dengan menyambut hari raya bersama-sama dan memuat naik gambar ke Instagram sehingga mengundang amarah ramai.

Selain itu, dia juga turut ‘meradang’ dengan pihak tertentu yang berlonggok di dalam rumah tanpa sebarang penjarakkan sosial walaupun ahli keluarga.

Disamping itu, pengacara berkenaan juga berasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mendapat kebenaran merentas negeri namun tidak memikirkan risik0 peny4kit yang mungkin di bawa oleh mereka.

Dia juga menyenaraikan berkenaan kealpaan ibu bapa membawa anak-anak berjalan ke tempat awam sehingga kes boleh meningkat serta turut berasa berang dengan mereka yang masih tidak mengikut SOP walaupun sudah setahun pandemik melanda negara.

Kalau boleh aku nak RT 10 kali!

Walaupun menggunakan bahasa yang agak kasar, namun ramai yang puas hati dengan video ‘makian’ Azwan Ali di Twitter kerana kes yang meningkat ketika ini sedikit sebanyak merupakan kesilapan dalam mengambil ringan berkenaan SOP.

Masing-masing telah meninggalkan komen di ruangan Twitter Azwan Ali dengan menyokong apa yang diutarakan pengacara kontroversi berkenaan berhubung sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih alpa dengan pandemik sehingga kes positif melonjak ke angka 6,075 pada 19 Mei 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *