Uncategorized

MKN akhirnya tetapkan PKP kat enam kawasan ini bermula 6 hari bulan

Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara hari ini menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas 6 daripada 9 daerah di Selangor.

Enam daerah tersebut termasuk Hulu Langat, Petaling, Gombak, Kelang, Kuala Langat, serta Sepang berkuatkuasa 6 Mei hingga 17 Mei.

Tiga daerah lain yang tidak terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor masih dalam PKP bersyarat (PKPB).

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini – Ismail Sabri

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Aktiviti ziarah kubur juga tidak dibenarkan di kawasan perinatah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ziarah hari raya bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal, dengan sekatan 15 pengunjung saa yang dibenarkan pada satu-satu mata.

Amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara.

Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau pula tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

Selangor perlu PKP tapi bukan seperti dahulu: MB

Shah Alam: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dikuatkuasakan semula di Selangor namun pendekatan pelaksanaan perlu sedikit berbeza dengan PKP sebelum ini.

Perkara itu diakui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam usaha meredakan kembali peningkatan kes dengan penelitian beberapa perkara terutamanya membabitkan sektor ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

“Ya, sudah tentu (Selangor perlu PKP). Kita sudah memberikan beberapa cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal pergerakan dan beberapa aktiviti di negeri ink.

“Fokus kita (sebab perlu PKP) adalah

beberapa hospital di Selangor sudah mencapai 70 peratus kapasiti bagi menampung pesakit Covid-19.

“Kita dapati ada individu positif Covid-19 mengunjungi tempat awam, ia dikesan melalui MySejahtera dan ketika itu sekurang-kurangnya 40,000 khalayak di tempat berkenaan.

“Seterusnya, di Bazar Ramadan dan Bazar Raya pula, sudah tentu kita berjanji tidak seperti PKP 1.0 (tiada bazar), tetapi beberapa elemen perlu dlihat semula dalam usaha mengimbangi kesinambungan kelangsungan hidup,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) antara Kerajaan Negeri Selangor dan Open University Malaysia (OUM) di SUK, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Amirudin berkata, dalam mesyuarat bersama MKN baru-baru ini, Selangor tidak mencadangkan PKP secara keseluruhan di negeri itu dan hanya tertumpu di Zon Merah sahaja.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada keputusan Kerajaan Persekutuan yang dijangka diumumkan petang ini atau esok.

“Dalam mesyuarat (30 April), kita sudah syorkan dua tiga cadangan bagaimana hendak memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat awam seperti di pusat beli belah.

“Kita berpengalaman menghadapi dua PKP… adakah boleh kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Kalau ketatkan lebih kurang PKP, lebih baik PKP terus.

“Selangor adalah negeri yang penting, kalau buat PKP semua kegiatan ekonomi akan terkepung dan dalam masa sama kita tidak mahu kes ini terus merebak,” katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, Selangor akan melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara berperingkat menerusi Program Saringan COVID-19 di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, ujian saringan secara besar-besaran itu akan bermula Jumaat ini di Hulu Langat dan rehat seketika untuk Aidilfitri dan diteruskan semula sehingga selesai 56 DUN.

“Kita tidak dapat membuat saringan itu di semua DUN secara serentak kerana kita mempunyai dua pasukan daripada Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Selangor Task Force Operation (STFO) yang menjalankan ujian itu.

“Ujian saringan kali ini berterusan walaupun selesai 56 DUN dan

fokus saringan itu dijalankan kepada individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 serta mereka yang mempunyai gejala dijangkiti virus itu,” katanya.

Mungkin raya dalam PKP

SHAH ALAM – Pakar kesihatan menjangkakan umat Islam di beberapa buah negeri mungkin akan beraya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar bagi mengawal dan menurunkan kembali angka penularan Covid-19 yang semakin meningkat sehingga melebihi angka 3,000 kes sejak beberapa hari lalu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, bagaimanapun PKP sekitar dua minggu itu perlu dibuat mengikut situasi penilaian risiko semasa berdasarkan lokasi tertentu sahaja.

“Jumlah jangkitan komuniti yang sangat tinggi perlu terutama di kawasan zon merah perlu diadakan PKP secara bersasar. Namun, PKP di seluruh negara melibatkan kawasan yang kurang jangkitan dalam komuniti adalah tidak wajar.

“SOP yang telah praktikkan pada tahun lepas sudah cukup bagus. Kini, apa yang penting bagi rakyat ialah sentiasa mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dan elakkan berkumpul,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau turut mencadangkan beberapa SOP yang patut diikuti oleh masyarakat kini bersesuaian dengan sambutan hari raya Aidilfitri pada musim Covid-19.

“Cadangan pertama adalah tidak mengadakan jamuan atau rumah terbuka manakala kedua, elakkan solat Aidilfitri berjemaah di kawasan zon merah. Bagi kawasan selain PKP, ikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal serta imbasan kod QR dan membawa sejadah sendiri.

“Selain itu, elakkan kunjung-mengunjung walaupun jiran tetangga di sekitar kawasan rumah kerana kita tidak mengetahui siapakah pembawa jangkitan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, cadangan kerajaan untuk menyekat rakyat merentas negeri wajar sekiranya kawasan tersebut merupakan zon merah.

“Jadi apa pun keputusan untuk ketatkan SOP harus ada penilaian risiko yang teliti sama ada wujud atau tidak penularan komuniti. Jika wujud penularan komuniti, maka munasabah untuk meningkatkan SOP,” katanya.

Beliau turut menegaskan rakyat harus memainkan peranan mereka untuk mengamalkan prinsip cegah, amal, patuh dan pantau (CAPP) bagi membendung Covid-19 semasa perayaan Aidilfitri kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *