Amalan

Nampak Rebus Bunga Lawang, Serai. Sekali Fara Hanim Chop Rita Rudaini Anti V4ksin

GARA-GARA memuat naik gambar air rebusan herba seperti bunga lawang dan serai di Instagram Story, pelakon Rita Rudaini dituduh sebagai seorang yang anti vaksin.

Lebih mengundang kemarahan apabila tuduhan itu didakwa dibuat pengacara Fara Hanim Razak menerusi satu ciapan di Twitter.

Ujar Rita, 45, perbuatan menuduh tanpa usul periksa itu jelas menunjukkan sikap tidak matang pengacara berkenaan.

Rita memuat naik twit yang dibuat oleh pengacara tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Beginikah sikap seorang muslimah… orang Muslim? Datang la jumpa depan-depan, bukan tak pernah sembang.

“Saya lagi lama duduk di kawasan ni berjiran dengan Schawal (Scha Alyahya dan Awal Ashaari), Lufya… tak pernah pula jumpa jiran macam ni,” katanya menerusi Instagram.

Isu ini tercetus selepas Fara Hanim menulis di Twitter memberitahu perihal jirannya yang didakwa anti v4ksin.

Nampak sangat tak bijak, fasal v4ksin pun nak pandang serong dekat orang.

Walaupun tanpa menyebut nama secara jelas, namun banyak pihak membuat andaian bahawa individu dimaksudkan ialah Rita.

“Cuba teka siapa jiran-jiran saya yang anti v4ksin? Dua pelakon mula dengan RR dan LL.

“Selalu sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid-19 serta C0vid iluminati… Allahu,” demikian tulis Fara Hanim.

Usaha mStar menghubungi Rita bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dakwaan anti vaksi bagaimanapun tidak berhasil apabila mesej dan panggilan telefon tidak dijawab.

Rita berkata dia tidak pernah menyatakan pendirian mengenai v4ksin.

Namun menerusi tulisan Rita, dia menegaskan tidak pernah memberitahu tentang pendiriannya mengenai vaksin.

“Tak pernah pun tulis yang saya ni anti vaksin.

“Nampak sangat tak bijak, fasal vaksin pun nak pandang serong dekat orang.

“Orang macam ni tak boleh buat jiran, suka cakap belakang. Depan bukan main manis mulut… belakang busuk jugak ye,” ujarnya.

Kalangan ahli agama menjelaskan rakyat perlu mentaati arahan pemerintah termasuk dalam urusan vaksinasi umum bagi mengekang peny4kit C0VID-19 kerana ia demi kebaikan umum susulan penularan jangkitan semakin membimbangkan.

Walaupun bagi mereka keharusan penggunaan vaksin bukan bersifat mutlak berdasarkan syarat-syarat tertentu, tidak salah jika mentaati arahan pemerintah kerana ia perkara yang dituntut oleh syarak.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, langkah kerajaan untuk mendapatkan bekalan v4ksin bagi rakyat adalah satu usaha yang sangat murni dalam situasi sekarang yang semakin membimbangkan.

“Sekiranya arahan pemerintah itu adalah suatu kemakrufan, kebaikan serta mendatangkan maslahah kepada rakyat, sama ada arahan itu disukai oleh kita atau tidak, selagi bukan bukan maksi4t, maka wajib dipatuhi. Ini bertepatan kaedah fiqh yang masyhur iaitu urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah terikat dengan maslahah,” katanya.

Hukum guna vaksin berdasar sy4riat, maslahat manusia
Selain ayat al-Quran, Rasulullah SAW juga akan bersabda bahawa: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) itu adalah suatu perkara yang hak (kemestian), selama mana mereka tidak memerintahkan kepada m4aksiat”.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *