Hiburan

Netizen pelik Lofa, PU Riz hanya ditvduh lupa ‘scan’ MySejahtera, tak pakai ‘face mask’. Ini penjelasan Pihak Polis

RAMAI mempersoalkan mengapa selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail hanya berdepan dua pertu.duhan g4gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Masyarakat tertanya-tanya apa terjadi dengan sias4tan terhadap isu utama iaitu pergerakan rentas negeri ke Nilai di Negeri Sembilan berhubung dakwaan untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu.

Menjelaskan mengenai isu berkenaan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya sememangnya menjalankan si4satan terperinci berhubung kes rentas negeri.

Bagaimanapun ujarnya, pihak Pejabat Peguam Negara hanya bersetuju agar pertud.uhan dibuat bagi isu imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka.

Antara komen netizen yang mempersoalkan tentang pertuduhan terhadap Neelofa.

“Isu rentas negeri memang ada dalam kertas si4satan, kita dah rujuk Pejabat Peguam Negara… apa-apa keputusan (pertu,duhan) dibuat oleh Peguam Negara.

“Setakat ni, itu sahaja yang kita tengok bagi keseluruhan si4satan.

“Dalam isu ini, bukti yang ada lebih dekat kepada isu MySejahtera dan pelitup muka,” katanya kepada mStar pada Khamis.

Untuk rekod, menerusi prosiding pada pagi Khamis di Mahkamah Majistret Seremban Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengakui tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadap mereka.

Isu rentas negeri memang ada dalam kertas siasatan, kita dah rujuk Pejabat Peguam Negara.

Majistret Mahyun Yusof membenarkan Neelofa dikenakan j4minan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di dalam premis atau menulis secara manual.

Sementara itu Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Neelofa dan PU Riz ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Dalam pada itu peguambela bagi pasangan itu, M. Haresh berkata, beliau juga tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan rentas negeri terhadap Neelofa dan Riz.

“Berkenaan rentas negeri, itu kami tidak tahu. Isu rentas negeri tidak dibangkitkan hari ini di mahkamah.

“Sama ada akan ada pertuduhan mengenainya juga tidak diketahui, tidak dimaklumkan apa-apa,” katanya.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Ramai tahu bahawa awal pagi ini, Noor Neelofa hadir bersama suaminya ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan untuk prosiding dak.waan atas kesalahan merentas negeri.

Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, pasangan itu dilihat memakai pakaian sedondon dan dikerumuni oleh pihak media.

Hendak dijadikan cerita, ketika mereka sedang berjalan menuju ke ruang perbicaraan, pihak media Malaysia Gazette telah menangkap beberapa keping gambar pasangan terbabit.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah walaupun Neelofa tampil dalam imej berpurdah, namun bentuk wajahnya seperti hidung dan mulut usahawan berusia 32 tahun itu jelas kelihatan.

Purdah Neelofa terlalu nipis, tak pakai Mask?

Justeru itu, rata-rata netizen mempertikaikan mengapa selebriti terbabit tidak memakai pelitup muka di sebalik kain niqab tersebut.

Selain itu, ada juga yang menegur kain purdah wanita itu kelihatan semakin nipis jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

Menerusi gambar dirakam pihak media di perkarangan mahkamah itu jelas kelihatan niqab dipakai Neelofa yang menjadi imej terbaharunya sejak beberapa bulan lalu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya.

“Pakai niqab tak perlu pakai ‘mask’ (pelitup muka) ya?”

Itu antara komen pengguna laman sosial di Facebook Harian Metro yang mempersoalkan penampilan Neelofa itu.

Sementara itu, beberapa pengguna laman sosial di hantaran yang dimuat naik di Instagram Harian Metro @hmetromy turut mempersoalkan perkara sama.

“Pakai purdah pun kena pakai ‘mask’ juga ya Cik Kak,” tulis pengguna itu.

“Lofa macam tak pakai ‘facemask’ jer tu…” tulis pengguna lain pula.

“Pakai purdah tak perlu pakai mask eh? Dulu macam menteri/DG kata pakai pudah pun kena pakai ‘mask’” kata seorang pengguna lagi.

Pada masa sama, seorang lagi pengguna media sosial memuat naik keratan berita mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu.

Noor Hisham dalam satu kenyataan kepada media dipetik sebagai berkata, pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dij4ngkiti.

Pakai juga pelitup muka walaupun berpurdah

PEMAKAIAN pelitup muka di tempat awam diwajibkan ke atas rakyat Malaysia bermula 1 Ogos lalu.

Namun, timbul persoalan sekiranya wanita berpurdah atau berniqab wajib mengikuti peraturan sama

Wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risik0 dij4ngkiti C0VID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.

“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselam4tan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada duajenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perub4tan dan bukan perub4tan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya

Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dij4ngkiti.

Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *