Hiburan

Netizen dedah apa yg tak kena ketika majlis tahnik Muhammad Afwa

NAMPAKNYA penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran netizen kerana didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.

Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangkitan Covid-19 masih lagi mencatatkan empat angka.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut diundang ke majlis tersebut.

Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Momen sekitar majlis berkenaan dikongsikan Siti di Instagram.

PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.
Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut.

“PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini… macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignorance (tidak peka) dengan isu semasa.

Antara tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut.

“Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis netizen.

Sebelum ini, netizen turut mempertikaikan isu SOP di hospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

Usaha mStar untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil.

‘Geng Kayangan, VVIP Rentas Tak Apa?’ – Netizen Kurang Setuju Mufti Hukum Haram Rentas Negeri

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Luqman Abdullah memaklumkan bahawa hukum mel4nggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah h4ram.

Hal ini perlu dilihat berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkaitan w4bak peny4kit t4un.

Rakyat Malaysia emosi

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Dr Luqman Abdullah memaklumkan bahawa dalam hadis juga Rasulullah SAW ada menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat sekiranya mendengar berita mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit. Begitu juga dengan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran).

Walaupun begitu, kebanyakan rakyat Malaysia seakan tidak berpuas hati dengan situasi yang melanda negara kini. Di ruangan komen Facebook BH Online, netizen mengakui larangan merentas negeri merupakan satu keputusan yang berat untuk diterima lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berbulan-bulan tidak berjumpa dengan ahli keluarga.

Tak dapat digambarkan perasaan rindu yang terbuku di hati. Malah, tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa ada sesetengah pihak telah menggunakan layanan ‘double standard’ ke atas golongan ‘kayangan’ dan rakyat marhaen. Menurut mereka, itu adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan dan setiap rakyat Malaysia perlu dilayan secara adil dan saksama.

‘Harap kampung tak pindah tempat lain’

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *