Amalan

Org Ramai Dakwa bendera Isr4el Yg Digantung, Sekali Penguatkuasa MPBP Pergi Check

BATU PAHAT- Pihak berkuasa menafikan helaian kain yang digantung di pekarangan sebuah kediaman di Taman Melur, Parit Imam di sini merupakan bendera Isr4el seperti yang didakwa orang ramai.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Kamalludin Jamal berkata, kain berwarna biru putih bercorak seakan bintang itu digunakan oleh penyewa kediaman yang merupakan warganegara asing bagi tujuan ke4gamaan.

“Penghuni kediaman yang merupakan kumpulan warga asing itu mengaku menggantung kain berkenaan bagi upacara sembahyang sempena sambutan hari Wesak kelmarin.

“Tiada istilah penyokong Isr4el atau sebagainya, hanya salah faham. Kain itu telah pun diturunkan selepas pihak berkuasa MPBP mengarahkan perkara itu kepada pemilik premis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, MPBP sebelum itu menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung kejadian tersebut sebelum mengarahkan beberapa kakitangannya untuk turut ke lokasi kejadian.

“MPBP menerima aduan dan kakitangan kami semalam telah pergi ke premis tersebut. Sebaik mendengar keterangan, kami telah meminta pemilik premis untuk membukanya dan mereka akur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya turut menerima laporan berkenaan dan sias4tan mendapati kain tersebut digunakan sebagai tanglung berwarna biru putih bagi tujuan sambutan hari Wesak.-

Tarikh Hari Wesak (Vesak Day) tahun ini ialah pada 26 Mei 2021 (Rabu).

Ia merupakan salah satu daripada hari kelepasan am bagi kerajaan persekutuan untuk tahun 2021.

Pada tarikh ini juga, seluruh negeri di Malaysia akan bercuti bersempena hari wesak ini. Ia merupakan salah satu sambutan bagi peng4nut aga.ma bu.dha di Malaysia.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *