Entertainment

Pengarah Hospital Dedah Mcm Mana Datin Eina Azman dan Suami Boleh Dpt V4ksin Awal

SUSULAN dakwaan pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya memotong barisan untuk mendapatkan vaksin, pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak tampil menjelaskan kebimbangan awam.

Menurut Pengarah Hospital, Dr Abdul Malek Osman, pasangan itu layak menerima suntikan vaksin berdasarkan rujukan doktor pakar yang merawat mereka kerana mengalami masalah kesihatan dan komorbid.

Justeru tambah beliau, tidak timbul isu ‘potong barisan’ seperti yang didakwa memandangkan pasangan itu termasuk dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar dan diketegorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

“HRPB mengambil maklum berkenaan isu tular di beberapa laman sosial berkaitan seorang artis wanita yang dikenali sebagai Eina Azman bersama pasangannya didakwa memotong barisan dan mengambil Vaksin Covid-19 di Ipoh, Perak.

“Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

“Tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan tersebut dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi,” katanya pada Khamis.

Untuk rekod, pasangan itu menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), HRPB pada 25 Mei.

Pada Rabu, laman sosial kecoh apabila netizen mempersoalkan Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Rata-rata netizen mendakwa selebriti itu memotong giliran pengambilan vaksin sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa 25 Mei hingga 7 Jun ini.

Perkara itu menjadi tular selepas Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 26, dan suaminya, memegang placard ‘saya sudah divaksin’ sebelum ibu kepada sepasang kembar itu memadamkannya tidak berapa lama kemudian.

Dalam pada itu, pihak PPV HRPB juga menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada berbagai fasiliti kesihatan dari dalam atau luar negara Perak.

Malah, pihak mereka hanya memberi suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang dirujuk atau tidak melakukan pre Vaccination Assesment’ (PVA) di PPV di HRPB.

Eina dan suami layak menerima suntikan vaksin atas rujukan doktor pakar yang merawat mereka.

“PPV, HRPB menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada berbagai fasiliti kesihatan dari dalam dan luar Negeri Perak. Semua pesakit atau pelanggan yang dirujuk kepada PPV ini menjalani pemeriksaan awal iaitu ‘pre Vaccination Assesment’ (PVA) yang hanya boleh didapati di klinik-klinik Pakar Perubatan Hospital.

“PPV, HRPB hanya memberi suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di fasiliti PPV di hospital ini.

“Pemberian vaksin bagi fasa kedua diberi keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi serta golongan yang berisiko tinggi.

“Selari dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perlindungan kepada rakyat ketika negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19, orang ramai terutama kepada golongan berisiko tinggi digalakkan untuk membuat pendaftaran penerimaan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau melayari laman web vaksin,” tambahnya.

Datin Eina Azman pad4m gambar lepas kena k3cam

PETALING JAYA – Campak baju, nampak kurap. Barangkali pepatah tersebut sesuai menggambarkan apa yang tular sejak malam tadi.

Sekali lagi, selebriti tempatan mencetuskan kontr0versi selepas pelakon Datin Eina Azman dikatakan p0tong barisan bagi tujuan mendapatkan suntikan v4ksin apabila dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeeet Harden dilihat berada sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Eina atau nama lengkapnya, Ainur Syakina Azman, 26, berkongsi satu hantaran status di Instagram memaparkan dirinya dan suami dikatakan berada di sebuah hospital selepas selesai disu.ntik vaksin.

Bagaimanapun, selepas dipersoalkan netizen bagaimana dirinya boleh mendapat ‘jalan pintas’ suntikan vaksin sedangkan dia dan suami bukan tergolong dalam petugas barisan hadapan, ibu kepada dua cahaya mata itu bertindak mem4dam hantaran terbabit.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan suami sudah cucuk dos pertama v4ksin. Tak s4kit pun. Dua jam sebelum dicu.cuk Eina makan panadol dulu.

“Untuk Eina, peni.ng kep4la sikit selepas sun.tikan. Tapi sekejap sahaja lepas tidur sebentar, rasa okey.

“Tak tahu kenapa rasa lapar berganda nak makan sahaja. Tapi nak tanya, normal ke kalau muka jadi ‘bloated?’ Sebab muka Eina jadi bulat sangat lepas su.ntikan v4ksin. Saya rasa lain orang, lain kesan sampingannya tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” tulis Eina.

Difahamkan, Eina dan suami mendapatkan suntik4n v4ksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh berdasarkan foto yang dikongsikan yang tidak kelihatan seperti tempat vaksinasi awam.

“Memang ‘confirm’ ambil (vaksin) di Ipoh. Padahal orang Ipoh ambil dekat stadium kot. Kau (Eina) terus ambil dekat hospital terus. Dasar kayangan,” ciap seorang pengguna Twitter bersertakan dua keping foto dia dan suami disuntik vaksin.

Tangkap layar foto yang dimuat naik Eina. Bagaimanapun, hantaran tersebut sudah dipadam selepas netizen mula mempersoalkan dirinya disuntik dengan ‘layanan istimewa’ sedangkan bukan berstatus frontliner.

Ia seterusnya mengundang kec4man apabila warganet mendakwa dia memotong giliran pengambilan vaksin sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

“Eina Azman semalam ‘register’ pakai laman web mana ya? Terus cucuk pulak tu. Kerja buat video memasak je hari-hari pun awal dapatnya,” soal seorang pengguna.

“Hebat tak? Orang lain tunggu appointment beratur dekat PPV (Pusat Pemberian V4ksin). Eina Azman ambil direct dekat Hospital Ipoh,” komen lain pengguna.

“Best ke potong ‘que’, kami yang orang Perak pun tak dapat lagi. Mak ayah yang dah tua pun tak dapat lagi. Ni nak marah ni!,” antara komen pengguna lain.

“Hai nak tanya macam macam boleh dapat vaksin di Ipoh? Kongsi la tip,” sindir warganet lain pula.

Menyedari perkara itu amat sensitif dan boleh menimbulkan perdebatan hangat, ibu kepada sepasang kembar itu bertindak memadamkan hantaran terbabit tidak berapa lama kemudian.

Hantaran itu mengundang dua isu iaitu bagaimana Eina dan suaminya cepat mendapat vaksin dan pelanggaran SOP rentas negeri tanpa alasan yang kukuh.

Namun, tidak dapat dipastikan Eina menerima suntikan jenis Pfizer atau AstraZeneca tidak dapat dipastikan.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *