Uncategorized

Polis Perak Jelaskan Kenapa Anggota Di Arah Semak Kadar Toll Setiap Kereta

HAMPIR setahun setengah kita menjalani penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai peringkat bagi mengekang penularan Covid-19.

Pandemik bukan sahaja menjejaskan pergerakan aktiviti harian, bahkan secara tidak langsung ‘melenyapkan’ nikmat dan kemeriahan musim perayaan antaranya Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi.

Impian umat Islam menyambut lebaran bersama insan tersayang di kampung halaman punah apabila aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan.

Tambah lagi, baru-baru ini diumumkan pula beberapa negeri dikenakan PKP dan merentas daerah turut tidak dibenarkan.

Oleh itu, demi memastikan tiada individu yang merentas negeri pulang ke kampung, Polis Perak tampil menempatkan penguat kuasa di setiap kaunter tiket plaza tol.

Perkara itu adalah bertujuan untuk memeriksa baki tambah nilai bagi memastikan tiada individu merentas negeri pulang ke kampung pada Aidilfitri.

Memetik laporan portal tempatan, menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, ia antara strategi yang akan digunakan bagi menyemak kadar bayaran tol terhadap individu yang cuba mengambil kesempatan merentas negeri.

“Kita akan menyemak kadar bayaran tol, kadang-kadang bagi mengelak dikesan mereka akan masuk tol ini dan keluar tol yang ini.

“Jika kita tengok kadar bayaran tol, contohnya dari Jalan Duta jika tiada surat kebenaran merentas negeri, kita akan mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan mereka berpatah balik,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak dapat membuat tindakan lebih ketat di jalan raya ketika perayaan kerana ia akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Beliau turut menasihati setiap individu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi kes C0vid-19.

Sementara itu, beliau berkata, polis Perak juga berusaha meningkatkan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan kerajaan supaya pergerakan keluar masuk ke daerah dapat dikekang terutama musim cuti sekolah dan perayaan.

Justeru, bagi mereka yang sedang merancang untuk mencuba merentas negeri, bolehlah melupakan hasrat tersebut.

Moga kita tabah dan sabar mengharungi dugaan Aildilfitri di rantauan.

Pertimbangkan rentas negeri sempena Aidilfitri khususnya di kawasan hijau

ARAU : Keluhan rakyat yang sudah lama tidak bertemu keluarga atau ibu bapa di kampung halaman perlu diberi perhatian oleh kerajaan dengan mempertimbangkan agar pergerakan rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri dibenarkan khususnya membabitkan perjalanan pulang ke kawasan hijau.

Malah, di laman-laman sosial ketika ini hangat dengan keluhan serta rintihan orang ramai yang mengakui cukup merindui ibu bapa termasuk ada dalam kalangan mereka meluahkan sudah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung berikutan C0vid-19.

Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia (UUM-ITS), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, kerajaan mungkin boleh memberi sedikit kelonggaran bagi perjalanan merentas negeri khususnya di kawasan hijau.

Namun katanya, mereka yang ingin melakukan perjalanan tersebut perlu terlebih dahulu menjalani ujian calitan C0vid-19.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan juga boleh menetapkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk tujuan tersebut.

“Kasihan melihat rintihan orang ramai yang sudah terlalu lama tidak dapat pulang ke kampung halaman bertemu ibu bapa. Aidilfitri tahun lalu, perjalanan merentas negeri tidak dibenarkan dan apa kata tahun ini diberi sedikit kelonggaran.

Dr. Kamarul Azman Khamis

“Apa yang penting, orang ramai juga perlu
bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan mematuhi SOP ditetapkan khususnya daripada segi penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Sebelum itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa aktiviti merentasi negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mungkin tidak dibenarkan.

Sehubungan itu, Ismail berharap rakyat akur dengan arahan kerajaan sekiranya mereka tidak dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri pada musim perayaan Aidilfitri nanti.

Ismail dilaporkan berkata, keputusan larangan itu sekiranya dibuat adalah untuk melindungi nyawa rakyat daripada dijangkiti C0vid-19.

Mengulas lanjut, Kamarul Azman berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi kebenaran kepada mereka untuk pulang menziarahi ibu bapa yang uzur.

“Permudahkan urusan bagi kes seperti menziarahi ibu bapa yang uzur, kematian dan sebagainya. Apabila dibenarkan pulang SOP perlu sentiasa dipatuhi,” katanya

Sumber : Sinar Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *