Amalan

Presiden KFA Dedah JDT bermain ala sams3ng, sekali Penganalis bola sepak bagi nasihat padu

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan pasukan JDT beraksi ala samseng ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Katanya, skuad Harimau Selatan llangsung tidak menghormati tuan rumah biar pun bertandang ke tempat orang.

“Saya dapat satu kesimpulan iaitu JDT ini dia main ala ‘samseng’ sikit’, macam kasta kayangan. Tengoklah semalam ada satu insiden yang hampir berlaku pergaduhan di mana mereka datang kepada jurulatih serta pemain kita, dan buat-buat ‘cengei’ (Bengis)

“Dia datang stadium kita, kampung kita tetapi dia tak hormat langsung kita. Kena ingat, orang Kedah ini buat tenggala (bajak) bendang dan memukul padi di bendang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.

Sebaik tamat separuh masa pertama semalam, berlaku kekecohan antara kedua-dua pasukan di mana kem JDT dilihat menerpa ke bangku jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berikutan berlaku perang mulut antara Aidil dan penyerang sayap mereka, Gonzalo Cabrera sebelum itu.

Kekecohan dilihat berlanjutan hingga ke dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain, namun segalanya reda sebelum perlawanan bersambung.

Kejadian itu turut disaksikan Muhammad Sanusi bersama Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, karakter ditunjukkan JDT itu dirasakan tidak bagus untuk diterapkan dalam sukan.

“Dia nampak kerek, nampak ‘gedebe’. Mungkin kerana pasukan dia kaya atau gaji di mahal sedangkan kita tak ada duit.

“Tak bolehlah buat macam pasukan lain itu belasahan. Walaupun mereka pandai main, kita pun tidaklah bodoh sangat malah hampir menjaringkan dua gol semalam yang cuma terhalang oleh tiang dan palang.

“Kita pun bukan ‘lekeh’ sangat malah mampu memberikan tentangan sengit,” katanya.

KEM JDT menyerang tempat duduk pasukan Kedah selepas berlaku pertikaman lidah di antara Aidil Sharin Sahak dan Gonzalo Cabrera di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Kenyataan Presiden KFA seperti mahu buru.kkan JDT

JOHOR BAHRU: Bekas pemain Johor era 90-an, Hasnizam Uzir kecewa dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor yang menuduh pemain dan jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa budaya ala samseng.

Dakwaan Menteri Besar Kedah itu berikutan insiden tegang membabitkan pemain JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas berakhir babak pertama aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Rabu lalu seolah-olah mahu memburukkan JDT.

Menurut Hasnizam, Muhammad Sanusi sebagai figura awam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan ibarat mencurah minyak ke atas api yang boleh mencetus perasaan benci antara penyokong KDA FC dan JDT.

“Untuk apa Presiden KFA (Muhammad Sanusi) membuat kenyataan tidak matang itu. Mahu cari publisiti murahan. Sepatutnya beliau bersikap profesional dan tidak memperbesarkan insiden berkenaan kerana sukan bola sepak adalah untuk menyatukan pemain, jurulatih dan penyokong, bukan melaga-lagakan.

“Muhammad Sanusi sepatutnya mengikut langkah ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak yang bersikap profesional apabila menyatakan tidak tercetus insiden tegang selepas tamat perlawanan, sebaliknya kesemua pemain KDA FC dan JDT bersalaman antara satu sama lain.

“Sebagai seorang ketua sebuah organisasi dan seorang profesional beliau sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan yang lebih adil dan bijaksana berdasarkan apa yang berlaku dari awal. Jika diimbas semula perlawanan itu, pemain KDA FC yang kerap melakukan provokasi terhadap pemain JDT.

“Kta lihat sendiri apa tindakan Renan (Alves) yang secara sengaja menghalang dengan keras larian Gonzalo Cabrera yang terpaksa dikejarkan ke hospital. Insiden Azamuddin Akil dengan sengaja mengasari Corbin Ong tanpa bola di hujung-hujung perlawanan. Kenapa tidak persoalkan tindakan kedua-dua pemain KDA FC itu, ” katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi secara terbuka meluahkan rasa kesal terhadap JDT yang hadir ke Stadium Darul Aman dilihat sebagai tidak menghormati pihak tuan rumah apabila melabelkan pasukan juara liga tujuh musim berturut-turut itu `cengei’ (bengis).

Hasnizam yang juga penganalis bola sepak tanah air berkata, sepatutnya Muhammad Sanusi menasihati pemain-pemainnya dan jurulatih Kedah supaya lebih bersikap terbuka dan beretika tinggi sebagai seorang profesional dari melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Katanya, kenyataan beremosi itu menunjukan beliau masih lagi tidak bijak dalam mengambil kesempatan untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang beretika tinggi, sebaliknya memberi komen yang boleh mencetuskan perasaan benci dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan.

“Sepatutnya Muhammad Sanusi harus mengingatkan setiap pemain Kedah mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa mendidik pemain-pemain dan pengurusan Johor DT untuk kekal berdisiplin dan berintegriti tinggi,” kata Hasnizam.

Terdahulu TMJ pernah mengingatkan kepada pihak tertentu bahawa bukan mudah untuk ‘matikan’ JDT selagi Tunku Ismail kekal sebagai pemilik kelab berkenaan.

“Nak bu.nuh JDT kena m4tikan TMJ dahulu namun semua sedia maklum perkara itu bukan mudah. Kepada JDT ini bukan kali pertama kita kalah so rilek (tenang) kepada yang benci kami goodluck (semoga berjaya).

Penganalis bola sepak, Hasnizam Uzir berharap Presiden KFA bersikap lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan boleh melagakan penyokong JDT dan KDA FC. – NSTP/Rizar Mohd Noor

Terdahulu Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat bersikap profesional apabila secara terbuka mengucapkan tahniah kepada Terengganu FC (TFC) yang menewaskan pasukannya 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Ia dapat dilihat menerusi satu video yang tersebar di media sosial apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu memasuki bilik persalinan pasukan TFC selepas perlawanan dan berjumpa dengan anak buah Nafuzi Zain sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.

“Saya datang untuk ucap tahniah sahaja. Semoga berjaya untuk tahun ini,” kata TMJ ketika bertemu dengan barisan pemain TFC di dalam bilik persalinan.

TMJ juga dilihat sempat bergurau dengan beberapa tonggak import TFC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *