Amalan Hiburan

Baru Je Kena Pecat, Puad Suruh Dato Tajuddin Tarik Sokongan Terhadap Tan Sri Muhyiddin

Masa untuk tarik sokongan, kata ahli Majlis Tertiggi, Mohd Puad Zarkashi, selepas kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin Abdul Rahman dari Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) semalam.

Menurut Mohd Puad, tidak ada apa yang perlu dinantikan oleh pengarah pilihan raya Umno Malaysia itu sekarang.

“Tunggu apa lagi Dato Tajuddin Abdul Rahman. Kamu sudah dipecat sebagai pengerusi Prasarana.

“Umum segera tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam catatan ringkas di media sosial pagi ini.

Semalam Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan surat menamatkan perkhidmatan Tajuddin daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. Penamatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Ia berlaku selepas Tajuddin dikecam teruk pelbagai pihak kerana cara dia mengendalikan sidang media bagi menjawab persoalan mengenai kemalangan LRT pada kelmarin.

Kemalangan berkenaan menyebabkan lebih 200 orang cedera, termasuk sebahagiannya dalam keadaan parah.

Untuk rekod Mohd Puad antara pemimpin kanan Umno yang giat menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketiga sebahagian daripada ahli parlimen parti itu menjadi sebahagian daripada kabinet Muhyiddin.

Selain Mohd Puad, Tajuddin juga pernah agak lantang mengkritik PN dan Muhyiddin. Tajuddin diberikan jawatan pengerusi Prasarana oleh kerajaan PN pada 13 Mei 2020.

Ahmad doakan Tajuddin

Ahli parlimen Pasir Salak itu dilantik menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan tidak sampai seminggu sebelum itu.

Zaharah dipilih mempengerusikan Prasarana oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu janji mereka untuk mengurangkan sebanyak mungkin lantikan politik dalam GLC.

Gesaan dibuat Mohd Puad kepada Tajuddin hari ini berlaku ketika pelbagai pihak mempersoalkan sokongan yang dinikmati Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Bagaimanpun untuk rekod di sebalik pelbagai spekulasi yang ada, kerajaan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengadakan sidang parlimen dalam waktu terdekat.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata sesuatu jawatan yang disandang dalam politik hanya bersifat sementara.

Menciap untuk mengulas ringkas penamatan khidmat Tajuddin, Ahmad berkata tidak ada manusia yang sempurna dan jawatan disandang ahli politik terbabit adalah atas lantikan kerajaan.

“Jawatan di Prasarana itu lantikan Tengku Zafrul dan beliau berhak tamatkan (khidmat Tajuddin).

“Manusia mana ada yang sempurna. Saya doakan yang terbaik untuk Tajuddin dan menteri juga,” katanya.

Netizen Puas Hati Tajuddin Kena Pecat Sebagai Pengerusi Prasarana

Trending di Twitter, rata-rata netizen menyokong pihak kerajaan kerana memecat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta merta. Menurut netizen, sebagai seorang pemimpin dan pengerusi Prasarana, Tajuddin perlu memberikan contoh yang baik buat masyarakat bukannya menunjukkan nilai etika yang tidak baik.

Terdahulu, Tajuddin Abdul Rahman didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam. Di samping itu, beliau didakwa memperlekeh seorang wartawan wanita yang dipercayai berasal dari China. Tajuddin juga didakwa ‘gelak’ dan menyatakan insiden LRT yang berlaku bukan sesuatu kemalangan yang serius.

Buat petisyen suruh letak jawatan

Kegagalan dan tiada rasa sensitif dan empati oleh Tajudin Abdul Rahman, Pengerusi PRASARANA dalam menguruskan mangsa tragedi LRT pada 24 Mei yang lalu telah membuktikan beliau sama sekali tidak layak menjawat jawatan sebagai Pengerusi PRASARANA. Sikap beliau yang sombong, angkuh dan bongkak jelas terpancar ketika sesi sidang media yang dibuat oleh beliau sejurus melawat ke kawasan tragedi. Ditambah pula dengan “racist remark” beliau terhadap seorang wartawan.

Selain itu, beliau juga telah melanggar SOP berikutan tidak memakai pelitup muka, sebaliknya hanya memakai face shield sahaja. PDRM & KKM perlu ambil tindakan tegas ke atas Tajudin. Oleh itu, kami mendesak agar Tajudin Abdul Rahman, MP Pasir Salak untuk segera meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PRASARANA. Kementerian Kewangan juga perlu bertindak memecat Tajudin jika dia masih lagi berkeras melepas jawatan tertinggi anak syarikat MOF tersebut.

Sejak petang tadi, lebih daripada 139 ribu individu telah menyokong petisyen berhubung #LetakJawatanTajuddin. Meskipun sasaran itu hampir meraih sokongan majoriti, Menteri Kewangan Malaysia dipercayai telah mengeluarkan surat pemecatan tersebut terlebih dahulu kepada Tajuddin.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *