Hiburan

Ramai Tye S4kit Apa Sampai Dpt V4ksin Awal, Eina Azman mula buka cerita

Campak baju, nampak kurap. Barangkali pepatah tersebut sesuai menggambarkan apa yang tular sejak malam tadi.

Sekali lagi, selebriti tempatan mencetuskan kontr0versi selepas pelakon Datin Eina Azman dikatakan p0tong barisan bagi tujuan mendapatkan suntikan v4ksin apabila dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeeet Harden dilihat berada sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Eina atau nama lengkapnya, Ainur Syakina Azman, 26, berkongsi satu hantaran status di Instagram memaparkan dirinya dan suami dikatakan berada di sebuah hospital selepas selesai disu.ntik vaksin.

Bagaimanapun, selepas dipersoalkan netizen bagaimana dirinya boleh mendapat ‘jalan pintas’ suntikan vaksin sedangkan dia dan suami bukan tergolong dalam petugas barisan hadapan, ibu kepada dua cahaya mata itu bertindak mem4dam hantaran terbabit.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan suami sudah cucuk dos pertama v4ksin. Tak s4kit pun. Dua jam sebelum dicu.cuk Eina makan panadol dulu.

“Untuk Eina, peni.ng kep4la sikit selepas sun.tikan. Tapi sekejap sahaja lepas tidur sebentar, rasa okey.

“Tak tahu kenapa rasa lapar berganda nak makan sahaja. Tapi nak tanya, normal ke kalau muka jadi ‘bloated?’ Sebab muka Eina jadi bulat sangat lepas su.ntikan v4ksin. Saya rasa lain orang, lain kesan sampingannya tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” tulis Eina.

Difahamkan, Eina dan suami mendapatkan suntik4n v4ksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh berdasarkan foto yang dikongsikan yang tidak kelihatan seperti tempat vaksinasi awam.

“Memang ‘confirm’ ambil (vaksin) di Ipoh. Padahal orang Ipoh ambil dekat stadium kot. Kau (Eina) terus ambil dekat hospital terus. Dasar kayangan,” ciap seorang pengguna Twitter bersertakan dua keping foto dia dan suami disuntik vaksin.

Tangkap layar foto yang dimuat naik Eina. Bagaimanapun, hantaran tersebut sudah dipadam selepas netizen mula mempersoalkan dirinya disuntik dengan ‘layanan istimewa’ sedangkan bukan berstatus frontliner.

Ia seterusnya mengundang kec4man apabila warganet mendakwa dia memotong giliran pengambilan vaksin sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

“Eina Azman semalam ‘register’ pakai laman web mana ya? Terus cucuk pulak tu. Kerja buat video memasak je hari-hari pun awal dapatnya,” soal seorang pengguna.

“Hebat tak? Orang lain tunggu appointment beratur dekat PPV (Pusat Pemberian V4ksin). Eina Azman ambil direct dekat Hospital Ipoh,” komen lain pengguna.

“Best ke potong ‘que’, kami yang orang Perak pun tak dapat lagi. Mak ayah yang dah tua pun tak dapat lagi. Ni nak marah ni!,” antara komen pengguna lain.

“Hai nak tanya macam macam boleh dapat vaksin di Ipoh? Kongsi la tip,” sindir warganet lain pula.

Menyedari perkara itu amat sensitif dan boleh menimbulkan perdebatan hangat, ibu kepada sepasang kembar itu bertindak memadamkan hantaran terbabit tidak berapa lama kemudian.

Hantaran itu mengundang dua isu iaitu bagaimana Eina dan suaminya cepat mendapat vaksin dan pelanggaran SOP rentas negeri tanpa alasan yang kukuh.

Eina Azman mohon maaf isu v4ksin, akui memang ada masalah kesihatan

Selepas tular mengenai isu didakwa memotong barisan untuk mendapatkan vaksin, selebriti terkenal, Eina Azman telah memadam gambar dan video yang dikongsikan kepada umum kerana menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Dia juga didakwa mendapat vaksin awal bukan di pusat vaksin yang ditetapkan tetapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Hospital nafi isu ‘potong barisan’
Sehubungan dengan itu, pihak HRPB telah tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menafikan sekerasnya pelakon tersebut bersama suami, Datuk Paduka Kaiser Abdullah memotong barisan seperti yang dikatakan netizen di media sosial.

Menurut pengarah HRPB, pasangan berkenaan telah mendapat saranan daripada doktor pakar yang merawat mereka untuk mengambil suntikan vaksin kerana dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Jelaskan keadaan sebenar

Susulan daripada itu, ramai yang tertanya-tanya penyakit yang dihidapi mereka sehingga perlu mendapat suntikan vaksin awal.

Sehubungan dengan itu, Eina Azman telah tampil menulis di media sosial dengan memohon maaf diatas perkongsiannya sebelum ini sehingga membuatkan ramai kurang senang

Tak mahu lebih ramai tersinggung

Menurutnya, dia sama sekali tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

Eina turut mengakui bahawa dia sememangnya mempunyai masalah kesihatan namun tidak dapat berkongsi kepada umum dan hanya ahli keluaga sahaja mengetahui hal tersebut.

Justeru itu, pelakon drama The Maid itu mengambil keputusan untuk memadam gambar dan video ketika mengambil suntikan untuk mengelakkan isu menjadi lebih rumit.

Jadi, di akhir penulisan tersebut, Eina sekali lagi memohon maaf sekiranya gambar dan video tempoh hari membuatkan ramai pihak salah faham sehingga pelbagai spekulasi timbul.

Pada 25 Mei yang lalu, Datin Paduka Eina Azman dan suaminya telah menerima suntikan pertama vaksin jenis Pfizer. Masing-masing menerima suntikan di Ipoh dan mengakui tidak mengalami sebarang al4han yang teruk selepas mendapat dos pertama.

Sumber: Eina Azman

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *