Hiburan

Hampir Seribu Perkongsian, Saiful Nang Dedah Kenapa Jadi Chairman Dil4rang B0d0h

Sidang media dikendalikan Tajuddin pada pagi Selasa di lokasi kejadian sebagai perbuatan tidak profesional, biadab dan amat mem4lukan rakyat Malaysia pada saat negara berdepan tragedi kemalangan besar dalam tempoh 25 tahun.

Tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang media berdurasi 21 minit dan 25 saat itu juga menampakkan kedangkalan beliau berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemal4ngan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringi beliau.

Tindak-tanduk Tajuddin yang dikec4m warganet sewaktu mengadakan sidang media berkaitan peristiwa kem4langan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang ced.era p4rah, manakala 166 lagi ced.era ringan.

Dalam sidang media berkenaan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah ‘normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium’.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut dibidas kerana g4gal hadir ke lokasi kejadian bersama-sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong pada malam kemalangan berlaku.

Namun beliau memberi alasan tidak dapat hadir kerana baru selesai bermesyuarat dan bersiap sedia untuk mendapatkan dos kedua v4ksin C0vid-19.

Berikut pula perkongsian menarik dari Saiful Nang

KENAPA JADI CHAIRMAN DILARANG B0DOH?

Pertama dan seawalnya, aku ucapkan takziah kepada semua mangsa kemalangan LRT laluan Kelana Jaya. Takziah juga kepada Malaysia kerana statistik Covid19 kita semakin melarah-larah. Lagi pula ditambah dengan aksi chairman yang memberikan sidang media yang menjadikan Pak Jabit Kampung Pisang lebih kelihatan profesional dalam mengendali mesyuarat JKKK.

Kedua, aku rasa sudah sampai masanya jawatan pengerusi syarikat-syarikat kepentingan kerajaan tidak dilantik atas dasar politik tetapi atas dasar merit. Bukan orang politik tak boleh menyandang, tapi biarlah yang ada pengetahuan. Banyak peristiwa yang terjadi apabila mereka ini menjadi bebanan kepada organisasi bukannya menjadi aset. Kita lihat bagaimana yang terjadi dengan Felda, Tabung Haji dan banyak lagi.

Jadi chairman, kenalah bijak. Malaysia sudah lama merdeka, chairman tak bolehlah pakcik-pakcik yang datang seminggu sekali masuk ofis untuk baca surat khabar dan sain surat-surat sokongan pingat-pingat negeri kepada pengarah-pengarah dan pegawai kanan.

Kenapa mereka tak boleh b0doh? Siapa chairman dalam organisasi?

Executive Chairman ni lain, dia ada kuasa mengendali syarikat dan biasanya dia adalah pemilik syarikat. Yang ini confirm tak boleh b0doh. Kalau b0doh, company dia sendiri yang melingkup. Tapi satu lagi jawatan yang selalu ada orang-orang kurang bijak ni, namanya ialah “chairman”.

Apa kerja chairman?
Gaji puluh ribu atau paling tidak belas ribu dengan segala kemudahan syarikat. Ada supir dan kereta syarikat, terbang sana sini semua paling tidak kelas perniagaan.

Kerja mereka apa?

1. Mempengerusi mesyuarat lembaga pengarah. Walaupun dia tidak ada kuasa mutlak membuat keputusan, namun jangan sampai apa yang pengarah bincangkan, dia satu apapun tak tahu. Kalau begitu, kita tak perlu chairman, kita perlu chair sahaja. Ada pun tak membantu, tiada pun tak luak.

2. Chairman kena bijak kerana dia penengah antara pemegang saham dan lembaga pengarah. Pemegang saham ialah PEMILIK SYARIKAT manakala lembaga pengarah ialah PENGURUSAN SYARIKAT. Tapi kalau syarikat kecil-kecil biasanya dialah pemilik dan dia jugalah yang menguruskannya. So, tak perlu sangat nak chairman. Kalau adapun, Executive Chairman. Itupun biasanya Executive Chairman ialah pangkat CEO yang dah bersara tapi masih nak mengawal operasi syarikat secara remote. Tahu-tahu jer, untung besar mereka dapat bahagian mereka.

3. Kiranya Chairman ni membawa misi shareholder (pemilik) yang pastinya mahukan keuntungan dari apa yang mereka dah laburkan. Tak boleh nak salahkan chairman kalau selok belok bisnes secara detail dia tak tahu tapi taklah terlampau ignorant sangat. Sampaikan isu semasa, fakta asas syarikat atau peristiwa dalam syarikat sampai dia tak tahu. Kalau tanya tentang costing operasi, sebutharga, tender semasa mungkin itu dia tak sempat nak ingat semua.

4. Chairman biasanya menjadi lambang dalam syarikat. Biasa orang lantik chairman ni dari kalangan pesara kerajaan yang berpangkat, berpengaruh juga bergelar. Macam naik kereta Jaguar tanpa lambang seekor harimau bintang tanpa tompoknya melompat di depan hud kereta. Nampak macam tak lengkap dan tak angkuh. Kalaupun chairman itu tidak bijak, sekurang-kurangnya dia tidak sampai memalukan. Lambang ni untuk jadi pride tapi kalau dah lambang kita letak lagi memalukan, baik cabut lambang tu dan campak jauh-jauh. Malu kalau orang nampak.

5. Chairman biasa tak turun ke bawah. Dia orang yang berperanan untuk goal setting. Kalau dalam sebuah kapal, CEO tu ialah nakhoda kapal. Chairman ialah wakil kepada taukey kapal yang kerjanya memerhati jer nakhoda dan anak kapal supaya tak tersasar haluan yang pemilik syarikat mahu. Tapi kalau chairman jenis tak bijak, tak boleh lah. Nanti pemilik set kapal kena belayar ke Liverpool dia lepak-lepak main Tiktok, tahu-tahu kapal menyimpang ke Vladivostok. Kan jauh tu?

Apapun, chairman tak ada alasan untuk b0doh walaupun dia pakai visor muka gaya Ultraman Taro. Kalau b0doh confirm tak boleh jadi chairman. Nasib baik kita kat Malaysia, semua chairman kita cerdik-cerdik semuanya. Semua mampu menghadapi segala musibah dengan bijak, dengan yakin dan berperikemanusiaan. Dalam sidang mediapun kelihatan sangat karismatik sampai bila kita mendengar sahaja kita jadi keliru sama ada nak menangis ataupun nak ketawa dengan bibir mengetap cengkam rapat. Keliru kerana terlampau bijaksana. Syukurlah.

Dalam satu dunia mencari v4ksin kepada viru.s C0vid-19, ada satu vir.us yang juga mudah menular di kalangan bangsawan yang sampai hari ini tak ada ubatnya kecuali mati. Simptom virus ini ialah, bila mereka bercakap kita semua tahu-tahu dah basah lencun. Bila kering baru bau hancing. Itulah virus BODSOM atau nama penuhnya ialah virus B0doh Somb0ng yang dipercayai bermula dari Pasir Salak.

SAIFUL NANG
CEO jer

Notakaki : Since company aku tak ada chairman, aku letak gambar CEO bajet Chairman yang hot. Sila jangan muntah, ini perkara biasa. Hati-hati memandu, don’t kiss each other.

kredit: Saiful Nang

Warganet ‘s0rak’ pemecatan Tajuddin

PETALING JAYA: Warganet rata-rata meraikan berita Kementerian Kewangan telah memecat Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengerusi Prasarana.

Media sosial dibanjiri desakan untuk pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu sejak dua hari lalu, selepas ramai berang dengan caranya mengendalikan sidang media pagi semalam, sehari selepas nahas melibatkan dua kereta api LRT di laluan Kelana Jaya pada lewat Isnin.

Petisyen dalam talian di Change.com mendesak beliau meletak jawatan mendapat hampir 140,000 tandatangan ketika pemecatannya disahkan.

Tanda pagar #Letak JawatanTajuddin turut trending di Twitter hari ini, sebelum beliau dipecat.

Perkhidmatan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berk.uat kuasa serta merta.

Perkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Kewangan Diperbadankan adalah pemegang saham tunggal Prasarana, yang memiliki banyak rangkaian pengangkutan awam Malaysia.

Ini termasuk laluan LRT Kelana Jaya, yang menyaksikan kem.alangan pada hari Isnin selepas dua tren LRT bert.embung mengaki.batkan 64 orang dikejarkan ke h.ospital, enam daripadanya dalam keadaan kri.tikal.

Surat Zafrul kepada Tajuddin beredar di kalangan pengamal media

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *