Entertainment

“Saya Tanya Ada Sesi Bermaafan Dgn Izreen, Melodi Kata Takda, Tapi …” Intan Liana

Jika sebelum ini, hanya Izreen Azminda yang bersuara mengenai pertemuan dengan bekas madunya, Intan Liana Salleh dalam program Melodi Raya, terbaharu Intan pula mendedahkan hal yang sebenarnya.

Menurut Intan, dia dijemput oleh pihak Melodi sebagai tetamu dan tidak diberitahu pun, ada sesi temubual bersama Izreen.

“Saya ada dimaklumkan mengenai segmen ‘Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih’ tapi tak diberitahu pula saya dan Izreen yang terlibat dalam segmen itu.”

Menerusi Media Hiburan, Intan menjelaskan yang mereka berdua turut ditempatkan di meja yang sama tetapi bukan bersebelahan dan ianya tidak menjadi masalah pun. Malahan terdahulu, Intan turut bertanya kepada kru program akan adakah program bermaaf-maafan, kerana jika ada, dia belum bersedia lagi.

“Dan sebelum saya setuju, saya ada bertanyakan pihak Melodi, adakah akan berlaku sesi bermaafan. Dan saya diberitahu tiada sesi tersebut, saya dijemput sebagai tetamu sahaja.”

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila berada di set rakaman, Intan tiba-tiba diminta menjayakan sesi temubual bersama Izreen dan dia bersetuju dalam keadaan tidak bersedia.

“Jadi, apa yang dilihat dalam sesi temubual adalah spontan. Saya harap penjelasan ini menjawab pertanyaan ramai. Rasanya ia tak perlu disensasikan dalam ruangan hiburan kerana ia membabitkan hati dan perasaan. Saya bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik.”

Intan sudah pun menjelaskan apa yang telah berlaku dan mengharapkan masing-masing telah pun membawa haluan sendiri. Jadi, kita, peminat dunia hiburan boleh berikan ruang kepada mereka

‘Mana Mungkin Boleh Melupakan’ – Intan Liana

Pelakon Izreen Azminda baru saja diberi kesempatan untuk bertemu dengan bekas isteri kepada suaminya iaitu Intan Liana Saleh dalam sesi rakaman Melodi Raya, baru-baru ini. Susulan dari rakaman program tersebut, Izreen berkata dia telah meminta maaf kepada Intan sebanyak tiga kali sepanjang program itu.

Sementara itu, meninjau di posting Instagram kelihatan kedua-dua mereka memuat naik status berkaitan ‘meminta maaf dan memaafkan’. Adakah posting berkenaan menggambarkan kepada situasi yang sedang dihadapi mereka?

Yang meminta maaf itu kuat

Izreen Azminda kelihatan memuat naik foto dan video boomerang bersama Intan Liana di laman Instagramnya. Malah, turut disertakan dengan kapsyen berkaitan ‘memohon maaf’ dan kedamaian. Pelakon itu juga mengharapkan kemaafan dan memohon pengikutnya mendoakan kebaikan kepada sebuah pendamaian yang dihadapinya.

Yang meminta maaf itu kuat, yang memaafkan itu kekuatan, yang dulu itu masa lalu yang kini itu perjalanan. Keikhlasan tak boleh dipaksa, tak juga boleh dipinta, tapi keikhlasan itu hadir dari hati yang benar benar rindukan kedamaian.

Jika memaafkan itu sebuah kemenangan, maka tenangnya kehidupan menjadi ukuran, dan jika dimaafkan itu sebuah penghormatan, maka kebahagiaan itu menjadi impian. Allah itu pemegang hati pada setiap yang bernyawa, pemilik jiwa pada setiap pelusuk bumiNya, jika dia temukan kedamaian dari sebuah beratnya ujian, maka akan ada kisah indah pada sebuah pengakhiran.

Andai kemaafan ini tidak mampu menembus kesalahan, namun tidak mematikan sujud doaku padaNya untuk sebuah pengakhiran indah yang dinantikan. Tidak ada apa yang saya mahukan, Cuma doa-doa dari kalian supaya kita semua bertemu pengakhiran yang baik saja.

Niat itu seperti surat

Sementara itu, Intan Liana juga kelihatan memuat naik posting dan berkongsi kapsyen berkaitan ‘niat’. Namun, tidak dipastikan sama ada posting berkenaan ditujukan kepada Izreen Azmina.

Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat. Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin boleh melupakan. Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah aku dan dia.

Menurut Intan yang sebelum ini membisu selama beberapa minggu, dia sudah menjelaskan perkara itu kepada pihak Melodi yang menjemputnya untuk muncul bersama Izreen menerusi segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih.

Malah, Intan yang sebelum ini membisu selama beberapa minggu mengakui tahu mengenai segmen itu serta kehadiran Izreen pada sesi rakaman berkenaan termasuk tempat duduk mereka diletakkan pada meja yang sama tetapi bukan bersebelahan.

” Ingin dijelaskan sebelum bersetuju saya juga ada bertanya kepada pihak Melodi adakah akan berlaku sesi bermaafan, kerana seandainya ada saya belum bersedia untuk itu.

” Dan, saya diberitahu tidak akan ada sesi terbabit (bermaafan) dan sekadar datang sebagai jemputan.

” Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan sahaja dan bukan untuk ditemubual.

” Tapi, apabila ia berlaku, saya jadi canggung di atas pentas serta di hadapan kamera kerana tidak bersedia,” katanya.

Menurut Intan baru kali ini dia membuka mulut dengan memberi penjelasan berikutan reaksi ‘canggung’ yang ketara di wajahnya dalam program Melodi Raya itu selepas menjadi bahan warganet.

” Sebenarnya, keadaan berubah di lokasi rakaman. Saya dimaklumkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, maka set berubah dan saya diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen itu.

” Apapun, perkara ini pada saya sepatutnya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan.

” Saya pun bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik, dan biarlah masa yang memulihkan segalanya.

” Buat masa sekarang, biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing.

” Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

 

Dalam masa sama, Intan berkata penjelasan itu diharap dapat merungkai segala persoalan berkaitan isu berkenaan yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

” Tak perlulah lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini pada masa hadapan,” katanya.

Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Sumber: Izreen Azminda, Intan Saleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *