Hiburan

Sedih tak dapat ziarah raya, Rebecca Nur Al Islam bagi mesej khas kepada PM

PENGUMUMAN kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah raya dilakukan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menyebabkan rakyat berdukacita termasuklah pelakon Rebecca Nur Al Islam.

Rebecca menerusi video yang dimuat naik di Instagram merayu agar kerajaan meneliti semula perlaksanaan SOP bagi membenarkan sekurang-kurangnya ziarah dilakukan antara keluarga pada 1 Syawal.

Pelakon berusia 35 tahun ini turut meluahkan rasa terkilan apabila tidak dibenarkan untuk menziarah kubur saudara terutama arwah bapanya yang sudah meninggal dunia sejak empat tahun lalu.

“Sekurang-kurangnya hari raya pertama bolehlah menziarah saudara mara terdekat tetapi dimaklumkan baru-baru ni kita PKP balik. Kami amat sedih walau kami tahu memang penyakit satu dunia alami ini tengah merebak luas.

Rebecca turut memohon maaf kepada Muhyiddin Yassin jika kata-katanya mengores hati.

“Justeru, ada beberapa benda kami rasa tak puas hati dan tak logik kerana mungkin ada keluarga yang sudah membeli barang-barang basah untuk berkumpul dengan keluarga. Kenapa bagi tahu last minit?

“Kita faham rentas daerah dan negeri tidak boleh, sama juga perhimpunan sosial. Okey lagi. Tapi ziarah kubur pun tak boleh? Ziarah kubur ni tak sekali ramai-ramai adik-beradik sampai 100 orang pun, kita jagalah SOP.

“Saya yang sudah hilang ayah sejak 2017 dan ibu saya mungkin rindu arwah ayah pasti ingin menjenguk kubur arwah. Itu satu benda tak logik, kita boleh ziarah dengan pakai mask dan saya yakin jarak kubur pun jauh-jauh,” katanya.

Menerusi video itu, Rebecca mengesyorkan beberapa perkara kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penetapan SOP pada sambutan hari raya Aidilfitri pada Khamis.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan PKP menyeluruh seluruh Malaysia bermula 12 Mei hingga 7 Jun dan sehubungan itu, aktiviti ziarah rumah ke rumah dan kubur sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor.

Dalam pada itu, Rebecca juga menyatakan kekeliruan tentang kebenaran operasi beberapa sektor seperti pusat beli-belah dan perkilangan namun melarang untuk menziarahi rumah ibunya yang berdekatan.

“Naik kereta 3 orang boleh pula ke shoping mall? Kalau fikir balik hari raya ziarah rumah mak berdekatan tak boleh, pergi shoping mall boleh, ia satu benda tak logik ya.

“Contohnya, jika saya rindu ibu saya dan nak meminta maaf, adakah saya terpaksa call, jumpa kat KLCC sebab saya nak sangat cium tangan ibu. Adakah perlu menipu pihak atasan? Nak jumpa ibu tapi tipu ke shopping mall.

“Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor. Ini kilang boleh buka, construction site boleh buka. Konsepnya sama macam kita lawat kubur kawasan terbuka.

Rebecca kongsi gambar raya keluarga pada tahun lalu.

“Bagilah kami beraya satu hari saja untuk menziarahi keluarga. Saya memohon pihak kerajaan tolonglah kami, kami sedar tak boleh rentas negeri dan daerah, tapi tolong fahami kami jiwa rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Rebecca berharap kerajaan akan melonggarkan SOP dengan membenarkan aktiviti ziarah raya pada raya pertama atau melaksanakan sahaja Perintah Berkurang secara keseluruhan.

“Sekurang-kurangnya pada hari raya pertama kami dapat menziarahi saudara berdekatan. Jika tetap dengan keputusan tak boleh menziarahi, tolonglah buat total lockdown semua.

“Percayalah situasi ini akan sama tiada perbezaan sampai bila-bila akan jadi macam ni,” tambahnya.

Seluruh negara pakai SOP sama, tak timbul isu keliru – “Buat 3.0 marah, 1.0 pun m4rah…”

MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak timbul isu kekeliruan susulan pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berkuatkuasa esok.

Menjelaskan perkara itu dalam sidang media pada petang Selasa, Ismail berkata seluruh negara akan menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) yang seragam.

“Tidak timbul lagi isu kekeliruan lebih-lebih lagi pagi tadi kita menyeragamkan SOP berdasarkan pandangan dan cadangan setiap kementerian.

“Saya harap semua merujuk kementerian berkaitan dan juga di website MKN untuk mendapatkan SOP yang lebih jelas,” ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, Ismail turut menjawab isu yang ditimbulkan rakyat yang mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menggunakan SOP seperti PKP 1.0 yang dilaksanakan tahun lalu.

“Bila kita umum PKP 3.0 semalam ada yang marah. Kenapa tak PKP 1.0? Buat 3.0 marah, 1.0 pun marah… kita tak boleh puaskan rakyat.

“Alasan kita untuk tidak buat PKP 1.0 kerana tidak mahu menyusahkan rakyat. Seperti saya pernah sebut bahawa kita mengimbangi antara keperluan kesihatan dan keperluan penghidupan rakyat,” ujarnya.

Tambah Ismail juga, negara kehilangan RM2.4 bilion sehari apabila kerajaan menutup kesemua sektor ekonomi.

“Kumpulan peniaga kecil adalah yang terjejas teruk apabila tidak dibenarkan keluar rumah. Cuba kita bayangkan pula mereka yang tinggal di rumah pangsa dua bilik 650 kaki persegi terpaksa duduk beramai-ramai untuk beberapa bulan,” ujarnya.

“Kita bincang dengan KKM, dari segi jangka masa untuk kawalan, memang boleh turunkan keluk dengan lebih cepat menerusi PKP 1.0 tetapi tidak bermakna, melalui PKP 3.0 kita tidak boleh melandaikan langsung,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *