Uncategorized

Seolah tidak terkesan dgn apa yg terjadi, tindakan terbaru Neelofa buat pengkrtitik beliau terdiam

KUALA LUMPUR: Pengcara dan pelakon popular, Neelofa menerusi jenama Naelofar melancarkan kempen #NaelofarForHumanity dan bakal mengadakan jualan tudung besar-besaran bagi mengumpul dana untuk bumi Palestin.

Jualan yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini akan menyalurkan 100 peratus keuntungan kepada tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction untuk mengumpul dana bantuan Palestin.

Neelofa berkata, kempen Naelofar For Humanity adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin dalam kalangan pengguna dan dalam pada masa sama dapat memberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.

“100 peratus keuntungan yang diraih menerusi Naelofar For Humanity Weekend Specials akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction. Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat memerlukan di sana,” ujarnya.

Selain Neelofa, kempen Naelofar For Humanity turut disertai oleh artis-artis popular seperti Kilafairy, Wany Hasrita dan Amira Othman. Jualan hujung minggu berkenaan akan diadakan di seluruh saluran jualan Naelofar iaitu di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif jenama tersebut, Mohamed Aqief berkata, Naelofar sudah memberikan dana berjumlah RM50,000 sebagai permulaan kepada kempen tersebut.

“Perjuangan mereka di Palestin masih belum berakhir. Oleh itu kita perlu memberi bantuan dan sokongan kepada mereka. Selama tujuh hari bermula hari ini, tidak akan ada sebarang penjualan selain kesedaran untuk mengumpul dana bagi kempen tersebut,” katanya.

Neelofa keluar masuk balai polis… selesai beri keterangan kes tak pakai ‘face mask’ di IPD Seremban

SELEBRITI Noor Neelofa Mohd Noor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada jam 11.40 pagi Isnin susulan tular foto dia didakwa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan kepada mStar, Neelofa berkata dia memberi kerjasama kepada pihak polis dalam menyelesaikan kes tersebut.

“Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.

“Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya,” katanya.

Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada jam 10.15 pagi.

Pada Jumaat lalu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim memaklumkan, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Isu Nilai 3 di Selangor, Hattan pelik siapa sebar info palsu tak masuk akal! – “Kok Iyo pun janganlah ditukar-tukar”

ISU Nilai 3 yang menjadi bualan hangat segelintir pihak apabila dikatakan berada di bawah negeri Selangor turut mendapat reaksi penyanyi yang juga anak jati Negeri Sembilan iaitu Datuk Hattan.

Hattan, 56, menerusi Instagramnya turut mempersoalkan tindakan pihak yang menimbulkan kekecohan terhadap pemilikan Nilai 3 kononnya sudah bertukar milik.

Penyanyi lagu Biso Bonar itu meminta mereka yang mempertikaikan dan keliru dengan perkara itu agar membuat pemeriksaan dengan pihak Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

“Assalamualaikum, apo koba (apa khabar), Ini apo pulak dikoba Nilai dalam Selangor ini. Esei( saya) ni anak jati Negeri Sembilan ni woi, esei dibesar di Seri Menanti.

“Seluruh Negeri Sembilan ni tak ada la bosa bona (besar benar) tapi saya tahu, pemetaan tu tak percaya pergi cek dengan Jupem.

“Kok Iyo pun janganlah ditukar-tukar, ” ujarnya.

OCPD Nilai 3, Mohd Fazley minta orang ramai tidak sensasikan kes berkaitan Neelofa dan suami.

Sebelum ini, tular sebuah laman Facebook yang mencetuskan kekeliruan awam apabila mendakwa Nilai 3 berada di bawah negeri Selangor selepas selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz ‘bebas’ daripada dakwaan merentas negeri baru-baru ini.

Susulan itu, akaun Facebook N9 Radar diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan berhubung hantaran dimuat naik.

Seluruh Negeri Sembilan ni tak ada la bosa bona tapi saya tahu, pemetaan tu tak percaya pergi cek dengan Jupem.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kenyataan laman sosial N9 Radar, berkaitan Nilai 3 yang dikatakan terletak di Selangor.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Untuk rekod, Neelofa dan suami dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32 dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM15,000 dan sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 4 Jun depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *