Uncategorized

Slumber Parking Kereta Sampai Dlm Kompleks Mahkhamah, Peguam Ini Dedah Perkara Sebenar

SEREMBAN: Peguam-peguam Negeri Sembilan membuat adu.an kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan berhubung layanan istimewa yang diberikan kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail semasa mereka hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis lalu.

Menerusi aduan tersebut, mereka dikatakan mempersoalkan mengenai layanan istimewa apabila kenderaan pasangan itu yang dibenarkan memasuki ke dalam kompleks mahkamah, sementara individu yang lain pula perlu parkir di bahagian luar.

Sinar Harian dimaklumkan, kenderaan yang dibenarkan parkir di dalam kawasan premis mahkamah itu hanya kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian kepada orang awam (orang kur4ng up4ya).

Malah, peng4du turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam yang dim4rahi oleh pengawal keselamatan apabila mereka meminta untuk membawa masuk kenderaan ke dalam pekarangan mahkamah.

Namun, mereka patuh bagi menghormati integriti institusi tersebut.

Menerusi adu4n itu lagi, perlakuan ini bukan sahaja akan dipandang neg4tif oleh orang awam, malah mahkamah juga akan terpalit sama dengan pandangan yang bur.uk.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz, pihaknya menerima surat adu4n tersebut pada petang Khamis, iaitu hari sama kes Neelofa dihadapkan ke Mahkamah Seremban.

Katanya, surat aduan tersebut telah dimajukan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah pada petang Jumaat.

“Kita telah serahkan surat kepada pihak Mahkamah Negeri Sembilan dan berharap mereka akan memberi maklum balas dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

KERETA dinaiki Noor Neelofa dan Muhammad Haris memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2, Seremban pada Khamis lalu ketika pasangan suami isteri itu didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertudu.han mel4nggar SOP PKPB. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

AG putuskan tiada tudu.han rentas negeri pada Neelofa, suami

Tiada tuduh4n rentas negeri dikenakan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail selepas kertas siasatan polis diteliti Pejabat Peguam Negara (AGC).

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan sias4tan dan keterangan yang diperoleh berhubung kes tersebut.

“Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara.

“Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya dipetik BH Online.

Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau PU Riz dituduh di Mahkamah Majistret Seremban semalam atas kesal4han g4gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ia susulan pasangan tersebut, dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi mereka di Nilai 3, pada 2 Mei lalu.

Muhammad Haris atau PU Riz, 26, juga menghadapi satu lagi tudu.han, iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertu.duhan serta dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Peguam mereka, Haresh Mahadevan menjelaskan kepada media semalam bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir atas tud.uhan mel4nggar SOP PKPB dan tidak membabitkan isu rentas negeri atau sebagainya.

Kesemua tuduhan bermula selepas Neelofa berkongsi video dia dan suaminya tular berada di premis terbabit. Kandungan itu pada awal dikongsi oleh slebriti terbabit di Insta Story miliknya sebelum ia dip4dam

Dalam perkembangan terkini SATU petisyen yang mengge.sa selebriti sensasi Neelofa menerima hukum4n setimp4l atas kes4lahan berulang kali mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 20,000 individu.

Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kem4rahan ramai sehingga netizen bersatu hati menyokong petisyen bertajuk Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera.

Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesal4han yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.

Berikut senarai kes4lahan yang di tulis dalam petisyen tersebut

Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali mel4nggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pand3mik C0VID-19. Kesa.lahan-kes.alahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau.

Berikut kesalahan-kesalahan melanggar SOP yang telah beliau dan keluarga beliau telah lakukan:

1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil)

2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)

3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan)

4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (l4nggar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)

Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera dipenjarakan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!

Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu.

Azwan Ali antara rakan selebriti yang lantang mengkritik Neelofa.

“Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pande.mik C0vid-19.

“Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya,” tulis individu berkenaan pada petisyen itu.

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *