Amalan

Laluan Tikus Ikut Ladang Sawit Sesak. Ketua Polis Tampil Beri Penjelasan Kemanaa Mereka Mahu Pergi

GUA MUSANG- Persiapan penduduk di sekitar bandar ini untuk keluar membeli barangan bagi menyambut Aidilfitri esok, terjejas selepas sebuah lori kontena yang membawa muatan sarung tangan getah terbalik dan melintang di laluan di Kilometer Tiga Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku apabila lori kontena dipandu Mohd Nor Mizan Md Ghani, 32, dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang terbabas sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan dalam kejadian 7.15 pagi itu.

“Berikutan kejadian berkenaan, jalan itu terpaksa ditutup untuk memudahkan kerja mengangkat lori terbabit menggunakan kren dan penutupan jalan telah menyebabkan berlaku kesesakan sejauh tiga kilometer.

“Sebagai alternatif, pengguna jalan raya terpaksa menggunakan jalan di dalam kawasan ladang sawit buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori kontena terbabit yang berasal dari Segamat, Johor, mengantuk dan terlelap ketika memandu menyebabkan lori yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalik namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota polis sedang mengawal lokasi kejadian bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk kerana orang ramai dalam perjalanan untuk membuat persiapan menyambut 1 Syawal esok,” katanya sambil menambah kerja mengalihkan lori kontena itu dijangka selesai petang ini.

Polis gali lubang tutup laluan tikus elak kenderaan luar rentas sempadan

GUA MUSANG: Polis Gua Musang bertindak menggali lubang di lima lorong tikus dikenal pasti di sekitar Kampung Tanah Puteh, Gua Musang, Kelantan bagi menghalang kenderaan dari luar merentas masuk sempadan negeri ini.

Langkah itu dilakukan selepas kon dan penghadang simen yang diletak bagi menutup laluan sebelum ini telah dibuang dan dimusnahkan pihak yang cuba masuk ke Kelantan melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian kerana lorong tikus itu sering dijadikan laluan orang ramai yang mengelak diperiksa dalam sekatan jalan raya (SJR).

SIK Choon Foo (kanan) memantau lorong tikus yang ditutup di Kampung Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan hari ini. – FOTO/AIMUNI TUAN LAH

“Kita juga akan melakukan pemantauan dan rondaan secara kerap di kawasan itu.

“Kita bertindak tegas untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dan menyekat pihak yang cuba melepasi daerah atau memasuki Kelantan melalui Gua Musang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lorong tikus terbabit, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Gua Musang, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar.

Dalam perkembangan berkaitan, aliran trafik memasuki Kelantan di sekatan jalan raya (SJR) Kilometer 7 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Putih lengang kerana tiada lagi kenderaan dari luar cuba memasuki negeri ini.

Kata Choon Foo, ini berikutan pengguna jalan raya mula akur dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan esok di seluruh negara.

“Kita juga turut meningkatkan pemeriksaan kenderaan di sekatan itu dan di SJR Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Cameron Highlands bagi memastikan tiada kenderaan luar merentas negeri untuk pulang beraya,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *