Hiburan

Tvlar Video Toki PPIM Masuk Kedai Ambil Air Coca Cola. Pihak Pengurusan Coca Cola Tampil Buat Penjelasan

Baru baru ini dunia digemparkan dengan apa yang berlaku di bumi P4l3stinn yang dis3r4ng oleh 1$r43l.

VIDEO BERADA DI BAWAH ARTIKEL

PPIM yang dikenali sebagai sebuah NGO untuk membela nasib pengguna daripada ditipu atau ditindas telah ambil keputusan untuk melaungkan boikot mereka kerana kecewa kepada syarikat yang membantu 1$r43l

Di dalam video yang tular baru baru ini kelihatan ahli PPIM termasuk Toki pergi ke kedai dan restoren untuk membuang produk yang dikatakan menyokong 1$r43l

Berdepan boikot, Coca-Cola Malaysia harap keamanan di Timur Tengah | Free Malaysia Today (FMT)

Aktivis PPIM Nadzim Johan dalam satu video berkata, persatuan berkenaan akan melancarkan boikot besar-besaran dalam tempoh enam bulan akan datang terhadap jenama terkenal, termasuk Coca-Cola, yang dikatakan bersimpati dengan rejim Zionis.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan menyambut kempen ini, terutama PRESMA (Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia). Coca-Cola jelas telah menyokong rejim (1$r43l) selama berpuluh-puluh tahun.

“Dengan kesatuan kita, (harapnya) Coca Cola tidak boleh lagi dijual di Malaysia, dan sebagai akibat, terpaksa menutup perniagaan mereka, dengan berbilion-bilion yang telah dilaburkan di sini.

“Antara syarikat lain yang kami cadang untuk boikot adalah Starbucks, HP, dan Puma,” katanya dalam perjumpaan yang turut dihadiri Presiden PRESMA, Jawahar Ali Taib Khan.

Jawahar berkata, PRESMA akan mula menggesa lebih 10,000 ahlinya di seluruh negara untuk tidak menjual minuman Coca-Cola.

INI RESPOND DARI COCA COLA

Sumber pendapatan ribuan pekerja, peruncit, pengedar dan pembekal di seluruh rantaian bekalan jenama minuman Coca-Cola di Malaysia bakal terjejas jika ada usaha memboikot produk itu.

Coca-Cola Malaysia berkata, walaupun Coca-Cola adalah jenama global, namun semua operasi pembotolan menggunakan sumber tempatan.

“Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia dan dilakukan oleh rakyat Malaysia.

“Untuk makluman Coca-Cola juga telah beroperasi lebih daripada 85 tahun di negara ini dan telah menjadi keutamaan kami untuk terus komited dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Coca-Cola menerima maklumat bahawa beberapa individu telah memboikot produk tersebut berikutan maklumat dan khabar angin yang tular di media sosial dan salah fahaman tentang komitmennya di Timur Tengah.

Mengulas lanjut katanya, syarikat Coca-Cola beroperasi di lebih dari 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan sistem politik, agama dan sejarah yang berbeza.

“Coca-Cola beroperasi di 14 pasaran di Timur Tengah dan enam lagi di kawasan Afrika Utara.

“Coca-Cola dan syarikat pembotolan NBC tempatan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pasaran Pal3st1n yang bermula sejak dari 1998.

“Kini, Coca-Cola merupakan antara pengusaha terbesar di rantau tersebut,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu menjelaskan, Coca-Cola Malaysia prihatin terhadap pergolakan yang berlaku di antara 1$r43l dan G4z4 dan kesannya terhadap penduduk di rantau Timur Tengah.

“Matlamat kami adalah untuk memberi kesegaran kepada semua lapisan masyarakat melalui produk minuman yang dikeluarkan.

“Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana tujuan berkaitan agama, mahupun memihak kepada mana-mana negara lebih daripada yang lain di peringkat antarabangsa,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Nadzim dilihat memasuki kedai runcit, mengeluarkan semua tin Coca-Cola dari peti sejuk, dan menurunkan bahan pemasaran yang kemudiannya dipijak dan dibakar di luar kedai, sebelum bergerak ke premis lain untuk melakukan perkara sama.

VIDEO:

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *