Amalan

Wanita campak duit RM29,101 dari balkoni. Rupaya Idea Tu Dtg Dari Pekerja Dia

JAKARTA: Sebuah video yang menunjukkan seorang wanita memberi duit berjumlah 100 juta rupiah (RM29,101) dari balkoni di sebuah rumah di Malang, Jawa Timur menjadi tular dalam media sosial.

Sebelum itu, wanita tersebut meminta orang ramai yang berada di bawah rumahnya supaya berkumpul.

Selepas mereka berkumpul, wanita itu mencampakkan kepingan duit sambil menjerit ‘marilah semua ambil duit ini’.

Wanita tersebut dikenali sebagai Ayang Yasmin berusia 35 tahun dan merupakan seorang pengusaha kedai secara dalam talian.

Duit 100 juta rupiah yang diberikan Ayang itu merupakan bonus untuk puluhan pekerjanya.

“Duit itu adalah bonus untuk semua pekerja saya, ada rezeki lebih, wajar kita berkongsi rezeki yang ada.

“Saya berikan 100 juta rupiah kepada 70 orang pekerja saya,” katanya kepada Tribunnews.

Jelas Ayang, dia mendapat idea untuk mencampakkan duit dari balkoni selepas dicadangkan oleh seorang daripada pekerjanya.

Sementara itu, rata-rata pekerjanya mengucapkan rezeki yang mereka perolehi dan mendoadakan moga perniagaan Ayang terus maju pada masa akan datang

Gag4l patuhi SOP punca angka meningkat di Malaysia, rakyat Indonesia dinasihat jadikan pengajaran

MALAYSIA yang sebelum ini pernah diiktiraf antara lima negara terbaik mengawal pandemik C0VID-19, kini dijadikan sebagai contoh pengajaran oleh negara jiran.

Indonesia dilapor menyifatkan kenaikan kes mendadak C0VID-19 di Malaysia dan India sebagai satu pengajaran agar rakyatnya berwaspada dan kekal berada di rumah.
Menurut satu perkongsian di Twitter, Kementerian Kesihatan negara itu memberi nasihat agar warganya belajar daripada apa yang berlaku di Malaysia dan India menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.
“Masyarakat diimbau (diingatkan) untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mend3sak,” tulis kementerian republik itu di akaun Twitter.

Ciapan itu turut berkongsikan kenyataan daripada Menteri Kesihatan Indonesia, Dr Siti Nadi Tarmizi yang memberitahu antara faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baharu.

Justeru itu, beliau menyeru rakyatnya untuk kekal berada di rumah dan tidak mengadakan perjalanan pulang ke kampung.
Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menegaskan bahawa Malaysia belum g4gal dalam menangani j4ngkitan COVID-19, namun masih juga belum menang mel4wan pandemik itu.

Beliau berkata, masih belum terlambat untuk negara mengurangkan j4ngkitan kes, asalkan mendapat kerjasama semua rakyat Malaysia.
Malaysia merekodkan 4,519 kes baharu jangkitan COVID-19 pada Sabtu (8 Mei), menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 436,944 kes.

Manakala Indonesia mencatatkan 6,130 kes baharu pada hari yang sama dengan membawa kes keseluruhan bertambah sebanyak 1,709,762.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan salah satu negara contoh.

Ia melibatkan penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan, yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *