Entertainment

Yas bengang netizen kaitkan ibu bapa dgn isu rumah tangga. Apa yg meraka ckp memang ssh nk diterima

SELEPAS Zarina Anjoulie berkongsi cerita ‘dalam kain’ mengenai keretakan rumah tangganya dengan Eilyas Azhar, bekas suami kepada aktres itu mendedahkan dia menerima kecaman daripada netizen di laman sosial.

Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas berkongsi paparan skrin mesej daripada netizen menyerangnya dengan mendakwa dia seorang lelaki tidak berguna.

Malah, individu tersebut juga melibatkan ibu bapa Eilyas yang dianggap tidak memberi didikan yang baik biarpun mempunyai latar belakang keluarga alim.

Eilyas kongsi paparan mesej individu tersebut.

“Jadilah lelaki yang berguna sikit jantan oi. Dah kikis orang punya duit lepas itu blah. Bapa jantan tak guna! Mak bapa warak tapi anaknya Subhanaallah. Tak didik jadi lelaki yang bagus.

“Buat malu la kau ini. Kerja nak tumpang glamor saja eh. Kau sedar diri kau itu sikit. Jantan macam kau ini bersepah dekat tepi lorong! Tak guna punya lelaki.

“Perangai macam musibat. Belajar la jadi yang berguna sikit. Ni asyik nak berom** saja. Lepas itu blah. Buat malu jantan,” kata individu tersebut.

Sebelum itu, Zarina mengesahkan ikatan perkahwinan dengan bekas suami berakhir selepas Eilyas melafazkan cerai itu di laman sosial miliknya, baru-baru ini.

Cakap macam malaikat yang sentiasa duduk kat bahu tu sentiasa catit.

Eilyas selepas itu meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktres itu yang mendakwa dia hanya mengharapkan duit bekas isterinya sepanjang mereka berkahwin.

Kesal dengan dakwaan tersebut, Eilyas menganggap tindakan Zarina berkongsi perihal rumah tangga mereka itu sekadar meraih perhatian masyarakat selain bertujuan mencemarkan maruahnya sebagai suami.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Eilyas menerusi kapsyen di perkongsian paparan skrin mesej tersebut berkata tuduhan individu tersebut seakan-akan mengetahui segala masalah dalam rumah tangganya dengan Zarina.

Individu itu turut melibatkan ibu bapa Eilyas.

“Bahasa pun. Macam duduk sebumbung borak. Pernah tidur sekatil dengan kitorang? Cakap macam malaikat yang sentiasa duduk kat bahu tu sentiasa catit. Aku picit anak tekak kau tau la,” tulis Yas.

Untuk rekod, ini merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Eilyas mendirikan rumah tangga dengan Zarina pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Terdahulu Zarina Anjoulie telah muatnaik satu video menunjukkan dia telahpun beli baju raya untuk bekas suaminya itu.

Dari video berkenaan, Zarina Anjoulie dilihat beberapa kali mengesat airmatanya ketika bercerita tentang kisah baju raya itu.

“Aku tak beli baju raya aku, ni aku beli kan baju raya kau, RM800 baju raya kau dengan baju anak. Aku beli kat Omar Ali.”

“Last-last aku dapat apa, dapat tahi. Aku sendiri tak beli lagi baju raya aku, sebab apa, sebab tak cukup duit untuk beli untuk aku.”

“Tapi tak apa, pengorbanan bini, sanggup beli untuk laki dan untuk anak, walau diri sendiri tak ada, tak apa, inilah perngorbanan bini. Kau tahu apa.”

Zarina kemudian mengalirkan air mata dan berhenti seketika sebelum mengelap air matanya.

“Bila kau ada duit, kau takde fikir pun nak beli baju raya aku, buat kereta sampai RM3000. Tak apa. Tapi bila kau tak ada duit, sebelum kau ceraikan aku, aku bagi kau RM500, sebab kau tak ada duit.”

Zarina menambah dia menangis bukannya sebab masih sayang dengan bekas suaminya itu.

“Aku nangis bukan sebab aku sayang, nak dia balik, tak. Aku ni jenis manusia selalu letakkan kesenangan orang lain dulu. Tapi aku selalu kena campak tahi balik.”

“Siapa saiz XL, nak baju ni, siapa nak datanglah amik, PM aku boleh datang amik.”

Dari video itu juga, Zarina Anjoulie yang mengatakan Yas selalu minta mahu bercerai dengannya.“Lepas aku dah buat macam-macam untuk kau, boleh pula kau megah tulis kat IG. Kau dah sepuluh kali minta cerai, selalu ugut-ugut, okey aku selalu pujuk. Bila kau cakap aku nak cerai la macam ni semak. Aku kasi”

“Sepanjang setahun aku kahwin dengan kau, aku tanggung kau, spender kau pun aku belikan. Tak pernah pun aku cakap kau semak, mak bapak kau pun aku beri duit.”Itulah luahan dari Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya Eilyas Azhar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *