Entertainment

Pengasuh Aafiyah Selamat Diijab Kabul, Hadiah Dari Tok Ti Tarik Perhatian Ramai

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, pasti mengenali gerangan pengasuhnya dikenali sebagai Dayah Zubit yang pernah tular sebelum ini.

Jika anda sering mengikuti perkembangan Siti Aafiyah iaitu anak sulung kepada penyanyi ternama, Dato Sri Siti Nurhaliza, pasti anda akan mengenali pengasuh yang sering menjaga dan ada di sisi Aafiyah iaitu Dayah Zubit.

Cantik manis orangnya, gadis yang berasal dari utara ini telah selamat bernikah dengan cinta hatinya hari ini iaitu pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali.

Selamat bernikah di Pulau Pinang, pasangan ini telah berkongsi siaran langsung majlis perkahwinan mereka di laman instagram masing-masing.

Tokti siap hadiahkan baju pengantin

Biarpun tidak dapat hadir, Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti dan Dato Sri Khalid telah menghadiahkan busana perkahwinan buat Dayah dan pasangan hasil rekaan daripada pereka fesyen ternama iaitu Rizman Ruzaini.

Tok Ti juga telan menitipkan doa agar majlis mereka dapat berjalan dengan lancar pada hari ini.

INSHAALLAH, MOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN MAJLIS KAKAK HARINI…

Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (​PKP) 3.0, Aafiyah tidak dapat meraikan detik bahagia pengasuh kesayangannya namun sempat mengadakan sesi panggilan video sebelum wanita itu bergelar isteri.

Bukan itu sahaja, Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dipercayai bermurah hati untuk menaja busana pernikahan pasangan berkenaan hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Sama cantik sama padan! Selamat pengantin baru, moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Aminnn.

Untungnya Dayah dapat hadiah daripada Tok Ti! Tahniah Dayah dan Ridzuan. Kami doakan perkahwinan ini sentiasa diberkati dan kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah.

Menerusi perkongsian di portal InTrend, Dayah membuka cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Datuk Siti Nurhaliza.

Ini merupakan fakta-fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Aafiyah.

1.Dayah berusia 24 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah.

2. Mempunyai diploma dalam bidang Kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Datuk Siti sedang mencari jururawat peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasan untuk menjaga Aafiyah.

3. Dayah menghubungi pengurus Datuk Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra Datuk Siti) untuk sesi temuduga.

4. Nervous! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Siti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.

5. “Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiasa ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” ujarnya.

6. Tarikh 21 Mei 2018 bermulalah kerja baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah.

7. “Tidak dinafikan, perasaan berampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan. Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” jelasnya.

8. Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Siti dan Datuk K. Kata Dayah, Siti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa seperti keluarga sendiri dan tidak terasing.

9. Menurut Dayah, Siti merupakan seorang ibu yang lembut, seperti mana yang kita tengok di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah.

10. Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah.

Terdahulu Dayah juga pernah merakamkan video pendek gelagat Aafiyah melakukan #patiencechallenge (ujian kesabaran) yang tular sekitar Mei lalu.

Sumber: InTrend, ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *