Uncategorized

Baru je pengarah MKN keluarkan satu arahan, Boss Astro telah mengambil satu tindakan drastik

KUALA LUMPUR: Pihak penerbitan rancangan ‘All Together Now Malaysia’ memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah

Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan C0VID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus neg4tif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya.

“Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,” tambah Raqim.

Rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.

Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu.
Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

Pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas sebuah rancangan hiburan terbitan syarikat penyiaran swasta susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Kita sudah maklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program.

“KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan rakaman musim pertama rancangan hiburan, menampilkan 50 juri yang dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman dibuat.

Difahamkan, rakaman program itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sebelum ini, iaitu antara 3 Mac hingga 11 April lalu.

Mohd Rabin berkata, tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika berlaku sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan, walaupun rakaman program terbabit sudah selesai.

“Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

“Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat,” katanya.

Akhirnya, senarai 50 juri bagi program All Together Now Malaysia 2021 didedahkan. Ianya merupakan sebuah program hiburan terbaru Astro yang bakal menemui penonton pada 4 Jun 2021 iaitu setiap hari Jumaat.

Program All Together Now Malaysia (ATNM) merupakan sebuah program hiburan adaptasi daripada program antarabangsa yang telah popular di British, All Together Now. Selain Malaysia, program ini juga telah diterbitkan semula di serata dunia termasuk Australia, Rusia, Turki, Brazil dan banyak lagi termasuk Malaysia.

Salah satu elemen penting di dalam program All Together Now Malaysia (ATNMY) adalah barisan juri yang akan mengadili barisan peserta yang berjaya sertai program ini. Terdapat sehingga 50 juri termasuk ketua juri yang akan bertindak sebagai juri setiap minggu.

Program ini akan dihoskan oleh Sherry Alhadad dan ketua juri telah pun dipilih iaitu Datuk AC Mizal. Barisan juri terdiri daripada pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, influencer dan penyampai radio.

Nama anak Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tersenarai

Berikut Senarai 50 Juri Bagi Program All Together Now Malaysia 2021.

Datuk AC Mizal (Ketua Juri), Ernie Zakri,Syamel, Mark Adam, Erra Fazira, Noryn Aziz, Tuju K-Clique,Siti Nordiana, Zizan Razak. Khai Bahar. Jaclyn Victor. Zizi Kirana, Tabby Dolla, Shiha Zikir,

Sissy Iman, Bob Yusof, Nana Mahazan, Linda Nanuwil, Andi Bernadee, Chubb-e, Catriana Ross, Sarah Suhairi, Ifa Raziah, Ainaa Abdul, Mimi Fly, Azzam Sham

Dafi Ismail, Ara Johari, Azira Syafinaz, Liza Hanim, AzfarHeri, Acong, Joey Daud, Angel Dolla, Yusuf Bahrin, Yaya Zahir, Kelly Azman, Jad Lobo, Harith Zazman
Kaka Azraff, Haniff Hamzah ERA, Falyq Hikyle SINAR, Ean HITZ, Suresh RAAGA, Neeta Manisha, Kidd Santhe, Thanuja, Vanessa Reynauld, Daniel Cheong, Alvin Chong

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *