Amalan

Catriona Ross Bagi Satu Cadangan Kepada Penghasut V4ksin

Pelakon Catriona Ross tampil memuat naik status di Instagram Stories memerli tindakan individu yang dilabelkannya ‘pengh4sut v4ksin’.

Tidak menujukan kepada mana-mana pihak, cadang Catriona, individu terbabit sepatutnya diletakkan sebilik dengan pes4kit C0VID-19 agar membuka matanya untuk berubah.

“Lebih afdal lagi kalau penghasut vaksin itu diletakkan sebilik dan dikuarantin dengan pesakit C0VID-19.

“Nak juga tengok macam mana. Sesuatu untuk difikirkan. Mungkin akan berubah arah selepas itu? Mungkin,” tulis Catriona.

Catriona yang turut popular dengan watak Kak Kek dalam media sosialnya pernah tampil menegur tindakan segelintir rakyat Malaysia yang gagal apabila berpusu-pusu pulang ke kampung selepas kerajaan mengumumkan lockdown minggu lalu.

Tindakan lantang Catriona itu mengundang rasa tidak puas hati bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang menyel4r semula pelakon wanita itu baru-baru ini.

Tak Perlu V4ksin? Suhaimi Saad Ajar Guna Cengkih Untuk Sembu.h C0vid-19

Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menunjukkan salah satu rawatan alternatif bagi merawat penyakit w4bak C0vid-19.

Kata Suhaimi sebelum ini dia dijangkiti demam, selesema serta batuk berpanjangan sehinggalah mencuba rawatan wap bunga cengkih yang dapat menyembuhkannya.

“Ini merupakan satu kaedah atau teknik rawatan alternatif selain pengambilan v4ksin.

“Saya dah cuba, alhamdulilah baik sebab sebelum ni ada kena batuk dan selesema serta macam demam tak demam 3, 4 hari lepas.

“Masukkan air separuh periuk dan segenggam bunga cengkih selepas itu rebuskan kemudian guna corong atau penapis dan sedut wapnya ketika panas.

“Saya dah cuba ulang beberapa kali, insya-Allah tawakal pada Allah. Allah maha penyembuh,” katanya.

Suami kepada Ina Naim tu berkongsi perkara tersebut di dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menurut Suhami, kaedah itu juga sudah terbukti dapat menyembuhkan pes4kit C0vid-19.

“Dah dibuktikan oleh pes4kit yang p0sitif C0vid-19.

“Mubah,mudah,murah dan mustajab insya-Allah. Yakin bahawa Allah saja yang mampu menyembuhkan bukan makhluk,” kongsinya lagi.

Suhaimi terkenal dengan pendiriannya yang anti vaksin dan ubat-ubatan moden. Malah tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah sebaliknya hanya mengajar di rumah sebagai home school.

Penghasut antiv4ksin boleh dikenakan tind4kan undang-undang

Takiyuddin turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat berbentuk provokasi berhubung pandemik C0VID-19.

“Dalam keadaan kerajaan berdepan pandemik C0VID-19, saya minta jangan timbulkan suasana tidak tenang dengan menyebarkan pelbagai maklumat palsu dan boleh menjejaskan keamanan.

“Itu nasihat kerajaan dan sekiranya ada yang masih ingkar, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya sebagai pilihan terakhir jika keadaan tidak terkawal,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, belum ada keputusan dibuat berhubung cadangan mengenakan kompaun ke atas individu yang gagal hadir janji temu suntikan vaksin C0VID-19.

Katanya, kerajaan masih berpegang kepada dasar suntik4n itu percuma dan diambil secara sukarela.

“Ada jawatankuasa khas di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengendalikan isu v4ksin berkenaan.

“Bagaimanapun, kita dukacita kerana ramai penduduk gagal hadir termasuk di Kelantan.

“Kita tidak tidak mahu berlaku pembaziran dos vaksin dan mungkin ada kaedah perlu dibuat supaya mereka yang tidak hadir dapat digantikan dengan orang lain,” katanya.

Mengikut laporan sebelum ini, cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu di Pusat Pemberian V4ksin (PPV) akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses V4ksin C0VID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi C0VID-19 (CITF).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dilaporkan berkata, langkah mengenakan penalti terbabit dan mewajibkan pengambilan vaksin C0VID-19, dilihat hanya boleh diambil selepas pendekatan sukarela atau usaha pendaftaran menerusi pelbagai saluran termasuk MySejahtera dan secara bersemuka dilaksanakan sepenuhnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: gempak. mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *