Amalan

Chef Bengang Lempar Pinggan Peserta Masterchef Buat Ramai Tergamam

Tak dinafikan, setiap episod program masakan terkenal Masterchef Indonesia penuh ‘drama’ dan sememangnya mendapat sambutan sehinggakan rancangan ini telah memasuki musim ke-8. Namun, pada musim ini kembali menjadi trending apabila salah seorang juri iaitu Chef Juna bertindak melempar pinggan peserta sehingga pecah di lantai. Terkejut semua peserta!

Dilempar pinggan peserta sampai pecah

Salah seorang peserta yang dikenali sebagai Seto mempertaruhkan resipi Udang Jamur Kucai dengan Nasi Honje dalam episod baru-baru ini di hadapan tiga orang juri. Sebaik mempersembahkan masakan tersebut di meja juri, Chef Arnold kelihatan memindahkan makanan tersebut ke pinggan baharu yang berwarna putih.

Kemudian, kelihatan Chef Juna yang sememangnya dikenali dengan sifat tegas telah melemparkan pinggan berwarna biru gelap itu sehingga pecah di lantai. Situasi tersebut membuatkan kesemua peserta Masterchef Indonesia musim ini terkejut termasuk peserta Seto juga.

Penuh kesan cap jari

Difahamkan, cara plating atas pinggan tersebut juga terlalu ‘simple’ dan banyak ruang kosong. Hal ini secara tidak langsung membuatkan juri tidak berpuas hati selepas terlihat kesan cap jari di dalam pinggan berkenaan. Seto bagaimanapun memohon maaf kepada barisan juri kerana tidak sempat untuk mengelap kekotoran di pinggan tersebut.
Walaupun rasa masakan Seto itu sedap dan mendapat pujian, tindakan menyajikan ke atas pinggan yang terang-terangan kotor dan dipenuhi dengan kesan jari itu mendapat teguran tegas juri. Sebelum balik ke mejanya, Seto dilihat mengutip serpihan pinggan tersebut di lantai untuk disimpan dan dijadikan sebagai peringatan.

Chef Juna lempar pinggan

Perkara pertama yang paling penting sekali adalah, jangan samakan diri anda dengan tukang masak profesional – mereka telah melakukan kerja mereka selama bertahun-tahun. Sedangkan anda mungkin sememangnya tidak mempunyai bakat yang mereka ada.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang tukang masak yang baik adalah suatu yang tidak mustahil. Berikut adalah apa yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang tukang masak yang baik:

Belajar untuk menerima keg4galan

Anda perlu terima hakikat bahawa tidak semua perkara akan berjalan dengan sempurna. Bertenang – dan jangan takut. Ramai tukang masak yang terkenal telah membuang, memusnahkan dan menghanguskan kebanyakan makanan mereka, sebelum mereka mempelajari cara memasak yang betul. Ingat, anda boleh belajar daripada keg4galan.

Sumber: Infopedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *