Hiburan

Dr Soo Wincci rela tak kahwin dari buat ‘bodoh-bodoh’, Sharifah Amani panggil bing4i

PETALING JAYA: Penyanyi Dr. Soo Wincci tidak sependapat dengan padangan pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang menggunakan istilah wanita perlu ‘bodoh-bodoh’ sikit jika mahu cepat kahwin.

Wincci berkata, lebih tidak kahwin daripada perlu berpura-pura bodoh semata-mata untuk dapatkan pasangan hidup.

“Saya tak boleh terima ini, Buat bodoh hanya demi nak kahwih merupakan sesuatu yang tidak betul.

“Sebab anda sedang menipu orang di samping memijak sendiri samata-mata nak kahwih?

“Biarlah tak kahwin pun, jangan buat bodoh demi nak kahwin, takkan kita nak buat bodoh seumur hidup,” katanya.

Dr. Muhaya dalam video motivasi tentang mengapa wanita lambat kahwin telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Dalam video 56 saat itu Dr. Muhaya menggunakan istilah ‘bodoh-bodoh’ sikit untuk menambat hati lelaki dengan alasan golongan itu suka wanita yang lembut-lembut, mengharapkan dan mahu ditolong

Berikut reaksi dari netizan

“Orang bkn melayu tak kisah sgt kalau tak faham… tp kalau orang melayu tak faham-faham juga, maknanya ada something wrong dgn hidup dia… tu orang dulu2 kalau menyindir, menasihat dan marah dia akan berkias.. berbahasa… supaya orang tu faham apa yg nk disampaikan dan terasa tanpa straight to the point sgt.. ini la cara orang dulu2 yg telah dilupakan… orang sekarang agak mudah sentap.. mungkin keadaan persekitaran yang membuatkan kita mudah menjatuhkan hukum.. zaman yang kalut…”

” Mcm mak2 kita dlu la.. Klau lari2 jatuh lutut koyak.. Siap suruh “hah p la lari lagi.. Bkn sakit pn..” Mcm tu la cara mak kita sindir.. Bdk2 dlu2 fhm ja.. Bdk2 la ni xtaw laa..”

Baiklah ramai sangat yang menolak saranan Dr Muhaya, pertama beliau berkias atas seorang pakar motivasi, buat2 bodoh ialah seorang yang bijak, pertama meredakan jarak ego seseorang, kedua menghormati peribadi orang lain dan yang ketiga belajar merendah diri , ia bukan bodoh , pemahaman bahasa Jiwa dan pemikiran teori zahir tidak akan pernah sama, jadi sesuatu ayat lihatlah dari mulut siapa ianya lahir, seorang doktor perubatan tidak akan mampu menterjemahkan ayat puisi begitu juga pakar motivasi tidak akan mampu menentukan jenis ubat pesakit , CUMA satu kemungkinan akan keduanya berada pada tahap sama dan tujuan yang sama iaitu merawat orang yang sakit jiwa/kemurungan – JELAS?”

” Dia tak berapa faham bahasa melayu kot. “Bodoh & bodoh-bodoh” Contoh lain; Gila & gila-gila. Kan lain maksudnya tu. Biasalah bahasa orang2 lama. Suka kiasan. Eh risau pulak kita sebut bodoh banyak2 kali ni. Orang kata cukup 40 kali, betul2 jadi bodoh nanti”

Dalam pada itu, pendakwah bebas terkanal Bro Firdaus Wong tampil mengulas isu yang sama. Beliau menegur sikap orang Islam dalam mengkritik sesuatu perkara dengan beradab

“Boleh tidak bersetuju tetapi di manakah adab & akhlak kita dengan orang lebih tua? Saya ada perkara kurang setuju dengan orang lain begitu juga orang lain ada yang tidak bersetuju dengan kita tetapi adab mesti jaga.”

” Bila saya tengok video itu, saya yang berbangsa Cina ini pun faham maksud ‘buat bodo-bodo’ takkan yang lain tak faham? Bab testosteron, biar pakar menjawab. Isu garpu tala, kami akan ulas nanti.”

” Apa lagi perkataan atau ungkapan yang seringkali orang salah faham selain ‘buat bodo-bodo’?”

Firdaus juga ada berkongsi kisah Mee B0doh yang agak popular di Melaka

Mee Bod0h

” Di Melaka, ada satu gerai yang menjual mee goreng bodoh. WHAT??? Mee goreng bodoh? Takde ke nama lain?”

Ya memang namanya Mee Bodoh yang dijual di gerai Pak Hassan. Cara masaknya simple sahaja, mee, kicap, sambal & taugeh, bereh boh. Harganya pun murah. Nak Topup telur goreng pun boleh”

“Yang masak & jual tak bodoh kerana mee bodoh laku keras. Yang datang makan pula tak terus jadi bodoh kerana ada je peguam, doktor, jurutera, businessman dan pendakwah yang makan”

“Cuma lepas makan nampak macam ‘diperbodohkan’ kerana akan datang makan lagi”

“Anda pernah rasa Mee Bodoh ini atau ada makanan lain yang namanya unik dan sedap?” soal Firdaus Wong

Kalau takut dengan yang pandai, dialah yang ‘bingai’ – Sharifah Amani

PETALING JAYA – Aktres Sharifah Amani membidas dengan penuh sinikal kenyataan pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang sebelum ini mengatakan kaum wanita perlu ‘bodoh sikit’ supaya jodoh datang cepat.

Amani atau nama lengkapnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menerusi satu ranjutan ciapan ringkas Twitter berkata, dirinya tidak perlu jadi bodoh untuk bertemu jodoh.

“Jodoh saya sudah tertulis oleh Yang Maha Kuasa. Saya percaya dan saya berusaha untuk kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga sementara tunggu apa yang sudah tertulis buat saya.

“Tak payah jadi bodoh. Pegang pada iman, percaya dengan Allah. Insya-Allah, nanti dia (jodoh) sampai,” ciapnya.

Dalam pada itu, pelakon filem ikonik Sepet itu sempat memberi peringatan kepada orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin walaupun kecoh isu jodoh dan bodoh.

“Jodoh ke, tiada jodoh ke, akhirnya nanti k.ubur tetap sorang tau. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Amani turut membalas ciapan seorang netizen yang mengatakan, tak perlu jadi bodoh untuk jodoh. Nanti terjodoh dengan yang bodoh.

Balas Amani: “Kalau dia takut dengan yang pandai, dialah yang ‘bingai.”

Semalam, tular dalam media sosial apabila Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.

“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya.

sumber: hmetro, Firdaus Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *