Uncategorized

“Meningg4l dunia sebab C0VID” -Perkongsian Dr. Zulkifli Buat Ramai Sayu

Peningkatan kadar kem4tian berikutan C0VID-19 di negara ini dipercayai berpun.ca daripada tiga faktor utama.

Ia merangkumi sistem perkhidmatan kesihatan berada pada tahap genting ketika ini, kelesuan petugas kesihatan dan pes4kit positif lewat dibawa ke hospital untuk mendapat r4watan.

Rantaian kes4n ‘domino’ yang tercetus dalam tempoh mencecah 17 bulan ini menyaksikan petugas semakin penat sehingga boleh menyebabkan tumpuan terg4nggu.

Dalam perkongsian terkini, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi akan kehil4ngan seorang pekerja dari pasukan Pengurusan Jenzah JAKIM. Beriktu perkongsian beliau

Nama saya Datu Sadam

“Jam 12 tengah malam semalam, saya menerima pesanan ringkas melalui Whatsapp, “YB, saya nak maklumkan Datu Sadam meninggal dunia lebih kurang jam 8 malam sebab C0VID-19.”
إنا لله وإنا إليه راجعون

“Beliau adalah antara staf Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan yang saya kasihi. Masih segar di ingatan saya ketika beliau mula-mula melapor diri sekitar 3-4 tahun lalu.

“Nama saya Datu Sadam!”, ujarnya sambil tersenyum.

Dek keunikan namanya, tubuh yang sedikit gempal dan sifat ramahnya, saya senang mengingati beliau.
Setiap kali saya mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan, beliau adalah antara individu terawal yang akan menyambut saya di Lapangan Terbang Labuan.

Selesai tugas di siang hari, biasanya kami akan ke Anjung Ketam atau ke RPP Labuan untuk menikmati makanan laut. Beliaulah yang biasanya berkhidmat membakar ikan, ketam, udang bersama sahabat-sahabat lain.

Beliau pergi dalam usia yang muda, 30 tahun. Namun saya berbangga dengannya kerana sebelum didapati positif C0VID-19, beliau terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenzah JAKIM &

JAWI bagi menguruskan jenazah pes4kit C0VID-19.

Dahulu beliau memandikan jenazah pes4kit C0VID-19. Semalam, jenazah beliau pula dimandikan oleh petugas. Besar jasa beliau kepada umat Islam di Labuan.

Saya doakan moga almarhum Datu Sadam bin Turan dikurniakan syahid. Moga ibu bapa dan keluarga beliau dikurniakan ketabahan dan kesabaran.

Sama-sama kita sedekahkan Surah al-Fatihah.
اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

*gambar sekitar 2-3 tahun lalu, semasa saya masih berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Jais semak SOP! Ini kaedah jen4zah yg alami simpt0m seperti pes4kit C0vid

Dalam perkembangan lain, JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) akan membuat semakan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah setelah mengambil kira kewujudan kes dimana terdapat pesakit yang meninggal dunia dengan kesan kecederaan hampir sama dengan pesakit Covid-19 walaupun keputusan ujian dijalankan terhadapnya negatif.

Berkongsi perkara ini dengan mStar, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata semakan terhadap SOP ini penting bagi mengelakkan kemungkinan penularan kes Covid-19 sewaktu pengurusan jenazah ini.

“Kita tahu sekarang ada varian baru yang mana mereka tak diagnosis sebagai pesakit Covid-19 (memandangkan keputusan swab test negatif) tapi dikenal pasti sebagai viral pneumonia. Mereka ini tak ada simptom dan bila buat ujian swab pun keputusan mereka negatif.

“Tapi kalau x-ray dada mereka, kecederaan yang mereka alami sama macam orang dijangkiti Covid-19,” katanya.

Menurut portal Kesihatan WebMd, viral pneumonia berlaku disebabkan jangkitan virus pada paru-paru yang kebiasaannya disebabkan selesama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sebilangan besar pesakit Covid-19 juga dikatakan mengalami gejala ringan atau sederhana seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata semakan terhadap SOP ini penting bagi mengelakkan kemungkinan penularan kes Covid sewaktu pengurusan jenazah ini.

Namun mereka yang dijangkiti varian baharu ini akan mengalami radang paru-paru atau pnemonia yang teruk.

Kita tahu sekarang ada varian baharu yang mana mereka tak diagnosis sebagai pesakit Covid-19 (memandangkan keputusan swab test negatif) tapi sebagai viral pneumonia. Mereka ini tak ada simptom dan bila buat ujian swab pun keputusan mereka negatif.- Datuk Mohd Shahzihan Ahmad Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, Shahzihan berkata arahan akan dikeluarkan melalui semakan SOP urusan jenazah Jais supaya semua jenazah yang didiagnosis sebagai viral pnemonia perlulah dikebumikan mengikut SOP sama seperti pesakit yang meninggal dunia disebabkan jangkitan covid-19.

“Kita tak nak kes ini dikendalikan dalam keadaan biasa sebab kita bimbang berlakunya penularan dekat kubur jadi kita akan perjelaskan semuanya supaya ahli keluarga dan ahli kubur bila dapat kes-kes dengan diagnosis yang sama, mereka ikut SOP yang sama dengan urusan jenazah Covid-19.

“InsyaAllah kita cuba teliti. Kita tak nak dalam keghairahan kita nak selamatkan orang, pastikan jenazah pesakit Covid-19 boleh dikebumi dengan segera dengan kerjasama tanah-tanah perkuburan yang kita minta terima jenazah-jenazah ini, dan tiba-tiba ada penularan baharu pula,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *