Amalan

Jais semak SOP! Ini kaedah jen4zah yg alami simpt0m seperti pes4kit C0vid

JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) akan membuat semakan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah setelah mengambil kira kewujudan kes dimana terdapat pesakit yang meninggal dunia dengan kesan kecederaan hampir sama dengan pesakit Covid-19 walaupun keputusan ujian dijalankan terhadapnya negatif.

Berkongsi perkara ini dengan mStar, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata semakan terhadap SOP ini penting bagi mengelakkan kemungkinan penularan kes Covid-19 sewaktu pengurusan jenazah ini.

“Kita tahu sekarang ada varian baru yang mana mereka tak diagnosis sebagai pesakit Covid-19 (memandangkan keputusan swab test negatif) tapi dikenal pasti sebagai viral pneumonia. Mereka ini tak ada simptom dan bila buat ujian swab pun keputusan mereka negatif.

“Tapi kalau x-ray dada mereka, kecederaan yang mereka alami sama macam orang dijangkiti Covid-19,” katanya.

Menurut portal Kesihatan WebMd, viral pneumonia berlaku disebabkan jangkitan virus pada paru-paru yang kebiasaannya disebabkan selesama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sebilangan besar pesakit Covid-19 juga dikatakan mengalami gejala ringan atau sederhana seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata semakan terhadap SOP ini penting bagi mengelakkan kemungkinan penularan kes Covid sewaktu pengurusan jenazah ini.

Namun mereka yang dijangkiti varian baharu ini akan mengalami radang paru-paru atau pnemonia yang teruk.

Kita tahu sekarang ada varian baharu yang mana mereka tak diagnosis sebagai pesakit Covid-19 (memandangkan keputusan swab test negatif) tapi sebagai viral pneumonia. Mereka ini tak ada simptom dan bila buat ujian swab pun keputusan mereka negatif.- Datuk Mohd Shahzihan Ahmad Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, Shahzihan berkata arahan akan dikeluarkan melalui semakan SOP urusan jenazah Jais supaya semua jenazah yang didiagnosis sebagai viral pnemonia perlulah dikebumikan mengikut SOP sama seperti pesakit yang meninggal dunia disebabkan jangkitan covid-19.

“Kita tak nak kes ini dikendalikan dalam keadaan biasa sebab kita bimbang berlakunya penularan dekat kubur jadi kita akan perjelaskan semuanya supaya ahli keluarga dan ahli kubur bila dapat kes-kes dengan diagnosis yang sama, mereka ikut SOP yang sama dengan urusan jenazah Covid-19.

“InsyaAllah kita cuba teliti. Kita tak nak dalam keghairahan kita nak selamatkan orang, pastikan jenazah pesakit Covid-19 boleh dikebumi dengan segera dengan kerjasama tanah-tanah perkuburan yang kita minta terima jenazah-jenazah ini, dan tiba-tiba ada penularan baharu pula,” katanya.

Waris pes4kit C0vid-19 akhirnya cerita perkara sebenar isu lewat kebumi jen4zah

SIAPA yang tidak sedih ketika berdepan saat kehilangan orang tersayang, dan ditimpa dugaan berganda apabila urusan pengebumian jenazah mengalami masalah.

Begitulah yang terpaksa dihadapi seorang waris apabila jenazah datuk saudaranya yang meninggal dunia akibat Covid-19 lewat dikebumikan.

Kelewatan lebih 24 jam itu membabitkan beberapa tanah perkuburan di Lembah Klang yang ‘menolak’ untuk mengebumikan jenazah atas faktor kuota dan luar kariah.

Cucu saudara itu, Shahrul Hafis Said, 31, berkata, datuk saudaranya, Allahyarham Hawari Sulaimi yang berstatus pemastautin tetap (PR), meninggal dunia di Ampang, Selangor, Ahad lalu pada usia 61 tahun.

“Walaupun berstatus PR, arwah atuk telah berpuluh tahun menetap di Ampang. Saya sendiri telah dibesarkan oleh arwah sehingga usia saya 10 tahun.

“Kita faham kalau tanah-tanah kubur di kawasan sekitar dah penuh, tapi ada tanah kubur lain yang lebih besar masih tak terima jenazah atuk sebab dah cukup kuota pula.

“Bila ditanya oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) yang membantu menguruskan jenazah atuk, pengurusan kubur-kubur berkenaan timbulkan isu kuota atau luar kariah.

“Kalau ada kematian sudah tentu sesiapapun nak ia dipercepatkan dan mudah. Takkan nak kena tanam kat tepi rumah kot, lagilah tak masuk akal,” katanya kepada mStar.

Hafis berkata, daripada enam tanah perkuburan yang dimohon termasuk satu di Ampang, pada awalnya hanya satu di USJ, Subang Jaya yang menerima jenazah untuk dikebumikan.

“Saya kena fikir keadaan nenek yang juga warga emas, pakcik dan makcik saya yang berada di Ampang kalau nak datang ke USJ agak jauh. Lebih-lebih lagi musim Covid-19 ni.

“Kalau boleh dapat tempat dekat untuk memudahkan ahli keluarga menziarah nanti. Masa tu kami merayu kalau dapat di kawasan Gombak pun tak apalah, masih lagi dekat,” ujarnya.

Justeru, bapa kepada dua anak itu berasa amat sedih dan terkilan dengan kejadian yang berlaku sehingga merumitkan urusan jenazah datuk saudaranya.

“Rasa nak marah pun ada, sampai tak boleh fikir macam mana perkara ni boleh terjadi. Adakah ia disebabkan Covid-19 atau pilih bulu, saya tak pasti.

“Bagi saya, kalau orang meninggal… urusan jenazah sepatutnya dipermudahkan,” katanya sambil menambah arwah datuknya pernah mengusahakan bisnes buah di Ampang.

Bagaimanapun, Hafis amat bersyukur apabila jenazah datuk saudaranya akhirnya dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak.

“Rezeki kami dan rezeki arwah atuk kerana dipermudahkan juga sebab ada waris lain yang batal saat akhir, jadi liang lahad yang telah digali tu boleh digunakan untuk kebumikan arwah atuk. Saya rasa lega dan bersyukur sangat,” katanya.

Ini bukan perkara main-main. Sebab kita pun tak tahu dapat hidup sampai bila, bila-bila masa pun kita boleh mati. Jadi, soal kematian dan jenazah ini sangat penting

Sehubungan itu, Hafis berharap pihak berkuasa mengambil perhatian secara serius agar insiden yang berlaku pada jenazah datuk saudaranya tidak berulang.

“Ini bukan perkara main-main. Sebab kita pun tak tahu dapat hidup sampai bila, bila-bila masa pun kita boleh mati. Jadi, soal kematian dan jenazah ini sangat penting.

“Saya berharap pihak berkuasa boleh ambil tindakan, dan kena ambil tahu. Saya berharap sangat perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain,” katanya.

Waktu pengurusan singkat

Sementara itu, bagi Norlina Zainal Rashid, 58, walaupun sedih kerana tidak dapat mengebumikan ibunya pada hari yang sama, dia lega kerana akhirnya arwah ibu tetap dapat disemadikan dekat dengan ayahnya yang meninggal lima hari lebih awal.

“Mak saya meninggal dunia sebelah pagi tetapi pada hari dia meninggal tu saya dimaklumkan untuk urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dah penuh, tempat lain ada tapi saya nak tempat yang sama dengan arwah ayah saya iaitu di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur/Karak.

“Perasaan saya memang sedih, kita semua nak kebumikan ahli keluarga secepat mungkin tapi kita tak ada kemampuan memandangkan kita sedang berdepan dengan situasi getir, benda ni isu negara, jadi kita tidak boleh pentingkan diri dan mencari salah semata-mata,” kata Norlina yang bertugas sebagai seorang pegawai bank.

Menurutnya lagi, menguruskan jenazah pesakit C0vid-19 bukanlah satu tugas yang mudah dan semua prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan adalah demi memastikan tidak berlakunya penularan wabak yang sudah meragut lebih 3,000 ny4wa ini.

“Nak uruskan jen4zah C0vid-19 tidak mudah, saya nak buat pengecaman arwah ayah dan mak pun saya perlu ikut SOP, kena pakai PPE (peralatan pelindung diri) untuk pastikan kita tak dijangkiti.

“Lepas tu kita perlu sanitize, ada langkah-langkah yang perlu kita ikut tapi pada saya, itu bukanlah satu masalah,” kata Norlina yang berkesempatan menghadiri upacara pengebumian kedua ibubapanya.

Dia bagaimanapun mempersoalkan tindakan pihak pengurusan tanah perkuburan yang hanya membenarkan urusan pengebumian bagi jenazah bukan Covid-19 dilakukan dalam waktu singkat dari 3 petang hingga 6 petang sahaja.

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak. Foto FB Jawi

Norlina juga berkongsi pengalaman mengenai kesukaran untuk membuat tempahan slot kubur memandangkan pejabat urusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah dibuka dari 8 pagi hingga pukul 4 petang.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu jawab kenapa waktu terakhir pengebumian bagi jenazah bukan pesakit Covid-19 hanya sampai pukul 8 malam sedangkan banyak kawasan perkuburan sampai tengah malam, kalau untuk pesakit Covid-19 kita faham mungkin ada had dan masalah dari segi petugas.

“Lagi satu pejabat tanah perkuburan buka pukul 8 pagi sampai 4 petang, ayah saya meninggal pagi, tapi kami kena tunggu keesokan hari untuk buat tempahan sebab pejabat dah ditutup.

“Ayah saya dikebumikan keesokannya pukul 3 petang. Pada saya kalau dapat dikebumikan pagi bagus sangat,” katanya.

Selain kedua ibu bapanya, Norlina dan suaminya juga disahkan positif Covid-19.

“Kami tak tahu macam mana boleh kena, berturut-turut walaupun masing-masing tinggal di rumah berbeza, saya, suami dan menantu positif, ibu dan ayah saya yang tinggal di rumah lain pun positif, begitu juga dengan adik dan kakak bersama anak-anak mereka yang juga tinggal di rumah yang berbeza.

“Kami semua sudah lebih sebulan tidak berjumpa,” katanya lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *