Uncategorized

Kasihan, Tak Ada Sape Berani Hantar Pulang Ibu Bersama Jenazah Bayi Dipangkuannya, Ramai Yang Enggan Dan Menolak Membawa Jenazah Anak Syurga Ini, Tak Sangka Kerana Ini Sebabnya

HANYA kerana masih ramai terlalu percayakan benda-benda karut, tiada yang sudi membantu membawa pulang jenazah seorang anak syurga.

Situasi sedih ini dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Yunizam Yusop, 33, apabila dia diminta untuk membawa seorang ibu bersama jenazah anaknya pulang dari Hospital Dutchess of Kent di Sandakan, Sabah.

Pemuda berusia 33 tahun itu meluahkan rasa kecewa apabila masih ramai dalam masyarakat yang percaya bahawa tindakan membawa jenazah menggunakan kenderaan sendiri akan membawa nasib malang di kemudian hari.

“Saya rasa sedih sebenarnya bila mana masih ramai lagi yang lebih mempercayai akan ditimpa malang atau sial apabila kenderaan mereka digunakan untuk mengangkut jenazah anak syurga,” tulisnya dalam posting yang tular.

Lebih mesra disapa Yunizam atau Abam Botak, lelaki ini berkata dia sudah tiga tahun menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma di sekitar kawasan Sandakan dan situasi seperti ini memang sering berlaku.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Yunizam berkata rakannya yang merupakan seorang pegawai forensik di hospital tersebut memaklumkan bahawa pihak mereka sebelum itu telah cuba menghubungi perkhidmatan kenderaan awam yang ada.

“Waris cuba untuk dapatkan kenderaan awam. Namun cubaan mereka gagal kerana ramai yang enggan dan menolak membawa jenazah bayi tersebut disebabkan kepercayaan akan ditimpa sial,” katanya.

Pekhidmatan Van Jenazah Percuma Abam Botak telah diwujudkan sejak tahun 2018.

Yunizam berkata wanita itu tinggal di perkampungan setinggan dan kurang berkemampuan untuk menyewa van jenazah selain bimbang akan dikenakan cas yang tinggi.

“Ini bukan kali pertama saya jumpa, dah banyak dah kes macam ni. Kenderaan awam enggan mengambil jenazah bayi untuk dikebumikan.

“Kalau jenazah orang dewasa yang sudah dibungkus kemas, yang itu mereka ambil. Tapi kalau macam bayi yang boleh didukung begini mereka tak nak,” katanya ketika dihubungi mStar.

Wanita tersebut bimbang dikenakan caj yang tinggi jika menyewa van jenazah.

Menurut Yunizam, wanita tersebut baru sahaja melahirkan bayi itu dan berita kematian anaknya belum sempat lagi dimaklumkan kepada suaminya yang merupakan seorang pekerja ladang kelapa sawit yang terletak di Batu Sapi.

Suri rumah itu hanya mampu mengalirkan air mata dan menatap jasad anaknya sepanjang perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa kira-kira 25 minit dari hospital.

Yunizam berkata dia sempat menghulurkan sedikit bantuan wang kepada wanita tersebut untuk pengurusan jenazah yang akan dilakukan oleh keluarga mereka sendiri dan berharap anak syurga itu dapat menolong kedua ibu bapanya kelak.

Tambah Yunizam, dia juga pernah membawa jenazah menggunakan kenderaan miliknya sendiri dan ternyata tiada apa-apa yang pelik berlaku ke atas dirinya sehingga ke hari ini.

Ini menunjukkan betapa karutnya kepercayaan manusia tentang nasib malang yang bakal menimpa mereka jika membawa jenazah menggunakan kenderaan persendirian.

“Janganlah kita memilih kepada siapa kita mahu lakukan kebaikan. Kerana kita sendiri tidak tahu kebaikan yang mana satu akan dinilai tuhan.

“Bagi saya kalau sehari kita tidak melakukan kebaikan dalam kehidupan, itu adalah perkara yang sangat rugi,” ujarnya yang berasal dari Sandakan

Perkhidmatan ini masih lagi berjalan seperti biasa pada bulan Ramadan.

Di ruangan komen, ramai berkongsi kisah masing-masing yang pernah berdepan pengalaman hampir sama.

“Pernah kena dengan keluarga saya dulu, anak meninggal masa lahir, terpaksa isi dalam beg ikut bas mini dari Tawau ke Semporna untuk dikebumikan.

“Itu pun tanpa pengetahuan driver, sebab takut perkara beginilah, sudahlah orang tidak mampu,” tulis seorang netizen.

Perkhidmatan van jenazah percuma yang ditawarkan masih berjalan seperti biasa pada bulan Ramadan dan dia fokus untuk membantu waris bagi menguruskan jenazah bersama-sama pasukannya.

“Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa sambil memakai PPE. Nak buat macam mana kan, bilangan kes semakin meningkat sekarang,” jelasnya.

Selain itu, dalam masa terdekat ini dia juga akan melakukan pelbagai lagi aktiviti kebajikan seperti pengagihan barang dapur kepada golongan fakir miskin.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *