Uncategorized

Lelaki ini terangkan kelebihan naik kereta Honda sambil makan buat ramai berdekah

Terdapat banyak jenama kereta di Malaysia. Namun antara yang paling utama semestinya Honda. Ada yang berpendapat, pemilik Honda adalah dambaan para gadis dan ibu mertua.

Kami faham dengan tanggapan tersebut dan bersetuju. Oleh itu, berikut adalah 4 sebab mengapa pengguna Honda menjadi pilihan makwe dan ibu mertua!

Setia

Lelaki yang menggunakan Honda selalunya setia bersama pasangannya. Hal ini kerana, lelaki yang menggunakan Honda tiada masa untuk wanita lain kerana disibukkan dengan keretanya.

Dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik dari segi luaran dan prestasi, pastinya banyak masa yang diluangkan oleh peminat Honda untuk mengkaji dan menilai pilihan aksesori manakah yang sesuai untuk jentera mereka.

Selain itu, Honda memang mempunyai peminatnya yang setia. Kesetiaan itu pastinya dicerminkan kepada pasangannya dan keluarganya. Kebanyakan peminat Honda pasti akan mengesyorkan jentera Honda kepada keluarga, sanak saudara dan juga rakan-rakan.

Berjiwa kental

Pengguna jenama Honda pastinya berjiwa kental dan tahan makian. Hal ini kerana walaupun dicemuh dengan pelbagai kata-kata nista oleh masyarakat yang berpandangan senteng, rata-rata pengguna jentera Honda tidak terkesan dengan cacian yang dilemparkan.

Baru baru ini, Honda dilaporkan mengalami masalah fuel pump yang melanda produk mereka. Namun, jarang sekali kami lihat pemilik Honda sendiri mengecam Honda disebabkan kecuaian kecil ini. Yang pastinya, pemilik kenderaan bukan Honda yang mengambil kesempatan melemparkan kata-kata cacian.

Pemilik Honda tetap tenang sahaja dalam menangani isu tersebut. Tiada produk yang dicipta sempurna di dunia ini. Jadi, apalah sangat kata-kata cacian oleh pengguna bukan Honda itu? Memang berjiwa kental!

kredit pandu laju

Kewangan yang kukuh

Honda paling murah yang boleh dibeli adalah Honda Jazz 1.5S. Bayaran bulanan untuk Honda Jazz ini sahaja mencecah RM 800 sebulan untuk tempoh pinjaman maksimum 9 tahun. Ini adalah hampir 2 kali ganda daripada bayaran bulanan Perodua Axia mahupun Proton Saga.

Oleh yang sedemikian, kami yakin bahawa pemilik Honda mestilah mempunyai asas kewangan yang kukuh. Dengan asas kewangan yang kukuh, sudah pasti mereka digilai oleh wanita-wanita yang dambakan seorang lelaki dengan kewangan yang kukuh.

Walaupun ramai yang mungkin tidak setuju dengan kenyataan ini, mari lihat semula. Tanpa kewangan yang kukuh, sudah pastilah pengguna tersebut tidak mampu lagi menggunakan Honda. Mereka pun mungkin sudah beralih dengan menggunakan kereta jenama lain. Oleh itu, mereka bukan lagi dalam kalangan pemilik Honda.

Rekaan yang menarik

Pepatah ada menyebut, hanya jauhari mengenal manikam. Begitu jugalah dengan pemuda yang tampan, hanya menginginkan kereta yang setaraf dengan ketampanannya.

Jika hendak dibandingkan dengan pesaing terdekatnya iaitu Toyota, kebanyakan rekaan Toyota sangat membosankan. Hal ini kerana, Toyota tidak mementingkan aspek rekaan. Semua yang direka oleh Toyota direka berdasarkan pandangan praktikaliti dari segi bungkusan barang, guna semula daripada model lain/lama dan kemudahan pihak pembekal. Tiada ruang yang banyak untuk meningkatkan lagi tahap rekaan supaya lebih menarik.

Walaupun menitikberatkan aspek praktikaliti, harga Toyota tidaklah jauh lebih murah berbanding Honda. Oleh itu, dengan harga yang sama kompetitif tetapi inspirasi rekaan yang jauh berbeza, ternyata Honda lebih banyak dipilih oleh rakyat Malaysia.

Kereta Honda Pandu Sendiri

Dalam pada itu, tular satu video seorang lelaki yang memandu kereta honda sambil makan tanpa menyentuh stereng kereta. Lelaki ini juga sempat menerangkan ciri-ciri dan kelebihan kereta Honda kepada rakannya

Namun sangkaan netizan kereta tersebut betul-betul boleh pandu sendiri akhirnya meleset, kerana kereta yang di naikai oleh mereka berdua sebenarnya  sedang di tunda

Video:

Begitulah tadi sedikit sebanyak sebab mengapa jenama Honda menjadi pilihan makwe dan ibu mertua. Mungkin ada yang terfikir, jenama yang lebih mahal tentulah dambaan para gadis. Namun, di situ anda silap. Jenama yang lebih mahal lebih selalunya menjual gaya hidup, prestij dan warisan dan bukannya sekadar menjual kereta.

Honda Malaysia sedang menikmati waktu-waktu kegemilangan bermula tahun 2014 hingga kini dengan mengungguli tangga ke 2 dan ke 3 bagi pengeluar kereta paling laris sepanjang 5 tahun belakangan ini. Sebagai sebuah jenama yang tidak asing lagi, rakyat Malaysia berharap Honda akan mempertimbangkan Malaysia sebagai pasaran utama mereka.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *