Amalan

Ramai naik hairan kenapa Najib tak pernah tr0ll Anwar, Sekali dia mula buka cerita

Terdahulu  Datuk Seri Najib Razak pernah mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata, syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan membabitkan parti DAP.

Katanya, UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti politik lain termasuk parti Anwar (PKR) jika masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah.

Namun kini, ramai pula mula mempersoalkan kenapa Najib di lihat tidak lagi menyindir Anwar Ibrahim tidak seperti yang beliau lakukan kepada pemimpin pembangkang yang lain. Tidak berdiam diri, Najib tampil mengulas dakwaan tersebut di laman Facebook beliau

Kenapa saya kurang serang Anwar Ibrahim – Najib Razak

Banyak komen-komen JKOM yang tanya kenapa saya tak komen tentang usaha kumpul SD oleh pihak-pihak tertentu, kenapa saya kurang komen tentang isu politik ataupun kenapa saya kurang serang Anwar Ibrahim.

Sebab isu paling penting dan utama sekarang ialah kegagalan bersiri kerajaan untuk membendung Covid dan membantu Rakyat yang membawa kepada kesempitan, kesusahan, kemusnahan, ketakutan dan kegelisahan jutaan orang biasa.

JKOM tuduh saya tak serang Anwar Ibrahim sebab saya nak bersekongkol dengan dia dalam satu jajaran baharu padahal persidangan PAU UMNO jelas kata no DAP, no Anwar dan no PPBM.Ini bukan masa kempen PRU15. Serang Anwar sekarang tak bawa apa-apa faedah pada kesusahan Rakyat sekarang sebab dia bukan kerajaan.

Menyerang Anwar sekarang hanya membawa kepada lebih banyak cerita Jose Rizal ke, cerita Syria ke, cerita Turki ke tapi satu faedah pun tak bawa untuk meringankan dan menamatkan kesusahan Rakyat dalam zaman Pandemik.

Lagipun ianya memang kerja JKOM yang dibayar untuk menyerang pembangkang. Siapa saya untuk ambil alih tanggung jawab JKOM? Ini kes wang sudah dibayar tapi kamu suruh Najib buat kerja korang untuk serang Anwar ke?
Entah kenapa pula JKOM lebih gemar serang saya tiap-tiap hari dengan cerita-cerita dongeng tapi tak buat kerja untuk serang Anwar.

Saya kurang bincang tentang isu politik pada ketika ini sebab saya rasa ianya kurang prioriti dan kurang membawa kepada apa-apa faedah pada Rakyat.

Saya juga bukan presiden parti atau ahli Majlis Tertinggi UMNO pun. Sebab itu, usaha nak rebut-rebut SD ataupun tikam-tikam belakang kurang bermakna pada saya.
Saya lebih bimbang tentang Rakyat.

Keutamaan saya juga untuk usaha-usaha bersihkan nama saya dalam mahkamah yang semakin menampak kecerahan apabila satu persatu kebenaran muncul dan satu persatu propaganda terhadap saya masa dahulu dibuktikan fitnah.

Lagipun, saya pegang teguh kepada prinsip yang termaktub dalam titah YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah bahawa perlunya ada sebuah kerajaan stabil yang mendapat keyakinan dan sokongan majoriti Rakyat.

Bukan sokongan majoriti katak atau ahli parlimen yang dibeli atau lebih mengutamakan jawatan dan kepentingan sendiri sebab takut dikenakan tindakan oleh sebuah kerajaan yang salah gunakan kuasa mereka.

Kita sudah sampai ke bulan Jun 2021. Tak sampai dua tahun lagi sudah PRU15. (Rakyat dapat apa sejak PRU14, ya?)
Masa itu, Rakyat yang akan pilih siapa jadi ketua kerajaan – bukan katak atau penderhaka.

Rakyat boleh menilai siapa dan parti mana yang lebih layak, lebih kompeten, lebih jujur, yang lebih ada track rekod untuk memulihkan, menyelamatkan dan membangun ekonomi serta negara selepas pandemik.

Rakyat tahu siapa yang bacul dan gila kuasa sehingga perlu melanggar Titah YDP Agong dan Raja-Raja serta mencabul demokrasi negara yang akhirnya menjahanamkan ekonomi dan Rakyat.

Rakyat akan ingat siapa yang buat kerja bodoh seperti mengulang langkah-langkah separuh masak berkali-kali yang terbukti gagal dan akhirnya membawa kepada ribuan pengorbanan nyawa secara sia-sia dan penderitaan memanjang tak terhingga pada Rakyat.

Siapakah yang belanja RM600 bilion duit negara tanpa apa-apa pencapaian ataupun hasil yang nyata walaupun mereka juga yang pernah fitnah dan menipu Rakyat bahawa negara sudah bankrap bawah Najib sehingga mereka perlu korek Tabung KWAN yang dibina masa Najib untuk membiayai sepenuhnya program vaksinasi yang akan menyelamatkan negara.

Rakyat sudah tentu ingat siapa di dalam kerajaan PN dan di luar yang pernah menabur janji-janji kencing masa PRU14 ataupun pernah buat benda bodoh seperti turun ke Jalan Raya untuk tuntut mansuh PTPN atau menghasut Rakyat buang GST lalu mengaku sebenarnya GST ini adalah satu benda baik yang mampu menyelamatkan ekonomi dan mengawal harga barang pada masa krisis.

Dan Rakyat juga akan tertanya-tanya masa itu kenapa ahli parlimen yang lompat ke kerajaan tiba-tiba kes rasuahnya tergugur seperit kes rasuah RM78 juta bekas menteri PH yang melompat ataupun video yang amat jelas menjadi tak HD.

Ya, kawan-kawan. Kalau niat ialah untuk dilepaskan kes, perlu membodek kerajaan – bukan melawan kerajaan. Pendek kata, yang akhirnya akan tentukan siapa ketua kerajaan dalam tempoh setahun dua sahaja adalah Rakyat – bukan katak atau SD.

Siapa ketua parti UMNO dan BN juga bukan ditentukan oleh berapa SD kamu berjaya kumpul tetapi melalui pemilihan parti yang sudah sampai tempohnya tetapi dihalang oleh MKN untuk dilaksanakan pada tempoh PKP.

Ahli-ahli UMNO yang akan memilih dan mereka akan tahu siapa yang sorok dan membisu serta siapa yang tampil ke depan untuk melawan dan mempertahankan parti dalam tempoh UMNO paling susah dan terancam selepas PRU14.

Ahli-ahli UMNO juga akan ingat siapa menteri serta ahli parlimen UMNO dan BN yang lebih mementingkan jawatan kerajaan sendiri, siapa yang membantu pihak kerajaan memperlekehkan titah Raja-Raja atau lebih mempertahankan pemimpin parti lain berbanding parti sendiri tetapi membuta mata kepada kegagalan bersambung kegagalan kerajaan untuk membantu Rakyat dalam zaman pandemik.

Ahli-ahli UMNO juga akan ingat dan akan membuat kesimpulan sendiri untuk rakaman audio “scheme of things” PM8 yang terang-terang kata ahli-ahli UMNO boleh disogok dengan tawaran jawatan menteri dan GLC. Sebab itulah saya kurang ulas tentang isu politik pada ketika ini.

Kredit: FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *