Amalan

Peniga Depan MINDEF Mengadu Gerai Bakal Ditutup, Sekali Ismail Sabri Call Terus Ceo Pernama

Baru baru ini Menteri Ismail Sabri telah pergi ke tapak berniaga yang berdekatan dengan bangunan Mindef, Kuala Lumpur.

Lokasi perniagaan kecil itu terletak di Padang Tembak. Ketika beliau berbual dengan salah seorang peniaga disitu beliau terkejut apabila mendengar bahawa peniaga peniaga kecil disitu akan diminta berhenti berniaga.

Di waktu itu juga Menteri Ismail Sabri telah terus menghubungi CEO PERNAMA untuk bertanyakan kenapa mereka mengarahkan supaya peniaga tidak boleh berniaga.

Di dalam perbualan tersebut, CEO PERNAMA memberitahu bahawa arahan tersebut telah pun ditarik balik.

Menteri Ismail Sabri memohon agar peniaga peniaga tersebut dibenarkan berniaga selagi PKP masih berkuatkuasa.

“Selagi PKP ni tak selesai U jangan sentuh kat sini” pesan Ismail Sabri

Peniaga kecil keutamaan saya

“Hal ini sungguh serius, saya mendapat laporan di pusat penjaja Mindef di jalan Padang Tembak akan di tutup hujung bulan ini.

Saya terus ke sana dan menelefon Ceo Pernama. Alhamdulillah mereka tidak akan menutup operasi perniagaan peniaga disini.

Saya janji, selagi SOP dijaga, kita akan terus bantu permudahkan operasi para peniaga dalam tempoh lockdown ini” – Ismail Sabri

REAKSI NETIZEN:

“Terbaik paklong Ismail Sabri Yaakob …cuma nak tahu pasar malam / pasartani bila boleh beroperasi kami terjejas juga pendapatan dah masuk minggu ke-3 xleh niaga ni…minta jasa baik pak long pertimbangkan secepat mungkin”

“Alhamdullillah terima kaseh kerana dpt menjalankn amanah yg d beri rakyat dgn bijaksana tanpa mengenal darjat dan pangkat Golongan yg kais pagi makan pagi kais petang makan petang jgn d lupakn Kalau d tutup nak makan apa”

“Inilah yang rakyat harapkan Pak Long. Suara rakyat didengar, denyut nadi rakyat dirasai. Pertolongan diberikan tepat pada masa diperlukan. Tiada protokol, tiada birokrasi. Tahniah. Semoga Allah anugerahi kekuatan insyaallah”

“Alhamdulilah…semoga tempat2 lain pun begini..banyak tempat di seluruh negeri, peniaga2 begini terjejas”

‘Saya dah lama maafkan semua orang yang m4rah saya’

Selepas menarik perhatian netizen dengan gambar menutup pintu pejabat, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob hari ini sekali lagi mencuri perhatian warga net apabila secara spontan menjawab permohonan maaf seorang pengguna media sosial terhadapnya.

Pemilik akaun Facebook Eyra Ziraa dari Taiping sebelum itu memohon maaf secara terbuka kepada Ismail Sabri kerana mendakwa sebelum ini dia sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap naib presiden Umno terbabit.

Melalui pengakuan itu Eyra Ziraa berkata sebelum ini dia banyak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ismail Sabri.

Namun katanya ketika ini dia melihat ahli parlimen Bera itu seperti kepenatan kerana bekerja dan menanggung “beban”.

“Menteri lain saya tak tahu, tapi Datuk Seri banyak memikul beban seolah semua benda dipikul Datuk Seri, tertengok live ‘Pak Long Mail’ dengan Dr Noor Hisham, rasa sayu hati,” katanya dalam satu hantaran di ruangan komen Facebook Ismail Sabri.

Ismail Sabri secara spontan tampil menjawab komen Eyra Ziraa dengan berkata dia memaafkan semua individu yang melahirkan rasa marah terhadapnya di media sosial.

Bahkan dengan rendah hati Ismail Sabri turut memohon maaf terhadap seluruh rakyat Malaysia dan berikrar akan melakukan yang terbaik kepada semua rakyat.

“Saya dah lama maafkan Eyra dan semua yang marah kepada saya.

“Saya tahu sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari membuat kesilapan yang membuatkan orang marah.

“Saya pun mohon maaf.. terima kasih kerana memahami. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” tulis Ismail Sabri.

Ismail Sabri merupakan salah seorang menteri kanan dalam kabinet Perikatan Nasional (PN) yang diketua Muhyiddin Yassin.

Diberikan portfolio mengetuai Kementerian Pertahanan, dia menjadi watak utama dalam kempen menangani Covid-19 selepas PN menjadi kerajaan. Malah pada satu ketika Ismail Sabri muncul setiap hari di kaca TV untuk memberikan maklumat terkini mengenai situasi negara.

Dia juga adalah orang yang menjelaskan dari semasa ke semasa perkembangan prosedur operasi standard (SOP) semasa menghadapi Covid-19.

Kelmarin Ismail Sabri mencuri perhatian apabila memuatnaik gambar menutup pintu pejabat dengan kapsyen tergantung.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…..” tulisnya di Facebook.

Hantaran itu dimuat naik selepas dia mengumumkan bahawa kilang arak tidak dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

sumber:  : AwattSyeikhh Network, mkini, FB Ismail Sabri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *