Hiburan

Pernah kerja bersama, Viviana Abdullah dedah perangai sebenar Fazura & Neelofa

Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram selebriti media sosial Viviana Abdullah, pasti mengetahui personaliti berperwatakan lembut itu gemar berborak dan mengupas pelbagai isu bersama pengikutnya.

Terbaru, menerusi sesi Instagram ‘live’, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud sempat bercerita mengenai pengalamannya ketika bekerja bersama dua selebriti tersohor iaitu Fazura dan Neelofa.

Pendapat mengenai Fazura

Bercakap mengenai Fazura, Viviana menyifatkan pelakon popular itu mempunyai personaliti yang baik dan merendah diri serta sangat menjaga hubungan dengan para peminat.

Malah Viviana berkata, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu tidak berpura-pura terhadap diri sendiri selain tegas apabila membabitkan soal kerja.

“Fazura tahu bila nak jadi diva, bila nak ‘switch off’ jadi diva. Dia sangat merendah diri, dengan peminat dia paling menjaga. Dia tak plastik, jadi diri dia. Cuma bila bekerja, dia agak tegas,” katanya.

Pendapat mengenai Neelofa

Bagi Neelofa pula, Viviana lebih memilih untuk berdiam diri mengenai personaliti bekas pengacara MeleTOP itu kerana sedar pasti akan menerima kecaman daripada orang ramai.

Tambah Viviana, ia kelihatan seperti mahu memburuk-burukkan situasi sekiranya dia bercerita lanjut tentang usahawan popular berkenaan.

“Kalau you tanya (fasal) Neelofa, maaf next chapter please! Tu je boleh cakap. Pakai tudung kan, tak boleh nak mengata.
“Silakan, pergi. Agungkan, pakai tudung je nak agungkan. I tak mampu nak istiqamah macam tu. Sebab i dah berdepan. Sama ada pakai hijab atau niqab, saya tak nak bawa dia dalam kehidupan saya.

“Anak saya kalau lalu pun, saya tutup matanya. Jangan tengok. Walaupun penampilan luaran itu bagus, saya tutup juga kalau lembaga itu lalu,” ujarnya.
Bagaimanapun, Viviana menegaskan bahawa pendapat mengenai kedua-dua selebriti itu adalah berdasarkan pengalaman peribadi yang berlaku di depan mata dan meminta peminat masing-masing tidak terpengaruh dengan sebarang kenyataan daripada mulutnya.

Cabaran PU Riz beristerikan Neelofa

KUALA LUMPUR: Mahligai rumah tangga selebriti popular, Neelofa, 32, dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz, 26, terus mencuri perhatian biarpun selepas dua bulan berkahwin.

Daripada sudut positif hingga negatif, momentum kisah pasangan romantis itu tidak pernah padam, malah terus hangat dengan pelbagai isu serta kisah sensasi.

Menerusi siaran langsung dalam laman sosial bersama peminat, PU Riz mendedahkan, ada waktu susah dan senang ketika menjaga isterinya yang kini berniqab.

Bagaimanapun, katanya, ini kerana isterinya sudah terlalu lama bergelar boss, jadi ia menjadi satu pengalaman mencabar buatnya.

“Susah, senang ada, tetapi pengalaman mencabar apabila memiliki seorang isteri yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila bersuami, jihad untuknya taat kepada perintah suami.

“Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma saya perlu memberikan masa untuknya menyesuaikan diri,” kata PU Riz.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia tahu kewajipannya mentaati suaminya dalam situasi apa sekalipun.

“Memang tidak mudah. Selama ini, saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited menjaga syarikat yang diusahakan.

“Namun, apabila berkahwin dan memiliki suami dalam hidup, saya wajib mentaatinya. Masa untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang hingga alam perkahwinan bukan senang, tetapi saya cuba sebaik mungkin.

“Alhamdulillah, saya dan suami dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Neelofa dan PU Riz disatukan dalam ikatan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.

Sumber: Twitter @izntagram , Instagram Viviana Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *