Amalan

PKP: Rakyat berdebar tunggu pengumuman kerajaan, sekali Tengku Zafrul bagitahu perkara menarik perhatian ramai

MENJELANG tarikh akhir penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 28 Jun ini, kita semua tertunggu-tunggu pengumuman kerajaan sama ada ia akan disambung atau beralih ke fasa seterusnya.

Ikut perkiraan, ada empat hari sahaja lagi sebelum ‘tarikh luput’ PKP kali ini. Jika bukan hari ini, mungkin esok lusa, adalah berita baharu tentang PKP 3.0 ini. Jadi pastinya masing-masing cukup berdebar menantikan perkhabaran mutakhir dari Putrajaya.

Sesuatu yang mungkin amat diharapkan majoriti rakyat Malaysia – PKP 3.0 beralih ke fasa kedua. Makna kata, aktiviti ekonomi dan sosial dibuka secara berperingkat – tidak seperti fasa pertama yang lebih menjurus kepada essential services.

Sebelum ini, dikhabarkan kerajaan akan menilai semula pelaksanaan PKP 3.0 jika jumlah jangkitan harian Covid-19 capai angka bawah 4,000 kes. Tetapi itu tidak bermaksud kerajaan akan menamatkan terus PKP 3.0.

Harus diingatkan perkhabaran itu sebenarnya lebih kepada kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP). Semua itu juga bergantung pada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Apa pun perkiraannya, Merak Jalanan percaya kerajaan akan memperhalusi setiap data yang diperoleh KKM sebelum membuat keputusan. Sudah tentu kerajaan tidak mahu ‘silap langkah’ dalam menyusun strategi bagi menangani badai Covid-19.

Bak kata pepatah Melayu – ditelan mati emak, diluah mati bapa. Dalam situasi sekarang, Merak Jalanan melihat kerajaan tak ubah seperti berada dalam keadaan ‘serba salah’ – nak sambung fasa pertama PKP 3.0 atau beralih ke fasa kedua.

Dari satu sudut, kerajaan digasak bagi membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial dibuka. Dari satu sudut lagi, kerajaan diminta mengetatkan SOP dan bukannya PKP ‘separuh masak’.

SAMA ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyeluruh yang akan berakhir pada Isnin ini disambung atau tidak, menjadi topik perbincangan dalam media-media sosial. Pelbagai pandangan dan reaksi dizahirkan, ada yang mahu disambung dan ada pula yang kata, sudah penat.

Yang mahu sambung, mereka melihat harapan tipis untuk mengharapkan ia tidak sambung kerana kes masih lagi tinggi. Semalam kes baharu ialah 5,841 kes dengan jumlah kematian 84 kes, bagaimanapun kes sembuh turut mencatatkan peningkatan dengan 5,411 kes.

Bagi yang tidak mahu lagi PKP 3.0 disambung, mereka kata ‘sudah penat’. Penat berkurung dalam rumah, tidak boleh ke mana-mana dan ‘penat’ melihat kes baharu tidak stabil, sekejap naik, sekejap turun – paling mereka tidak selesa apabila kluster tempat kerja termasuk kilang masih menjadi penyumbang tersebut.

Semalam daripada 30 kluster, 20 daripadanya melibatkan tempat kerja. Pada masa kadar kebolehjangkitan kini 0.98. Justeru tidak banyak harapan disandarkan bahawa PKP 3.0 akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Namun begitu bagi pihak kerajaan, kalaulah PKP 3.0 terpaksa disambung dua minggu lagi, sudah pasti ia dilakukan mengambil kira segala aspek dengan meletakkan kepentingan nyawa rakyat sebagai keutamaan.

Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya beralih ke fasa 2 PPN atau melonggar segala-galanya termasuk membenarkan rentas daerah dan negeri untuk popular.

Kerajaan timbang semua cadangan termasuk lanjutan i-Sinar, i-Lestari

PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan permintaan yang dikemukakan oleh rakyat termasuk perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dia telah bermesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah serta pengurusan kanan KWSP bagi memperhalusi bantuan bersesuaian untuk Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memahami dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat.

“Bercakap tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN), kami juga sedar bahawa anda (rakyat) memerlukan bantuan bagi mengharungi Fasa 1 dan fasa-fasa seterusnya pelan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan cuba untuk mencari penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan semua pihak.

Beliau berkata, dia sendiri secara peribadi mempunyai kenalan dan saudara yang memohon i-Lestari dan i-Sinar dalam menghadapi cabaran masa ini.

Bagaimanapun, katanya, ada juga pencarum dan pengulas ekonomi yang mengkritik kerajaan kerana mereka tidak mahu dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan kerajaan membenarkan pengeluaran secara besar-besaran

Status PKP 3.0 diumum esok

PUTRAJAYA: Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok.

Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah p4lsu.

Dalam kenyataan itu menyebut, perintah PKP 3.0 disambung berkuat kuasa 29 Jun hingga 12 Julai ini adalah sebagaimana keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi dengan purata kes baharu sehingga semalam mencatatkan 5,841 kes.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *