Hiburan

Dr Muhaya bagitahu apa yg netizan perlu buat utk rungkai kontr0versi wanita kena ‘buat-buat bodoh sikit’

PAKAR motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad akhirnya tampil membuka mulut susulan kenyataan ‘buat-buat bodoh sikit’ yang dikeluarkan ketika mengulas topik wanita lambat bertemu jodoh, sebagaimana klip yang tular baru-baru ini.

Ia menyusul selepas beliau menerima kritikan hebat bukan sahaja daripada netizen, malah beberapa individu terkenal termasuk pakar bedah Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri dan pakar peny4kit berj4ngkit, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial, Dr Muhaya berkata klip pendek tersebut disunting daripada sesi siaran langsung di Facebook Prof Muhaya dan YouTube Prof Muhaya TV ketika mengupas topik ‘Antara Cinta dan Cita-Cita’ yang secara keseluruhannya berdurasi 45 minit dan disiarkan pada 6 Februari lalu.

“Siaran live Bonda tersebut sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

“Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan YouTube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta & Cita-Cita.

“Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah,” tulisnya.

Pada masa sama, Dr Muhaya yang juga pakar mata tampil membuat permohonan maaf di atas kenyataan kontroversi tersebut kerana ia telah mengundang salah faham ramai.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda. Bonda sayang semua tanpa syarat,” tulisnya lagi.

Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat.

Sejak Rabu, klip berdurasi 56 saat yang memaparkan Dr Muhaya mengupas topik mengenai wanita lambat bertemu jodoh, mengundang kemarahan ramai yang nyata tidak bersetuju dengan spandangan beliau.

Paparan skrin tweet oleh Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.

“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana,” demikian antara petikan dalam klip tersebut.

Untuk rekod, Dr Muhaya memiliki lebih 570, 000 pengikut di Instagram.

Dr Muhaya mohon maaf ajak tonton video ‘Antara Cinta dan Cita-Cita’,

Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil mempertahankan kenyataan penceramah motivasi, Dr Muhaya Muhamad berhubung kenyataan perempuan perlu jadi “b0doh-b0doh”.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, dia telah mendapatkan penjelasan Muhaya yang memaklumkan dia tidak pernah meminta golongan wanita di negara ini perlu menjadi b0doh.

Sebaliknya kata Ahmad Dusuki “jadi b0doh-b0doh” yang dimaksudkan penceramah motivasi itu ialah tidak meninggikan diri ataupun berlagak.

“Bila disebut b0doh-bod0h bukan bermaksud membod0hkan diri, ini tidak (b0dohkan diri). Tetapi maksudnya untuk menundukkan diri kita ataupun menjadikan diri kita tawaduk.

“Bila tawaduk menyebabkan diangkat darjat di sisi Allah SWT yang membuatkan orang perempuan mudah mendapat jodoh.

“Jadi kita tak payahlahh besarkan kalimah yang disebut itu,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Muhaya yang dikenali sebagai pakar motivasi terkenal itu menerima pelbagai reaksi – termasuk negatif – selepas berkongsi satu video berjudul Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.

Melalui video berdurasi 56 saat itu, Muhaya berpendapat, wanita tidak perlu terlalu berusaha untuk menyaingi kaum lelaki.

Dia sebaliknya berkata, lelaki akan menyukai seseorang wanita jika dia memiliki perwatakan lemah lembut serta bergantung harap pada bantuan pasangannya.

“So orang perempuan, walau macam mana you all, please, mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki.

“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti kamu sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosteron meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambatlah jodoh,” katanya melalui video tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas berkata, orang perempuan perlu tawaduk jika tidak mahu lambat jodoh.

“Bila kita ni orang perempuan meninggikan diri ataupun dia berlagak, ia menyebabkan akhirnya ianya terjauh daripada orang yang nak dekat dengannya, itu asalnya,” katanya.

Semalam, tular dalam media sosial apabila Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.

“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *