Amalan

Punca Sebenar Lelaki Ini Di Belas4h Oleh Penghantar Makanan Didedahkan

Petaling Jaya: Seorang lelaki ced3ra dip.ukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, di sini, hari ini.

Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun, pada 2.30 petang.

Beliau berkata, remaja itu mendakwa, laporan polis berkenaan dibuat susulan tidak berpuas hati terhadap salah seorang pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sen.sitiviti ag.ama.

“Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

“Keadaan itu menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan terbabit yang berusia 29 tahun kemudian dipukul dan dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

“Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan ce.dera. Kami turut men4han lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kej4dian berkenaan.

“Kami masih menges4n beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseks4an kerana menggunakan keker4san dalam perhimpunan yang meny4lahi undang-undang,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau prov0kasi menyen.tuh sensi.tiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggug4t ketenteraman awam.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Video :

https://www.facebook.com/100062960616490/videos/pcb.159287406179946/159286659513354

Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan tular di media sosial, hari ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang penghantar makanan.

“Pengadu telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkan ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.
“Keadaan itu telah menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan tersebut yang terletak di Sungai Way,” katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan tersebut adalah seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

“Selain pelanggan, tangkapan turut dibuat ke atas lima penghantar makanan berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut,” ujarnya.
Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan lelaki terbabit dipuk0l sekumpulan penghantar makanan sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Sumber: hemetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *