Uncategorized

Rakaman Bomba Sampai Guna Jengkavt Angkut Ular Saiz Anac0nda Bvat Ramai Terkedu

LARUT – Sebuah jengkaut terpaksa digunakan bagi mengalihkan seekor ular sawa batik seberat lebih 100 kilogram yang ditemui di kawasan tanah lapang di Jalan Kubu Gajah dekat Selama di sini pada Selasa.

Kehadiran ular sawa betina sepanjang hampir lima meter itu disedari pekerja syarikat pemaju yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan bagi pembinaan jalan sekitar jam 12 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Peny.elamat Selama, Mohd Nor Khairi Johari berkata, panggilan kece.masan kejadian itu diterima pada jam 12.11 tengah hari memaklumkan terdapat seekor ular sawa bersaiz besar berada di kawasan semak di situ.

Menurutnya, lapan anggota yang tiba di l.okasi keja.dian segera menjalankan o.perasi menangkap re.ptilia itu menggunakan alat penjerut.

“Proses mengalihkan rep.tilia itu ke dalam sangkar dilakukan dengan ba.ntuan sebuah jengkaut milik pemaju berikutan saiznya yang agak besar.

“Begitupun kerja-kerja menangkap tidak berhadapan kes.ukaran kerana ular itu tidak berti.ndak agr.esif,” katanya.

Beliau berkata, o.perasi berkenaan mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum rept.ilia terbabit diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perh.ilitan).

“Ini antara op erasi ta.ngkapan ular terbesar yang dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Selama di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, rept.ilia itu ketika ditemui sudah pun berada dalam keadaan lemah sebelum disahkan m.ati.

“B.angkai h.aiwan ini akan dilu.puskan dengan cara ditanam,” katanya.

Dalam perkongsian video tular di media sosial pada Rabu, orang ramai menyifatkan rep.tilia yang ditemui itu sangat besar seakan anaconda.

Spesis Ular Paling Besar Di Dunia

Ular adalah spesis reptilia yang menjadi fobia hampir kesemua populasi di atas muka bumi ini, kecuali mereka yang menjadikan spesis ini sebagai makanan. Ia mampu mencapai saiz yang sangat menggerunkan, dan juga sangat menakjubkan dari pelbagai segi.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana makhluk ini mampu menelan haiwan lain yang mana bersaiz lebih besar.

ular sawa batik yang ditemui di pulau pinang

Pada tahun 2016, seekor ular sawa batik dijumpai di sebuah kawasan pembinaan flyover di Paya Terubong, Pulau Pinang, berukuran 8 meter. Ular ini dikatakan mungkin ular terbesar di dunia, mengalahkan ular yang ditabalkan oleh Guinness Book of World Records sebagai ular terbesar di dunia, yang diberi nama Medusa.

Ular sawa batik

Mampu mencapai panjang maksimum 10 meter dan berat mencecah 135 kilogram, ular sawa batik adalah ular terpanjang di dunia dan juga spesis ular kedua terbesar di atas muka bumi ketika ini.

Malah, ular sawa ini adalah spesis ular sawa yang paling besar di dunia. Ia biasanya ditemui di kawasan hutan hujan atau sungai kecil di Asia Tenggara. Ia tidak beracun dan kebanyakannya dijumpai di atas tanah.

Selain daripada bersaiz besar, ular sawa batik dikenali kerana warnya yang sangat menarik dan menonjol. Kulit ular ini terdapat dalam pelbagai warna termasuklah emas, hitam dan hijau zaitun, dengan tompokan coklat. Warna dan corak ini membolehkan ular sawa batik sukar dikesan di pelbagai habitat.

Ia biasanya hidup bersendirian dan sangat agresif serta aktif waktu malam. Ular ini menjadikan tikus, monyet, kumbang, rusa dan khinzir sebagai makanan ruji yang mana dililit sehingga tak bernafas dan dimakan.

Anaconda Hijau

Anaconda hijau adalah ular yang terbesar di dunia yang masih wujud. Spesis ini mampu membesar di antara 6 hingga 9 meter panjang dan berat mencecah 250 kilogram, 2 kali ganda berat ular sawa batik.

Anaconda hijau tidak mempunyai bisa dan biasanya dijumpai di paya, rawa atau di sungai seluruh Amerika Selatan.

Ular betina biasanya lebih besar daripada ular jantan. Seperti namanya, ular ini mempunyai kulit berwarna hijau zaitun dengan tompok-tompok hitam.

Spesis ini adalah haiwan yang aktif pada waktu malam namun dipercayai berburu pada siang hari. Bertentangan dengan mitos, ular ini tidak memakan manusia. Diet biasa ular ini termasuklah rusa, tapir, buaya, ikan dan kura-kura.

Kredit : Sinar Harian,iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *