Uncategorized

Ibu Tertvkar Anak Minta Semua Netizan Berhenti Ckp Bukan2, Sampai VVIP Pun Datang Melawat Dia Di Wad

K.ecewa dengan t.indakan tidak bertanggungjawab pihak hospital, dua pasangan yang bayi mereka dikatakan tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam berhasrat mengambil t.indakan u.ndang-u.ndang.

Siti Suriani Wahiddin, 23, terkilan dan mend.akwa pihak hospital menyerahkan bayinya kepada pasangan lain tanpa membuat pemeriksaan teliti.

“Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital. Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik. Saya menyedari wajah lain tapi tidak meng.esyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Kami menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu mem.otong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain,” kata Suriani seperti yang dilaporkan.

Suriani dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman kemudian menghubungi h.ospital dan mereka diminta ke h.ospital itu untuk proses pertukaran semula bayi.

“Pagi ini saya ke h.ospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya harap pihak h.ospital bertanggungjawab dan saya akan merujuk k.es ini dengan p.eguam untuk t.indakan susulan,” katanya.

Keja.dian itu tular di media sosial selepas Siti Suriani membuat perkongsian di Facebook (FB) Live bermula 7.40 malam tadi.

Please stop cakap bukan bukan

Dalam pada itu, Siti Suriani juga meminta netizan untuk bercakap perkara yang bukan bukan mengenai dirinya dan Ibu Aisar kerana pada waktu ini mereka memerlukan rehat yang cukup

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun sempat melawat mereka ketikA di wad

“Please stopp yg cakap bukan bukan tentang siti n ibu aisar , time mcm ni kami perlukan masa untuk rest . Terharu sangat pagi ni YB DATO SRI RINA HARUN dtg beri kata semangat dan moral support”

PEGUAM INI JELASKAN APA IBU BAPA BAYI BOLEH BUAT

“Ada yang menghantar link-link update tentang kisah kedua-dua pasangan ini kepada saya kerana ingin tahu dari sudut undang-undang. Sama ada hospital boleh disaman atau tidak?

“Kecuaian yang berlaku dihospital yang memberi kesan kepada pes4kit, pastinya boleh di saman. Macam-macam kes yang berlaku dihospital dan disaman ke mahkamah.

“Saya sendiri pernah dirujuk dengan kes-kes seperti tersalah pindahan jenis kumpulan darah dalam tubuh badan, tertinggal alatan selepas pembedahan, tersalah beri dos suntikan sehingga menyebabkan kecacatan dan lain-lain.

“Sememangnya kes-kes kecuaian di hospital ini sering berlaku dan setiap tahun ada sahaja saman yang dimulakan di mahkamah. Kita semua ada hak.

“Bagi pasangan ini, mereka juga ada hak untuk mengambil tindakan. Mujurlah, tersilap bayi ini segera diketahui. Bayangkan jika memang tidak diketahui atau selepas bertahun-tahun. Bagaimana?

“Kesannya sangat besar kepada keluarga ini, tidak kiralah tertukar berhari-hari atau bertahun-tahun. Ada trauma yang ditinggalkan dan hilang rasa percaya.

“Bayangkan sewaktu mengetahui pertukaran anak ini, si ibu tidak tahu di mana anaknya dan apa nasibnya, hal begini sangat merunsingkan perasaan ibu dan bapa. Semua ini kerana kecuaian yang akan berlaku.

“Andai kata pihak hospital lebih berhati-hati. Ini bukan hal main-main. Ini tentang anak orang, tentang nasab, tentang darah daging. Jadi hal begini sepatutnya tidak berlaku.
Jika ke mahkamah bagi tuntutan sivil ini adalah saman dalam bentuk ganti rugi.

“Bermakna pasangan ingin akan mendapat ganti rugi dalam bentuk bayaran.
Bayaran ganti rugi ini juga pada masa yang sama boleh juga jadi sebagai pengajaran kepada hospital. Proses ke mahkamah juga adalah pengajaran sebenarnya.

“Siapalah yang suka hendak menghadapi proses ke mahkamah, pada masa akan datang kita akan cuba elakkan supaya hal begini dan proses begini tidak akan berulang.

“Setiap kes berbeza dan tuntutan juga berbeza, ada kita baca pihak-pihak dibayar ganti rugi ratusan ribu, ada puluh ribu dan ada juga belasan ribu. Apa yang jadi penentu? Bagaimana pula dalam kes pasangan ini?

“Begini, di mahkamah jika kita yang memulakan kes maka kitalah yang perlu membuktikan kes kita. Beban untuk membuktikan pada kita. Kita perlu buktikan hospital cuai.

“Dalam kes ini perlu ada bukti, contohnya bukti dia bersalin di hospital ini dan butiran jelas segala prosesnya. Kemudian dibuktikan juga kesilapan bayi itu.

“Untuk kes ini saya rasa buktinya sudah cukup jelas kerana memang berlaku pertukaran tetapi di mahkamah ini, bila kita mengemukakan kes, tidak boleh bukti faham-faham sendiri.

“Misalnya dalam kes ini, kita akan beranggapan ‘Satu Malaysia sudah tahu memang tersilap, takkan Mahkamah tidak tahu?’ Tidak boleh beranggapan begitu.

“Kes perlu dikemukakan dari peringkat awal, seolah-olah mahkamah tidak tahu apa-apa. Ini kerana mengelakkan peguam yang mewakili hospital menafikan segala hal kerana pihak Plaintif gagal mengemukakan kesnya dengan baik. Jangan bagi ruang.

“Mahkamah perlu adil dan mendengar hujah kedua-dua pihak, setiap kes diputuskan berdasarkan bagaimana kes ini dikemukakan dan dihujahkan ke mahkamah.

“Kemudian selesai pembuktian di bahagian ini, pasangan ini perlu membuktikan kerugian yang dialami. Misalnya dalam tempoh beberapa hari ini pertukaran bayi ini, apa kesannya? Apa impaknya?

“Bagi kesan kerugian ini, sudah tentulah berbeza antara yang tersilap tukar selama bertahun-tahun dan sehari dua. Bayangkan kerosakan emosi dan mental dan segala kepayahan yang lain selepas bertahun-tahun baru diketahui tertukar bayi?

“Mahkamah juga akan menilai berapa besar kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak hospital. Bagi kes-kes begini, tiada harga yang boleh diletakkan tanpa menilai kes ini. Jadi semuanya tertakluk kepada kes yang dikemukakan oleh Plaintif, dokumen-dokumen di failkan ke mahkamah dan keterangan saksi-saksi.

“Kadangkala, kalau ke mahkamah ada juga situasi tidak semestinya diteruskan dengan perbicaraan iaitu pihak-pihak memberi keterangan atas kandang saksi. Ini atas keputusan pihak Plaintif dan Defendan sendiri jika mereka cuba hendak berbincang.

“”Ada kes mungkin berakhir dengan penyelesaian secara damai, sama ada Defendan membayar ganti rugi tanpa meneruskan kes ke mahkamah selepas perbincangan kedua-dua pihak. Ada juga kes yang pihak-pihak tidak membayar apa-apa nilai tetapi mereka bersetuju untuk tidak dipanjangkan isu.

“Jadi berbalik kepada persoalan, apa hak kita dalam kes kecuaian seperti pasangan ini? Mereka ada hak. Mahkamah akan menilai berapa nilai kerugian mereka dan akan memutuskan.

“Kita semua juga ada hak dan kita berhak untuk pertahankan hak kita.

Oleh Nor Zabetha

Sementara itu, seorang lagi ibu terba.bit, Diana Hanani Abdullah, 23, turut ke.cewa dengan in.siden itu yang menyebabkan e.mosinya tergang.gu.

Diana melahirkan bayi lelaki secara pemb.edahan di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

“Saya hanya mengetahui bayi tertukar apabila pihak h.ospital menghubungi saya malam tadi. Saya sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.

“Kami terus ke h.ospital malam tadi. Proses pertukaran semula bayi berlaku dalam suasana penuh e.mosi kerana sudah menyayangi bayi dijaga seperti anak sendiri,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *