Uncategorized

‘Saya Keluar Kereta Sikit Lagi Nak Gduh’ – Kisah Awie Pergi Ambil Jojet Yg Tak Pernah Dia Ceritakan Sebelum Ini

Usia perangkap kita.. Remaja kita tinggalkan.. Namun aku masih…Menggenggam janji…”

Itu bait-bait lagu Sejati yang dinyanyikan oleh penyanyi rock tersohor tanahair, Dato Awie bersama kumpulan Wings yang masih popular sehingga hari ini meskipun sudah 31 tahun lagu itu dihasilkan.

Sebut sahaja Awie, pastinya akan terlintas di fikiran, figura rock yang dianugerahkan suara lemak merdu yang tidak ada pada penyanyi-penyanyi lain.

Pemilik nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman boleh dikatakan Living Legend dan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri seni dan hiburan tanah air sudah cukup mematangkannya.

Beberapa kali terpalit dengan pelbagai kisah kntroversi, gosip panas, sebutlah apa sahaja yang tidak pernah ditempuhnya. Semua itu dilalui sepanjang detik mula bergelar penyanyi hingga hari ini.

Banyak yang dikongsi oleh Dato Awie kali ini.

‘Wings Buat Passport Kena Izin Mak Bapa’

Artikel terbitan 1989 ini disifatkan cukup legend. Mana tidaknya, ketika itu masih cetakan hitam putih dan tidak berwarna seperti era selepasnya.

Mula menceburi bidang nyanyian ketika berumur 17 tahun, waktu itu kumpulan Wings bakal ke Singapura mengadakan konsert. Dek kerana faktor umur yang belum melepasi 21 tahun, maka mereka perlu meminta izin ibu bapa untuk mengeluarkan passport.

‘Bercita-cita Menjadi Anggota TUDM’

Artikel keluaran 1990 ini pula membawa penonton menelusuri cita-cita Dato Awie yang mahu menjadi juruterbang pesawat pejuang sejak kecil lagi.

” Tak tahulah kenapa, tapi memang minat sejak dulu lagi. Saya ada perangai kalau sukakan sesuatu barang saya akan lukis.

” Jadi saya lukislah jet fighter, motosikal scrambler, chopper.

” Angan-angan saya inilah yang tak tercapai sebab dah terlibat dalam muzik. Sayang nak potong rambut, belajar pun tak berapa nak pandai, jadilah saya seorang artis.” Hurai Dato Awie terperinci.

‘Wings Bayar Pampasan Pada Gersang’

Saat bingkai artikel yang diterbitkan pada 1990 ini bertukar tangan, Dato Awie dilihat tenang berkongsi kisah disebaliknya.

” Sebenarnya dulu Jojet adalah anggota asal Wings. Waktu kami ada sedikit krisis dengan Black, jadi kami decide untuk ambil Jojet (bekas pemain dram kumpulan Gersang) kembali.

” Urusan pampasan dan segalanya diuruskan BMG ketika itu. Mereka pun lihat Wings tengah dahsyat masa tu. Nak tak nak, mereka perlu selamatkan Wings dengan kemasukan Jojet.

” Kalau tidak kita terkapai, album pun susah nak jual, bisnes BMG pun akan susah. Saya yang pergi ambil Jojet satu malam tu. Nak dijadikan cerita, masa nak ambil dia saya kmIangan, pec4h kepala ni.

” Waktu tu saya nak pergi ambil dia kawasan KLCC. Ada satu kereta keluar dari jalan kelab malam. Mabvk agaknya. Dia keluar saja dan saya terpaksa elak.

” Kemudian saya terlanggar pokok besar, pec4h kepala kena cermin.

” Saya keluar kereta, hampir nak bergaduh dengan pemandu tu. Tapi orang ramai tahan saya.

” Kebetulan waktu itu saya nak pergi tengok kakak di hospital. Panik jugalah kakak saya tengok muka saya berlumuran dar4h. Memang tragis nak ambil Jojet waktu tu,” hurainya bersungguh.

Usai mendengar kisah itu, Radin terlebih dahulu meminta izin untuk memegang bicep Dato Awie. “Bukan apa Tok, baru-baru viral gambar 2001 dengan 2021.

 

Kecoh di Facebook dengan gambar-gambar tu. Itu memang gambar betul ya? Ada gambar Dato boleh tunjuk?” Soal Raden bertubi-tubi seolah tidak sabar mahu mendapatkan kepastian.

Sambil menunjukkan potongan gambar yang berada di telefon bimbit Dato Awie, lensa kamera terus memfokuskan kepada foto tersebut.

” Yang beza cuma rambut hitam dan putih aje” ujar Raden.

” Ini penangan PKP. Bila duduk dirumah tak tahu nak buat apa, takkan nak menung, mereput, menerima penyakit-penyakit?

” Waktu PKP pertama dulu, memang terbaring saja saya di depan ni dengan isteri. Sikit-sikit peralatan gimnasium saya beli. Sampailah gim dah dibenarkan buka. Memang saya work out aje,” terang Dato Awie lagi.

‘Awie Kena Sih1r’

Artikel terbitan 2012 pula membawa kepada pendedahan secara eksklusif oleh Dato Awie mengenai dirinya yang pernah disih1r.

Mengakui bahawa ia adalah kisah benar, hingga hari ini dia memilih untuk lebih berhati-hati.

” Kisahnya, 14 tahun dulu saya dah pernah kena. Berlaku dari awal tahun sampailah kes ini waktu konsert saya di Istana Budaya bersama Ella.

” Bulu rambut panjang sejengkal warna putih keluar dari tekak saya. Saya nak simpan terjatuh, kemudian saya batuk-batuk waktu tengah nyanyi.

” Saya lari ke belakang dan tarik keluar sebab saya rasa sesuatu tersekat.

” Selepas tu saya dah mula rasa tak best, ada sesuatu yang tak kena. Dan saya mula berubat sampai ke Bandung, Bangkok.

” Pendek kata di mana-mana yang orang kata bagus saya pergi. Yalah, saya ikhtiar. Saya tanya ustaz tu sampai bila keadaan saya macam ni?

” Kata Ustaz tak berkesudahan, sampai m4ti katanya. Kemudian saya panggil kiyai dari Indonesia datang ke rumah. Dua hari di rumah, lima kali saya kena hempap, cekik, lemas.

” Duduk dekat hall saya kena, duduk dekat bilik saya kena. Saya memang tak boleh buat apa-apa dah. Terbaring macam tu saja. Keadaan tu memang menyedihkan.

” Uish, tegak bulu roma. Saya tak boleh cerita benda ni. Kalau ikutkan banyak versi cerita ini yang orang sampaikan tetapi ini keluar dari mulut saya,” hurainya terperinci.

Begitulah sebahagian daripada pendedahan secara ekslusif Dato Awie selain mengimbas semula pelbagai momen pahit manis, sepak terajang dalam industri hiburan.

Sumber: https://thebolalive.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *