Entertainment

Selepas Noor Kartini mohon maaf kpd Sultan Johor, TMJ muat naik status ini

KELUARGA Neelofa terus menerus menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian ibu selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram yang dilihat mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun perkongsian di Instastory Noor Kartini dengan imej Sultan Ibrahim berhubung titah berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani penularan Covid-19 segera dipadam dalam masa beberapa minit.

Dalam IG story terkini, TMJ ada memuat naik status tidak mahu melayan orang gil4 atau benda gil4. Menurut TMJ lagi, dia hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu. Tidak mengatakan scara spesifik, rata-rata dapat mengagak status tersebut ada kaitan dengan apa yang telah berlaku antara IG Ibu kepada Neelofa dan Sultan Johor

Dalam perkembangan lain Satu siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung paparan di Instagram milik Noor Kartini Noor Mohammed, ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, yang didakwa memaparkan paparan visual Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan memuat naik komen berbaur sensitif.

Siasatan itu dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh Noor Kartini kira-kira pukul 5.44 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan awal mendapati hantaran tersebut telah dimuat naik seorang wanita berusia 32 tahun.

Kata beliau, wanita berkenaan mengaku tersilap menggunakan Instagram milik Noor Kartini dengan membuat hantaran berkenaan.

“Kes ini masih dalam penyiasatan pihak polis kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anuar turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi sebarang maklumat atau berita di media sosial hingga menjejaskan reputasi dan hak asasi mana-mana orang.

Kata beliau, sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai yang berdekatan.

Terdahulu, Noor Kartini membuat permohonan maaf kepada Istana Negeri Johor khususnya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kekhilafan seorang pekerja memuat naik komen berbaur sensitif menggunakan akaun Instagram miliknya.

Menurut Noor Kartini, dia menyedari isu berhubung tangkap layar daripada Instagram Story miliknya setelah bertebaran di media sosial yang memaparkan komen mengenai sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Kata beliau, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang mempunyai akses kepada akaun Instagram miliknya.

Perkara tersebut timbul selepas ramai membuat ciapan di Twitter mengenai ibu Neelofa itu yang dikatakan berani membuat kenyataan berbaur cabaran menyentuh isu perlembagaan diraja.

Insta Story yang dimuat naik Tunku Idris namun sudah dip4damkan.

Hantaran yang dimuat naik berbunyi ‘kalau prihatin suruh lah Agong batalkan d4rurat!! Cakap je lebih!!’ disertakan dengan video latar belakang memaparkan wajah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian daripada keluarga diraja tersebut dan antara yang memberi tanda isyarat mengenai hantaran itu ialah anakanda ketiga baginda iaitu Tunku Idris Iskandar.

Respons yang diberikan oleh Tunku Idris menerusi akaun Instagramnya juga menerima reaksi pelbagai daripada para pengikutnya selepas dia memuat naik sebuah ayat yang dipercayai merujuk kepada perbuatan itu.

Dalam pada itu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim ada berkongsi sepotong ayat daripada Saidina Ali Abi Talib yang menyentuh mengenai adab.

Perbualan Noorkartini dengan pekerja yang menyalahgunakan akaun Instagramnya.

“Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli akan tetapi ia adalah suatu yang terbit dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik.

“Bukanlah fakir itu orang yang tiada emas atau pun harta tetapi fakir itu orang yang tiada adab juga akhlaknya,” demikian berdasarkan perkongsian berkenaan.

sumber: mstar, utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *