Amalan

Selepas tvlar video mengaku tak suka s0lat, sekali usahawan tunjuk rakaman ini pula

Sebelum ini netiz3n pernah dikejutkan dengan kisah seorang ‘found3r’ wanita yang mengaku dirinya tldak suka mendirikan solat.

Selain itu, pengasas produk kecantikan tersebut turut dilihat mempersen.dakan bacaan Surah Yasin dalam video viral berdurasi 32 saat berkenaan.

Berikutan itu, ramai mengec4m perbuatan wanita itu yang dikatakan membuka 4ib sendiri serta sengaja membangkitkan pr0vokasi.

Pandai mengaji, bayar RM 700 ustazah mengajar

Baru-baru ini, ‘found3r’ produk tersebut kembali menjadi bualan hngat apabila menunjukkan dirinya dakam keadaan kepala ditutup dengan tuala sambil mengaji al-Quran.

Selain itu, dia turut mended4hkan sanggup membayar ustazah sebanyak RM700 sebulan untuk belajar mengaji sebanyak 3 kali setiap minggu.

“Jangan runsing. Saya bayar ustazah RM700 sebulan ajar mengaji 3 kali seminggu. Bukan untuk anak-anak je tapi staf sekali,” katanya.

VIDEO

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netiz3n memberi sokongan terhadap wanita itu dan menganggap kenyataannya dalam video vir4I temp0h hari bertujuan untuk mem3rIi individu yang sering mengec4m dirinya.

Reaksi warganet

Sedap mengaji

Ramai suka menghvkum Dia marah kata dia tak s0lat. Dia cuma p3rli netizen masa buat live Lain kali jaga kata-kata

Terdahulu, gara-gara tingkah lakunya itu, wanita itu terpaksa hadir ke lPD Kota Bharu bagi memberi keterangan tentang video viral tersebut.

KECOH di media sosial video yang menunjukkan seorang usahawan kosmetik yang tanpa segan silu mengaku dirinya tidak suka solat.

Menerusi klip video 27 saat itu yang merupakan rakaman secara pengstriman langsung di Facebook (FB Live), wanita itu bercakap dalam loghat Kelantan.

“Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku.

“Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. ‘Macam mana Aiman ambil air sembahyang’ (tanya pada orang sebelah),” kata wanita itu, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi video tersebut

Bagaimanapun, tindakan usahawan yang berani membuat pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan ramai khususnya masyarakat Islam.

Mufti Kelantan Dan PU Amin Bersuara

Susulan itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan para pengikutnya perlu membuat penapisan dan penilaian secara baik terhadap video yang tular.

“Kita perlu membuat penapisan dan menilai bukan sahaja melihat siapa yang bercakap, tetapi kita juga menilai apa yang dikatakan. Jangan hanya pandang pada siapa yang bercakap.

“Dalam Islam, dua perkara ini kena lihat siapa yang bercakap dan menilai apa yang dikata. Kalau seperti yang didakwa, dia berbangga atau kejahilannya kerana tak suka sembahyang, tak tahu wuduk, ini adalah perbuatan yang tidak baik.

“Perbuatan yang tidak baik, tidak seharusnya diuar-uarkan. Jadi, tidak baik kalau kita berbangga atau mendedahkan perbuatan-perbuatan buruk kita,” katanya kepada mStar.

Bukan sekadar itu, beliau menjelaskan bahawa individu tersebut seharusnya didekati sekiranya dia benar-benar jahil dalam Islam.

“Jika dia dalam kalangan orang-orang yang jahil, maka balaslah percakapan orang-orang yang jahit itu dengan memberi kesejahteraan.

“Ertinya kita perlu dekati orang macam ni untuk mengenal lebih dekat, kenapa dia meluahkan kata-kata macam ini… adakah kata-kata ini dikeluarkan kerana kejahilannya atau kerana dia berbangga dengannya, ia dua isu yang berbeza,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Shukri akan meminta pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk mengendalikan perkara ini.

“Sekiranya dia jahil, pihak penguatkuasa akan mendamping orang ini dan memberi bimbingan. Kalau dia tak tahu ambil wuduk, beri bimbingan bagaimana ambil wuduk.

“Berdasarkan hasil siasatan itu nanti barulah kita ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Kalau masih berulang-ulang dan sudah diberi nasihat, tetapi dia berkeras juga maka tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang.Ia perlu berpandukan kepada siasatan yang teliti apakah punca sebenar dia bertindak sedemikian. Pihak berkuasa perlu siasat dakwaan yang tersebar di media sosial,” katanya.

Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin berpandangan terdapat kemungkinan usahawan itu menyindir individu-individu yang menganggap dia tidak solat.

Walau bagaimanapun beliau berkata, apa yang dipertuturkan menerusi video yang tular merupakan kata-kata yang tidak baik untuk dilontarkan.

“Kata-kata macam ni tak baik dan boleh bawa fitnah kepada semua yang mengenali dia, sebab hal solat dan agama tak boleh suka-suka dibuat main,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyarankan pihak berwajib untuk mendekati dan membimbingnya.

“Kena ada yang mahir agama mendekati dan membimbing dia. Content berani macam ni sepatutnya tak perlu ada lagi dah sebab hanya membawa kepada bad marketing dan ini boleh mencetuskan suasana tak baik atau negatif dalam masyarakat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *