Entertainment

Selesa tayang rambut, sambil menangis Kak Girl ceritakan apa yg berlaku kepada diri dia

TIDAK lagi mengenakan hijab, penampilan terbaharu pelakon dan personaliti media sosial Kak Girl mengejutkan ramai peminat dan pengikut di laman sosial.

Menjelaskan mengenai imej tanpa tudung itu, Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 33, berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan memohon maaf kepada orang ramai jika tindakannya itu melukakan hati ramai pihak.

“Apa saya buat ini (tidak lagi bertudung) bukan benda yang boleh dibanggakan, cuma buat masa ini saya perlukan ruang untuk diri sendiri.

“Saya dah tanggung banyak perkara dan lalui macam-macam masalah. Saya nak keluar dari zon saya berada sekarang dan jadi asalnya.

“Sejujurnya, sebelum ada nama Kak Girl… saya memang freehair! Saya tak salahkan orang lain atas apa yang berlaku, saya salahkan diri sendiri.

“Ada yang tanya adakah ini berpunca hal rumah tangga? Biarlah saya simpan sendiri… cukuplah saya kata terlalu peribadi untuk saya kongsi. Saya minta maaf!,” katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah salah satu foto tidak bertudung itu turut disertakan dengan kapsyen berbentuk luahan perasaan.

“Ada certain things yang kita rasa kita boleh handle tapi sebenarnya tak. Ada certain things yang kita rasa boleh kuat tapi sebenarnya tak. Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati orang tanpa fikir diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa ikut kehendak orang, walau kita ada kehendak sendiri.

“Bertahun lamanya cuba jadi yang terbaik. The best version of me orang kata. Ya, saya ikut. Ya, saya okay. Ya, saya boleh. Ya, saya dengar. Dok dengar je apa yang orang nak kita buat. Tapi still takde yang benar-benar menghargai. Saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri.

“Maaf mungkin ramai kurang selesa tapi saya sedang menjadi diri saya sahaja. The real me. The one who lost for lots of years, mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. I didn’t make myself as a priority before, and now its killing me.

“Tak kira apa orang kata, i need space for myself, really and I don’t owe anybody an explanations. Saya berada dalam keadaan yang saya rasa i had enough and biarlah saya rawat kecewa ini sendiri,” tulis Kak Girl di ruangan kapsyen.

Tambah bekas penyampai radio ini lagi, dia memohon maaf jika penampilannya kini berbeza dan memohon orang ramai untuk mendoakannya.
“Saya masih orang yang sama. Cuma mungkin kali ini kelihatan sisi yang berbeza,” jelasnya lagi.

Malah, ruangan komen pada foto tidak bertudung itu juga telah ditutup.

Menerusi pemerhatian Gempak juga, foto-foto bersama suami Osman Ali juga telah dipadam, termasuklah sewaktu majlis perkahwinan.

Imbas kembali, Kak Girl diijabkabulkan dengan Osman pada 11 November 2020 bertempat di Pejabat Agama Kadir, Johor Bahru.

Terdahulu, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru.

Pasangan itu kemudiannya bercerai pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *