Amalan

Suami hil4ng ing4tan dah sihat, sekali ada pihak yg cuba memisahkan. Bukan org lain pun

Pengorbanan isteri terhadap keluarga memang tak ternilai dengan wang ringgit. Bukan hanya melahirkan dan membesarkan anak, tapi tugas isteri lebih daripada itu.

Semuanya dilakukan demi keluarga tercinta. Jadi, para suami, hargailah isteri dan ibu anda kerana mereka ini adalah wanita terhebat yang dilahirkan dan melahirkan anda agar menjadi insan berjaya.

Pasti ramai masih ingat lagi kisah seorang wanita bernama Ayu yang tetap setia menjaga suaminya terlantar koma 90 hari selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Suaminya, Muhammad Ridzwan Muhd Zaki yang sebelum ini tidak mampu bertutur, kini sudah boleh bercakap seperti biasa.

Melihatkan keadaan Ridzwan yang sudah sihat atas jagaan isterinya itu, ada pihak yang cuba memisahkan pasangan itu. Lebih mengejutkan pihak tersebut merupakan keluarga mentuanya sendiri.

Menurut Ayu, sebelum ini dia pernah dituduh berkhalwat dan keluarga mentua menggunakan alasan tersebut untuk menuntuk hak menjaga suaminya.

Ayu berkata lagi, dia meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk rumah tangganya dan akur dengan apa sahaja keputusan nanti.

Perkongsian Ayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati dengan nasib wanita itu serta memberi kata semangat kepadanya untuk terus mempertahankan haknya sebagai isteri.

Selalu sangat kita dengar kisah mak mentua yang tak elok sekarang kan. Kadang-kadang yang tak tercapai dek akal. Kenapa la mak mentua sanggup buat yang tak elok kat menantu sendiri kan? Tak dinafikan, memang ada mak mentua yang masih mahukan anak lelakinya mendahulukan dia dari menantunya. Memang ada.

Di sini, anak lelaki perlu mainkan peranan. Jaga hati mak, dalam m masa yang sama tak lukakan hati isteri. Mak itu syurga, isteri itu amanah. Dua-dua sama penting.

Tabah la Ayu, Allah bersamamu!

Sekitar Mei tahun lalu, media melaporkan Siti Rohayu mendakwa terdapat pihak yang cuba untuk menabur fitnah terhadap dirinya sehingga timbul isu khalwat berkenaan.

Dia menjelaskan, pemuda tersebut adalah adik angkatnya yang banyak membantu menguruskan suami berikutan keadaan fizikal Muhamad Ridhwan yang berbadan besar menyukarkan dirinya untuk berbuat sendirian.

Ketabahan isteri, Siti Rohayu menjaga suami terlantar sakit beberapa tahun lalu pernah mendapat perhatian ramai. Difahamkan suami berada dalam keadaan koma hampir enam bulan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Namun, apa yang mengagumkan masyarakat adalah sikap tidak putus asa dan setia Rohayu dalam menjaga suami sehingga pulih sepenuhnya. Dengan kuasa Allah SWT, suaminya kini sudah mampu bercakap dan bergurau seperti sedia kala.

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Rohayu memuat naik perkembangan terkini suami yang dilihat kembali ceria dan sihat.Di ruangan komen, netizen mengucapkan syukur melihat keadaan suami Siti Rohayu yang dikenali sebagai Abi. Siapa sangka Abi yang dahulunya ter4ntar membi.su kini sudah mampu tersenyum.

Siti Rohayu Akhirnya Akui Kesil4pan Diri, Muncul Eksklusif Dalam Youtube

Terdahulu Siti Rohayu yang mesra dipanggil Umy memuatnaik beberapa ‘posting’ termasuk video menjelaskan keadaan sebenar mendakwa tudvhan kh4Iwat itu dirancang keluarga mentua.

Malah lebih mengejutkan, Siti Rohayu atau Umy mendedahkan fitnah yang dirancang itu ada kaitan dengan wang insurans suaminya yang bakal diterima tidak lama lagi. Berikut posting terkini dari Rohayu dan dia muncul dalam satu temu buak ekslusif dalam rancangan youtube

“Semoga semuanya kembali jernih, Biarkan semua berlalu, Semoga kita semua terbuka pintu hati memaafkan dan menerima dengan Baik Ape yang telah terjadi, G4duh teruk macam mana sekalipun, sama2 muhasabah diri, Dalam marah kadang2 tidak sedar bersuara tanpa selindung lagi, umy akui kesilapan diri, biar hakim tentukan kes umy nanti…..”

Eksklusif Video Di Bawah ! Akhirnya Siti Rohayu Tampil Menceritakan Apa Yang Berlaku Di Sebalik Kejadian :

Penjelasan pihak JHEAT. Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bahagian Penguatkuasaan menolak dakwaan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan mengani1ayai seorang wanita berusia 30 tahun dengan tuduhan berkh4Iwat dengan adik angkatnya berusia 28 tahun di rumah di daerah Besut.

Mengakui sedia maklum dengan status dimuat naik wanita tersebut, Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah JHEAT, Mohd Adnan Abdullah tampil besuara.

Kata Adnan, pihaknya terkilan apabila khabar angin itu disebarkan sedangkan pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT dan penahanan itu dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Saya sahkan memang kita ada melakukan serbuan di sebuah rumah di Besut kira-kira jam 11.20 malam hasil aduan dan risikan dijalankan terdapat seorang lelaki yang kerap keluar masuk di rumah tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan. Dalam serbuan itu, kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mohd Adnan berkata, pihaknya sedia maklum penahanan itu bakal menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama selain terdapat kakaknya yang berusia 40-an.

Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesaIahan kh4Iwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat.Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka.

Namun ia tetap menjadi kesaIahan kerana mereka bukan m4hram apatah lagi suami wanita terbabit sedang s4kit,” katanya.Jangan anggap bukan kesaIahan meskipun ada ahli keluarga lain.

Dalam hal ini, Mohd Adnan berkata, masyarakat tidak boleh menganggap ia tidak menjadi kes4Iahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.

Katanya, apabila terdapat lelaki yang bukan m4hram, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesaIahan.Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.

Kes ini masih dalam sias4tan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana serbuan dilakukan selepas menjalankan risikan.

Kes disi4sat Seksyen 31 Enakmen Kes4Iahan Jnay4h Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu kh4Iwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan,” katanya.

Sumber: TikTok @sitirohayu303

SUMBER: Kisah Dunia Via GulaPop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *