Entertainment

Suhaimi Saad bersara jadi penyanyi nasyid, buat lagu rock kapak. Sekali Lan Solo Masuk Komen

Bekass anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad menjelaskan status yang mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid telah mencetuskan salah faham dalam kalangan peminat.

Menurut Suhaimi, 41, dia sebenarnya hanya tidak mahu menjadi penyanyi nasyid namun akan tetap meneruskan perjuangannya dalam bidang muzik dengan mengetengahkan genre lain.

“Itu hanyalah salah faham. Saya hanya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid sahaja. Saya akan terus menyanyi selagi ada suara, insyaAllah, tanpa title nasyid pun, kita masih boleh terus menyanyi.

“Malah sasaran dan audiencenya mungkin lebih luas (jika mencuba selain genre nasyid),” katanya kepada mStar.

Suhaimi turut menjelaskan dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang ditubuhkan pada Januari lalu.

Bismillah merupakan kumpulan yang dianggotai Suhaimi serta isteri, Ina Naim serta empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13, Sallman El Khoyri, 11, Phyrosh Ed Fadwah, 9, dan Nurlayla El Ghufrony, 7 tahun.

“InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud mesej positif.

“Dalam nasyid sendiri ada irama pop, balada, asli malah rock.Sekarang saya baharu sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa,” katanya.

Lan Solo Komen

Lan Kristal atau kemudian sebagai Lan Yusof dan kini lebih dikenali sebagai Lan Solo yang juga merupakan seorang penyanyi berikan komen tentang perihal ini.Berikut merupakan komennya yang menarik perhatian ramai:

Suhaimi pada Khamis memuat naik status bersara daripada arena nasyid selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam bidang tersebut.

Penyanyi kelahiran Triang, Pahang ini memulakan kerjayanya pada tahun 1999 dengan menyertai kumpulan nasyid In-Team.Di zaman kegemilangan, In-Team cukup popular dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Impian Kasih.

Sumber:MSTARonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *