Uncategorized

Pada Mula Cakap Video Lama, Sekali Warganet Bagi Bukti Sekali. Ini Reaksi Najib Selepas Timb. Speaker Kant0i Dgn Netizan

Kenyataan dari Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon telah menimbulkan kem4rahan dalam kalangan warganet.

Sebelum ini, tular video Mohd Rashid ‘menikmati’ durian tanpa penjarakan sosial yang dipercayai berlaku di sebuah kebun di Batu Pahat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil pemerhatian Gempak di laman media sosial, rata-ratanya menganggap jawapan yang diberikan tidak berasas serta tidak logik.

Ingin mengukuhkan lagi, netizen tampil dengan bukti-bukti yang menunjukkan rakaman itu baru sahaja berlaku.

Kenduri Durian: Rashid Hasnon Nafi Video Baru, Warganet Amuk Bagi Bukti Sekali – “Jersi Liverpool Keluar Pada Musim Liga 2021/2022”

Anda boleh lihat antara sebahagian respon netizen di bawah. Semua bukti bukti menyangkal dakwaan bahawa itu adalah gambar lama.

KANTOI LAK BAJU LIVERPOOL BARU TERANG TERANG TULIS TARIKH JENAMA TUDUNG PUN KANT0I


Terdahulu, seorang pengguna akaun Facebook memuat naik satu rakaman majlis kenduri durian dengan kehadiran wakil rakyat yang didakwanya sebagai timbalan speaker.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam satu kenyataan susulan berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kejadian dalam video berkenaan

Rashid akui hadir kenduri durian baru-baru ini, bukan tahun lalu

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon mengaku menghadiri kenduri durian baru-baru ini dan bukan tahun lalu seperti yang didakwa sebelumnya.

Dia juga meminta maaf atas kesalahannya dan berjanji akan memberikan kerjasama dengan pihak polis yang sedang menyiasat insiden itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rashid berkata kekeliruan timbul apabila terdapat pihak media yang menghubunginya bagi bertanyakan mengenai video berkenaan dan dia menjawab soalan tanpa menonton terlebih dahulu rakaman tersebut.

“Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya.

“Saya mohon maaf atas kekhilafan ini dan menyerahkan siasatan lanjut dan saya berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Rashid bersama Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara menghadap Agong bagi membincangkan isu pembukaan semula Parlimen.

Timbalan speaker itu baru-baru ini dirakam lensa kamera sedang menikmati acara makan durian dengan sekumpulan individu.

Acara itu dikatakan berlangsung di kawasannya di Batu Pahat pada Ahad lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Rashid mengatakan kenduri durian itu berlaku tahun lalu dan ia merupakan “video lama”.

Pembantunya juga mengatakan kehadiran seorang individu di pesta durian itu dengan memakai pakaian yang sama dengan acara sebelumnya di Majlis Perbandaran Batu Pahat, berlaku secara “kebetulan”.

‘Berbincang tentang bantuan’

Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, lawatan ke kebun durian berkenaan dilakukan selepas menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman mereka berikutan jualan yang merosot.

Katanya, kebun durian itu diusahakan masyarakat setempat yang turut terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja YB Zuraida Kamaruddin ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang.

“Selepas rombongan menteri pulang, saya dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

“Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami.

“Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan,” katanya yang menambah dia meninggalkan program itu lebih awal kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur.

Najib Ucap Tahniah Kepada Netizan

“Ah dia dah ingat. Tahniah Jabatan Netizen” sindir Najib

Sumber : GEMPAK, mkini, fb Najib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *