Amalan

Tok bom0h tawar raw4t pes4kit C0vid. Sekali mereka b4tal hasrat kerana ini

Selepas iklan menawarkan khidmat rawatan kepada pes4kit C0vid-19 tular di media sosial, dua pengamal perubatan tradisional membatalkan hasrat mereka itu.

Pengamal perub4tan tradisional yang mahu dikenali sebagai Ustaz Dor, 50, berkata, dia dan rakanya, Ustaz Mad, 50-an, memang merancangkan menawarkan khidmat tersebut.

“Saya mengaku merancang untuk meraw4t pes4kit C0vid-19, namun membatalkan hasrat itu kerana bercanggah dengan perubatan moden.

“Saya dan rakan pada awalnya berniat mahu membantu mer4wat pes4kit C-vid-19 atau kontak rapat dengan menggunakan cara perubatan Islam iaitu mengamalkan ayat suci al-Quran.

“Namun, terdapat percanggahan dengan perubatan moden dan ramai yang tidak percaya perubatan Islam ini sebagai satu usaha untuk memulihkan C-vid-19,” katanya ketika dihubungi media di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, tular satu iklan dalam bentuk risalah memapar tawarkan raw4tan Covid-19 di Bukit Marak, Kelantan.

Sementara itu, Ustaz Dor yang tinggal di Pasir Tumboh, berkata tidak menyangka hebahan berkenaan tular dan susulan itu lebih 50 individu yang menghubunginya untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun katanya, tawaran itu terpaksa dibatalkan selepas memikirkan risiko j4ngkitan C0vid-19 kepada diri sendiri dan keluarga terdekat.

“Kami membatalkan perkara ini (rawatan) selepas memikirkan risiko termasuk akan membawa jangkitan kepada kami dan keluarga. Kami menyuruh mereka (pesakit) mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Saya mohon maaf kerana tidak mahu merawat pes4kit C0vif-19. Saya minta semua hentikan daripada menyebarkan kepada orang ramai,” katanya yang sebelum ini hanya merawat individu yang mempunyai masalah sakit urat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat terpengaruh dengan dakwaan rawatan Covid-19 yang tiada bukti saintifik.

Katanya, kajian saintifik membuktikan bahawa punca Covid-19 disebabkan oleh virus.

“Penyebaran j4ngkitan juga sudah ada maklumat yang sahih, jadi saya berharap orang ramai membuat rawatan segera di klinik atau hospital,” katanya ketika dihubungi.

Enam langkah mudah per4ngi C0VID-19

Jangan bersikap pentingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita pembawa kepada viru.s itu.

Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut.

Pertama: Lakukan Saringan

Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.

Kedua: Kuar4ntin diri

Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.

Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.

Ketiga: Memakai topeng muka

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.

Keempat: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’

Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus.

Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.

Keenam: Jaga jarak 1 meter

Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah.

Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.

Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk memb4smi viru.s C0VID-19 dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan hanya kekal berada di rumah

14 perkara penting korang perlu tahu sebelum keluar rumah

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

“Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan.

“Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockdown’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu.

2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu.

4. Pergerakan hanya dalalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan kematian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

6. Urusan suntikan vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan.

12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah.

13. Rancang dan atur masa pergerakan masing-masing.

14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *