Amalan

Ditegur Konon Tak Hulur Sumbangan Mcm Yb Syed Saddiq, Sekali TMJ Tunjuk Benda Ni Buat Mereka Terdiam

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi satu thread di laman Twitter tampil berkongsi kesusahan seorang warga emas yang hidup sebatang kara. Susulan daripada itu, beliau sempat memberikan sedikit bantuan kepada pakcik ini yang secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya selama ini.

Bagaimanapun, seorang warga Twitter dikenali sebagai Sykrn sempat bertanyakan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengapa warga emas itu tidak mendapat sebarang bantuan.

‘Taknak tolong bantu ke?’

Susulan daripada soalan yang diajukan, TMJ tampil memberikan penjelasan warga emas yang dikenali sebagai Rahmat sudah menerima bantuan RM300 sebulan sejak tahun 2010. Ujar Baginda lagi, dia (warga emas) pernah menetap di Kampung Sri Menanti sebelum kembali tinggal di Parit Pali pada April yang lalu.

Dia merupakan seorang duda, tinggal seorang diri, pernah dipenjarakan di Penjara Simpang Renggang dan kini bekerja sendiri.

Pernah mendapat bantuan di bawah Program Bantuan Bina Baru Rumah PPRT di Kampung Sri Menanti dengan mendapat kebenaran daripada tuan tanah untuk bina pada tahun 2018 disebabkan masalah pemilikan tanah pusaka.

Difahamkan, warga emas ini ‘terasa hati’ dan kembali semula ke rumah (pondok) asalnya setelah mendapat teguran daripada tuan tanah.

Disebabkan masalah sosial dan aduan daripada kejiranan, tuan tanah menegur supaya menjaga batas pergaulan supaya tidak menimbulkan maksiat, maka dia terasa dan berpindah ke rumah atau pondok asal.

Berbicara lebih lanjut, warga emas ini lazimnya mendapatkan bantuan makanan daripada adik-beradik yang tinggal berhampiran dengannya.

TMJ Tunjuk Fakta

Syed Saddiq ahli politik populis – TMJ

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai seorang ahli politik yang populis.

Tunku Ismail bertitah demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang pengikut laman sosial Instagram rasmi milik baginda, HRH Crown Prince of Johor tentang ‘Kenapa tidak suka Syed Saddiq’ malam tadi.

Titah Tunku Mahkota Johor, negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.

“Apa yang beliau lakukan sebelum ni? Melakukan sesuatu tanpa arah? Negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi. Pemimpin yang berprinsip dan bukan seorang populis,” titah Tunku Ismail.

Tunku Ismail bertitah, terdapat perbezaan antara individu yang turun melakukan kerja di lapangan dengan mereka yang ‘berlakon’ melakukan kerja di media sosial.

“Menyelesaikan tugas di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial merupakan dua perkara berbeza,” jelas baginda.

Sementara itu, Tunku Ismail turut bertitah, baginda tidak mempunyai masalah dengan individu yang memberi kritikan kepada keluarga diraja.

Bagaimanapun titah baginda, kritikan tersebut perlulah secara profesional dan bukannya berbentuk hasutan, fitnah dan perkataan kesat.

“Mengkritik dan membuat komen menghasut adalah dua perkara yang berbeza, jika anda mengkritik secara profesional pada pendapat saya tidak mengapa, tetapi jika anda menggunakan kata-kata kasar dan fitnah, itu tidak baik. Bukan hanya untuk kerabat diraja tetapi pada masyarakat umum juga,” tambah baginda.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut bergurau dengan menyatakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai seorang tukang masak yang baik apabila ditanya pengikutnya.

“Beliau pandai memasak,” titah baginda ringkas.

Syed Saddiq ucap terima kasih kepada TMJ

MUAR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merakamkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kritikan baginda memberikan pendapat terhadap beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen itu.

Menurut pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu, beliau sentiasa terbuka hati menerima kritikan bagi menggalas tanggungjawab terhadap rakyat dengan lebih baik.

“Terima kasih DYAM TMJ (Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor). Sebagai wakil rakyat, patik sentiasa terbuka hati kepada kritikan semua pihak.

“Patik akan lipat gandakan usaha untuk berkhidmat bagi warga Muar. Saya sentiasa doakan kesihatan Tunku dan keluarga,” katanya.

Syed Saddiq mengulas demikian pada hantaran yang dimuat naik di laman sosial beliau sebagai maklum balas ke atas kenyataan Tunku Ismail yang menjawab soalan di laman Instagram tentang mengapa baginda tidak menyukai dirinya.

Terdahulu, Tunku Ismail bertitah bahawa Syed Saddiq merupakan ahli politik yang populis sedangkan negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.

“Apa yang beliau lakukan sebelum ni? Melakukan sesuatu tanpa arah? Negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi. Pemimpin yang berprinsip dan bukan seorang populis.

“Menyelesaikan tugas di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial merupakan dua perkara berbeza,” titah Tunku Mahkota Johor.

Sumber: Tunku Ismail Sultan Ibrahim & Syed Saddiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *