Uncategorized

2 Tahun Bagi Peluang BF ‘Berubah’, Instafamous Akhirnya Dedah Mcm Mana Badan Habis Kesan Leb4m

Seorang selebriti media sosial (instafamous) dikenali sebagai Cik Azza Zainal menerusi satu hantaran di Instagram, mendedahkan pengalamannya dipukul kekasih ketika dalam perhubungan.

Menerusi hantaran tersebut, dia juga turut memuat naik beberapa keping foto dan salinan laporan polis sebagai bukti apa yang telah terjadi kepada dirinya sebelum ini. Gadis berkenaan bekerja sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan terkemuka dan mempunyai lebih 100k pengikut di platfom tersebut.


Pendedahan yang mengejutkan

Foto: Cik Azza Zainal

Ujar gadis ini, perkongsian tersebut adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai terutamanya wanita agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa penderaan teman lelaki sendiri. Tambahnya lagi, seseorang itu tidak sepatutnya berasa kasihan kepada pasangan mereka yang bertindak di luar kawalan disebabkan rasa sayang yang mendalam.

Hi korang, i nak share pasal toxis and abusive relationship (penganiayaan dalam hubungan). Secara peribadi saya dah lalui benda ini sama ada penderaan dari segi fizikal mahu pun mental. Tapi after kawan-kawan i yang rapat, family and colleagues (rakan sekerja) dah tahu apa yang terjadi dekat diri i yang i simpan pendam dorang yakinkan i, i terus putuskan and tetapkan hati i untuk ambil tindakan.

Azza yang bekerja sebagai pramugari

Berbicara lebih lanjut, gadis berusia 23 tahun ini menjelaskan dia mengambil keputusan untuk menunggu lelaki itu selama dua tahun walaupun diperlakukan sedemikian rupa namun masih tidak sebarang perubahan yang ditunjukkan bekas pasangannya.

Pada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada gadis-gadis di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup supaya tidak menyesal kemudian hari.

Love yourself first jangan jadi bodoh macam i tunggu selama 2 tahun dan berharap dia akan sedar perbuatan dia. Kalau korang dapat partner yang dah start maki atau naik tangan i nasihatkan untuk tinggalkan je. Awak semua layak orang yang lebih baik, jika seseorang itu tidak hargai awak, dia berhak untuk kehilangan awak.

Posting asal

Sumber: Cik Azza Zainal

Bertindak Segera Jika Pasangan Kaki Puk.ul

Ramai yang setuju bahawa cinta itu buta. Ya, tetapi jangan sampai dicop bodoh. Kebiasaan wanita yang terlalu sayang dan cintakan seseorang tidak dapat berfikiran waras walaupun wanita tersebut bijak.

Banyak kes yang sudah didengari suami atau teman lelaki merupakan seorang panas baran dan jenis ‘naik’ tangan tapi hanya sebelah pihak sahaja masih cuba menyelamatkan hubungan. Berhenti menjadi mangsa, jadilah seorang yang berani bertindak sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Kenali Pasangan

Sebelum melangkah ke fasa yang lebih serious, pastikan anda tahu latar belakang keluarga, sifat dan perangai pasangan. Kadang-kadang tidak salah jika anda cuba menguji kesabaran pasangan anda kerana saat itulah anda juga boleh menilai pasangan anda seorang yang kaki pu.kul, meng4muk, mengugut atau membaling barang. Tukar niat anda untuk jadikan si dia teman hidup, carilah lelaki yang lebih baik.

Rakam

Jodoh tidak ke mana, jika anda dijodohkan dengan pasangan yang panas baran dan kaki puk.ul, jangan sesekali melawan dan bertindak kasar. Mengalah terlebih dahulu supaya keadaan tidak menjadi semakin tegang. Rekod segala bukti luka, lebam dan kesan anda dipu.kul. Catat tarikh, masa, tempat serta segala details. Cari peluang untuk keluar rumah atau ke tempat yang lebih selamat.

Lapor

Lapor kejadian kepada pihak berkuasa yang anda didera dengan segera. Jangan tunggu lama-lama kerana anda yang akan menanggung segala sakit dan perit. Gunakan bahan bukti yang ada agar mudah pihak berkuasa mengambil tindakan.

Sabar

Untuk berlaku adil, semasa anda dan pasangan mempunyai masalah. Bawa berbincang terlebih dahulu. Bukan tuduh melulu, provoke pasangan sehingga si dia tidak dapat kawal perasaan. Ia bergantung kepada anda juga, jika anda sabar dan tenang, keadaan boleh dikawal dan masalah dapat diselesaikan dengan aman.

Cerita

Tidak semua orang mampu membuat keputusan drastic seperti memfailkan cerai dan sebagainya. Lagi pun wanita yang sering didera seorang yang lembut hati dan masih berfikir pasangannya perlu diberi peluang untuk berubah. Jika ini berlaku, cari semangat anda. Kongsi pengalaman dan luahkan perasaan kepada sahabat baik atau lebih elok kepada keluarga terdekat supaya apabila keadaan berulang, sekurang-kurangnya ada orang yang mempercayai anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *