Uncategorized

Caprice Ulas Isu Kedudukan Ordinan Darurat, Tapi Sempat Sindir Zizan

Ibarat memulangkan paku buah keras, penyanyi rap Caprice sempat menempelak sekumpulan artis yang memerlinya ketika berlaku kontroversi baru-baru ini.

Caprice menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) berkata, dia akan membawa pulang air zam-zam, keychain dan piramid kepada artis-artis yang telah mengirimnya.

“Saya pernah terlepas cakap dekat satu IG Live dengan penuh emosi yang saya takkan balik Malaysia selagi kerajaan tak tukar.

“Tapi ada artis yang buat lawak, yang nak kirim air zam-zamlah, keychain piramidlah…Hang tunggu sat tak lama lagi ceq (saya) akan bawak satu piramid turun Malaysia,” tempelaknya.

Sebelum itu, menerusi rakaman ‘What Is In The News Today’ Caprice telah menyentuh tentang isu mengenai pembatalan darurat yang tidak mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di

Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Terdahulu media telah mengeluarkan Kenyataan penuh Istana Negara mengenai kedudukan Ordinan Darurat.

Baginda telah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu, apabila Kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk

Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun, semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Caprice Tolong Saya Beli P4tung Fir4aun Ek”-Zizan

Terdahulu Sharnaaz sempat live ig dengan beberapa rakan artis buat ramai terhibur. Zizan dalam nada bergurau sempat pesan kepada Caprice untuk belikan p4tung fir4aun kerana Caprice berkemungkinan akan balik melalui Egypt. Namun apa yang buat ramai berdekah, Shukri Yahya telah kirim Caprice air zamzam sampai kena b4han dengan Zizan

“Air zam zam tu dekat mekah, Shuk jangan macam ni. Tak tengok Jejak Rasul ke” balas Zizan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *