Amalan

Dah Buat Netizen Beng4ng, Carl Samsudin Tampil Buat penjelasan

Usahawan dan influencer Carl Samsudin yang menjadi kontroversi lantaran sikapnya yang disifatkan biadab terhada seorang gelandangan warna emas mahu memadamkan ‘api kemarahan’ orang ramai dengan tampil membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf tersebut ditulis anak muda itu menerusi platform Instagramnya, @carlsamsudin sebentar tadi.

Menggunakan latar hitam dan tulisan berwarna putih, Carl memulakan permohonan maafnya dengan menuliskan: “Im sorry Malaysia.”

Dia kemudian menjelaskan tidak pernah berniat menghina sesiapa terutama warga emas yang dikunjungi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur seperti dalam video tular miliknya.

“Selama saya hidup saya tidak pernah berlaku biadab kepada sesiapa, terutam warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan,” tulisnya.

Sambil meminta maaf berulang kali, Carl mengatakan tujuan hidupnya adalah ingin membantu kepada pihak yang memerlukan. Lantaran itu dia mempertahankan tindakannya yang menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan termasuk kumpulan gelandangan tersebut.

“Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka gembira pada hari tersebut.

“Sebab itu saya tidak terfikir akan ada sesuatu yang kurang baik dari video tersebut dan saya post di media sosial saya. Saya mohon maaf.

“Tidak pernah terlintas di minda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga pernah susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu.

“Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka,” tulisnya panjang lebar.

Carl kemudian mengatakan dia ingin berjumpa kembali dengan warga emas yang telah ‘dimalukannya’ untuk memperbetulkan kesilapan dan meminta maaf.

Pada masa sama, mengaku tidak memakai pelitup muka pada hari kejadian dan telah dikompoun sebanyak RM1,500 dia juga memohon maaf kerana sikap tidak bertanggungjawabnya itu.

Sejak semalam tular potongan video kurang 50 saat yang menyaksikan Carl hadir ke pusat tersebut untuk memberi ceramah motivasi dengan tajuk Ubah Hidup kepada 20 orang gelandangan.

Bagaimanapun sikap Carl yang bercakap dengan nada tinggi, memberi RM50 kepada seorang warga emas yang berani tampil ke hadapan dan bertanyakan soalan kurang sopan dinilai biadab

sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Instagram: @carlsamsudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *