Amalan

Erra Fazira Bengang Ahli Politik Tak Sensitif Guna Nama Allah, Sekali Abby Abadi Nasihat Balik

Susulan dari kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang telah menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara, selebriti popular Erra Fazira buka mulut.

Pelakon itu menganggap tindakan pemimpin itu seperti tidak menghormati agama Islam.

“Saya tak berminat dengan dunia politik.. bukan kepakaran saya.. tapi bila nama Allah digunakan dan dipersoalkan.. saya tak setuju dan saya tak suka!! Ada banyak cara dan bahasa yang lebih baik”- tulisnya.

Menurut aktres berusia 47 tahun itu, tak kira muslim atau bukan muslim, dia tak bersetuju jika pihak tertentu salah guna nama Allah atas kepentingan peribadi.

“Muslim atau non muslim, saya tak setuju salah guna nama ALLAH. Untuk muslim, andai salah pembawaan kalian, menjawablah kalian di sisi Allah dan pasti “KENA” tarbiah juga dari hamba-hamba Allah yang lain.”- tambahnya lagi.

Erra turut menasihati kepada yang bukan muslim supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama untuk berpolitik.

“Kepada non muslim, isu ini sangat sensitif maka janganlah kalian menangguk air yang keruh.. carilah isu lain untuk kalian hentam atau sewaktu dengannya”

“Saya sayang Malaysia dan dalam Malaysia ada banyak bangsa dan agama.. Nak berpolitik boleh, tapi tolong peka dan sensitif agar kita masih mampu hidup dalam keadaan harmoni. Itu saja.” – tegasnya.

Menurut Erra, dia tidak berniat mahu berpolitik dalam isu ini, namun hanya mahu menyampaikan mesej ini kepada semua. Dia berharap, tiada lagi sesiapa yang memetik nama ALLAH sesuka hati untuk kepentingan peribadi, samaada muslim apatah lagi bukan muslim.

Terdahulu Lim Kit Siang menulis di Facebooknya,

“Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”.


Foto: Malakat Tribune
Bagaimanapun, dipetik dari Malaysiakini, pemimpin itu telah bertindak memadam kenyataannya dan membuat permohonan maaf.

Dalam masa yang sama, di ruangan komen, pelakon Abby Abadi menulis agar rakyat Malaysia untuk peka dan ambil tahu mengenai urusan pentadbiran negara.

Rakyat Perlu Ambil Tahu

Menerusi posting yang dibuat oleh pelakon Erra Fazira, Abby dengan tegasnya berkata sebagai rakyat Malaysia, orang ramai perlu mengambil tahu tentang perkara yang melibatkan negara.

“Sebagai rakyat Malaysia kena ambil tahu tentang urusan pentadbiran negara kita. Kalau nak tunggu minat baru ambil tahu hujung pangkal cerita, alamat memang diperbodohkan jelah kita semua sampai bila-bila”, komennya di Instagram.

Ujar Abby, sesetengah pihak perlu mengenepikan soal tidak minat dan tidak mahu ambil tahu kerana ia penting untuk setiap rakyat. Sikap ambil mudah dan tidak minat ini boleh meletakkan negara dan rakyat di tempat yang tak sepatutnya.

Lim Kit Siang Tak Salah?

Sementara itu, Abby mempertahankan kenyataan Lim Ki Siang mengenai isu ‘Kerajaan Allah’, dan berpendapat pemimpin itu tidak mempermainkan nama Allah.
“Assalamualaikum kak @errafazira jangan terpengaruh dengan benda yang kita tak jelas kak. Dia tak mainkan pun nama ALLAH. Dia ulas je bila tengah cakap pasal Kerajaan ALLAH. Sebab dia bukan ISLAM, jadi orang hentam.. Susah nak terangkan dekat sini”

“Kena ambil tahu dari mula, isu rasis ini dimainkan begitu lama sampai orang Malaysia jadi bergaduh sesama sendiri padahal yang berkuasa & menyusahkan rakyat malaysia selama ni orang kita sendiri. Kena ambil tahu dari hujung pangkal, maaf.” tulisnya di ruangan komen.
Tambahnya lagi, rakyat mudah dipermainkan dan diperbodohkan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab jika tidak tahu mengenai isu semasa pentadbiran negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *